SOALAN:
Baru-baru ini tersebar melalui WhatsAps yang menyatakan bahawa pasangan yang berzina dan kemudiannya perempuan itu mengandung.
Mereka berkahwin ketika perempuan itu masih mengandung demi menutup malu - perkahwinan itu tidak sah. Mereka dikira berzina sepanjang hidup kecuali dikahwinkan semula selepas bersalin anak zina tersebut.
Minta penjelasan Ustazah.
JAWAPAN:
Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya yang menyebabkan dia mengandung maka dibenarkan bersama dengan lelaki tersebut. Sekiranya dia berkahwin dengan lelaki penzina berkenaan dan kandungannya belum mencecah usia enam bulan maka apabila lahir nanti anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan.
Walau bagaimanapun perlu diingat dosa perbuatan zina antara mereka tetap tidak terlepas. Sebagaimana hukum jenayah zina, kalau yang berzina itu belum pernah berkahwin atau pun dengan istilah teruna dan dara mereka di hukum sebat seratus rotan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
Sekiranya si penzina itu pernah atau sudah berkahwin maka ia mesti melalui hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana perbuatan zina yang dilakukan oleh Maiz al-Aslami dan al- Ghamidiyyah.
Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Lelaki yang sudah berkahwin (as-syaikhu) dan Perempuan yang sudah berkahwin (as-syaikhatu) apabila mereka berzina , hendaklah direjam kedua-dua mereka." HD
Oleh Dr. Ustazah Asiah Ali
30 Januari 2014
Pakatan gesa Konsensus Nasional diadakan segera
30 Jan : Konsensus Nasional antara Pakatan Rakyat dan kerajaan bagi membincangkan soal keselamatan serta masalah rakyat perlu disegerakan.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu konsensus itu merupakan langkah terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang berlaku terutama membabitkan ketegangan kaum.
"Pakatan Rakyat masih lagi dengan pendirian agar Konsensus Nasional dalam membincangkan perkara-perkara membabitkan soal keselamatan dan masalah rakyat perlu disegerakan.
"Majlis Pakatan memandang ia suatu perkara yang serius dan perlu perbincangan segera kerana kita tidak mahu apa yang berlaku sekarang ini terutama membabitkan soal perkauman terus berpanjangan," jelasnya.
Katanya, perbincangan di dalam konsensus perlu meliputi semua perkara terutamanya membabitkan rakyat dan bukannya kepada isu membabitkan kalimah Allah dan Bible.
Anwar menambah, Pakatan Rakyat tidak menetapkan tempoh dan masa dialog tersebut dan sedia bertemu pada bila-bila masa, agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut menyambut baik konsensus tersebut berharap kerajaan perlu menyegerakannya agar rakyat berada dalam keadaan aman.
Kata beliau, senario yang berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan.
"Kita hendak selesai isu perkauman serta semakin hari semakin menjadi-jadi. Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang sehingga sekarang belum ada penyelesaian.
"Kita ingin redakan perasaan takut rakyat atas apa yang berlaku sekarang ini, konsensus ini perlu disegerakan, penyelesaian perlu dicari," jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. HD

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari
30 Jan : Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.
“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.
“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”
“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,”kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.
Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.
“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”
“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.
“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!
“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.
Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.
“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.
“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.
Perhatian di kawasan luar bandar
Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.
“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.
“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi.

Serampang Kajang: Selangkah ke Putrajaya
30 Jan : Saya sedar bahawa keputusan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu dijelaskan sebaiknya kepada rakyat. Saya juga mengingati pesan Datuk Ambiga kepada saya supaya berterus terang dengan rakyat.
Mohon maaf
Maka sebaiknya saya perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kajang khususnya atas perkara ini. Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sudah tentu akan membazirkan wang dan masa rakyat tatkala kita bersusah payah dengan kemelut harga barang naik.
Tidak ada alasan yang baik apabila wang rakyat dibazirkan kecualilah dengan memohon maaf. Parti saya juga perlu bersedia dan pasrah sekiranya pengundi Kajang mengambil pendirian menghukum kami.
Sebagai salah seorang yang paling kuat menyokong serampang politik ini, sejujurnya saya memikul tanggungjawab yang paling besar di atas keputusan tersebut.
Dinamik dalaman Umno, permainan perkauman dan agama
Namun, atas kejujuran kepada diri sendiri dan rakyat kita harus mengakui bahawa ada beberapa masalah dan cabaran di Selangor yang memerlukan campur tangan segera.
Pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang cemerlang selama enam tahun lalu memang membuatkan rakyat senang dengan beliau. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh dibaiki terutamanya mengambil kira dinamik dalaman Umno yang sedang berlaku.
Gerakan dalam Umno untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sudah bermula. Sebagai pengarah strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan Najib dipecat dan kepimpinan Umno jatuh ke tangan puak ultra yang berkiblatkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permainan jahat melalui serangan bertalu-talu yang berkisar kepada isu agama dan perkauman untuk mengambil alih Selangor akan bermula sebaik sahaja perdana menteri yang lemah itu dipecat oleh Umno. Setakat ini pun, jelas bahawa tangan Umno menjadi dalang kepada pelbagai kontroversi agama dan perkauman di Selangor sejak beberapa bulan lalu.
Sekiranya Najib tumbang, wajarlah kita bersedia untuk berdepan dengan manipulasi perkauman dan agama secara besar-besaran untuk mewujudkan kebencian dan rasa tidak percaya kepada kerajaan Selangor.
Negeri contoh model ke Putrajaya
Pada masa sama, walaupun pentadbiran Khalid menjadi contoh daripada segi amanah dan berjimatnya dalam menggunakan wang rakyat, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ada perkara yang boleh ditambahbaik.
Kita perlukan penyelesaian radikal untuk menangani masalah trafik yang meruncing; lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina segera. Perancangan depan yang lebih menyeluruh diperlukan untuk memastikan kelangsungan khidmat bekalan air yang lebih baik di Selangor. Kita perlu lebih tegas mempertahankan hak kumpulan minoriti yang menjadi sasaran permainan politik Umno.
Sebagai ahli Parlimen, saya yakin kita boleh tawarkan khidmat yang lebih baik kepada rakyat terutamanya bersabit kebersihan dan persekitaran hidup rakyat. Kita mempunyai potensi menjadi negeri contoh yang mempunyai jalan raya terbaik di seluruh negara.
Maknanya, Selangor perlu tawarkan khidmat yang dua kali ganda lebih baik daripada sekarang jika kita mahu menjadikannya negeri contoh dan model ke Putrajaya. Seperti mana Istanbul adalah loncatan Erdogan dan Jakarta bakal menjadi loncatan Jokowi, Selangor boleh menjadi loncatan Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya.
Menguatkan kubu Pakatan di Selangor
Tugas membela rakyat dan melangkah ke Putrajaya belum selesai dan kini kita berdepan dengan satu lagi siri serangan adu domba dan permainan kotor Umno untuk merampas Selangor.
Justeru, walaupun tindakan membazirkan wang rakyat dengan memaksa satu PRK menimbulkan kemarahan rakyat, duduk menunggu serangan Umno tanpa berbuat apa-apa adalah satu pengabaian amanah rakyat yang dosanya lebih besar.
PKR dan Pakatan perlu menguatkan kubu kita di Selangor supaya kita boleh mempercepatkan pelaksanaan reformasi pro-rakyat dan pada masa sama mematahkan serangan politik dan adu domba Umno. Kita perlukan seberapa ramai pimpinan utama Pakatan di sekitar Selangor untuk mempertahankan negeri mahkota ini.
Atas dasar itulah keputusan untuk mencalonkan Anwar bertanding di kerusi Kajang dibuat bertujuan mewujudkan satu pilihan politik yang boleh dilaksanakan segera sekiranya ada keperluan.
Adakah ini bermakna kerajaan Selangor akan mendapat menteri besar baru? Mungkin ya, mungkin tidak. Persoalan itu tidak timbul sekarang. Tetapi jika keperluan itu timbul, Pakatan mempunyai pilihan segera untuk menggunakan keseluruhan tenaga pimpinan kita untuk melawan Umno.
Yang penting adalah mewujudkan pilihan itu terlebih dahulu. Adanya pilihan bermakna kita ada ruang untuk mengambil langkah politik yang menyekat permainan politik Umno, terutama yang bersabit isu perkauman dan agama.
Elak pengalaman Kedah
Saya tahu bahawa penerangan ini tidak akan berjaya memadamkan kemarahan rakyat pada ketika ini. Saya hanya memohon supaya kami diberikan masa untuk menerangkan rasional dan ruang untuk melakukan yang perlu demi kepentingan Pakatan di Selangor.
Saya juga perlu memohon maaf bagi pihak parti saya kerana perbezaan pendapat di kalangan kami sering merunsingkan rakyat. Kami sedang berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan perbezaan itu kerana melengahkan penyelesaian perbezaan dalaman akan mengheret kita mengulangi perkara sama di Kedah yang berakhir dengan kekalahan. Kami faham bahawa sebarang perbezaan dalaman perlulah diselesaikan segera kerana parti perlu utuh menghadapi Umno.
Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya
Pemimpin yang baik tidak selalunya popular. Saya sayu melihat bagaimana nama baik Anwar terheret di dalam perkiraan ini dan menjadi sasaran kemarahan rakyat. Namun, kesanggupan beliau mengambil amanah ini walaupun pahit terus meyakinkan saya akan nilai pengorbanan beliau sebagai seorang pemimpin.
Sejak beberapa hari lalu, saya meyakinkan diri saya bahawa Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) juga terpaksa mengharungi kemarahan rakyat Britain apabila terus menggesa bermusuh dengan Nazi pada ketika sentimen popular adalah untuk berbaik dengan Nazi. Di kemuncak kuasa Nazi, Churchill berdiri keseorangan menentang Nazi pada ketika keseluruhan Eropah tunduk kepada Nazi.
Keyakinan untuk terus mempertahankan tindakan yang betul, walaupun dikritik hebat dan berdepan kemarahan umum, adalah ciri seorang pemimpin yang jujur. Saya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan utama Pakatan yang memahami keputusan ini. Saya berterima kasih kepada rakan saya dalam kepimpinan pelapis Pakatan yang terus memberi sokongan moral dan politik untuk melaksanakan tindakan ini.
Saya harap satu hari kelak apabila kita di Putrajaya, kita boleh mengingati hari-hari sukar ini yang saya anggap "Serampang Kajang" sebagai loncatan terbaik melangkah ke Putrajaya.
Saya mungkin budak mentah dan ditertawakan atas kurangnya pengalaman bersilat politik, tetapi sekurang-kurangnya saya berlaku jujur dengan menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat.
Sama-sama kita melihat ke hadapan ke arah Putrajaya dengan semakin kukuhnya Pakatan Rakyat selepas PRK Kajang ini
Oleh: Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
Anwar tanding Kajang kerana ancaman kuat Umno di Selangor, kata PAS
30 Jan : Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.
"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.
Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.
"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.
Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.
Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.
Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.
"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.
Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.
"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.
"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. TMI
29 Januari 2014
TG Nik Aziz cabar BN jangan letak calon di Kajang
29 Jan : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.
Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.
"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang.
"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.
"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.
Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.
"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut.
"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.
Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin. HD

Dr M: Kejar kekayaan, punca ahli politik tidak jalankan tugas
29 Jan : Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menyelar pemimpin yang mengejar kekayaan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar sebagai ahli politik.
Mantan perdana menteri itu turut mengingatkan pemimpin hari ini bahawa objektif menceburi bidang politik bukanlah untuk mencari kekayaan tetapi lebih memberikan fokus kepada pembangunan negara.
"Apabila kita miskin, kita biasanya bersatu-padu kerana diri perlu dipertahankan. Sekarang ini negara kita lebih kaya dari dahulu, masing-masing merebut kekayaan dan tidak tertumpu kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
"Berada dalam politik bukan untuk memperkayakan diri tetapi untuk membangunkan negara. Daripada pembangunan itu ada bahagian kita dan pihak lain pula mendapat bahagian mereka," katanya ketika ditemubual Radio 24 Bernama petang tadi.
Dr Mahathir berkata ada pemimpin yang mendapat kuasa pentadbiran tetapi menggunakannya demi kepentingan sendiri.
Katanya, landskap politik semasa berbeza seperti zaman sebelum kemerdekaan yang lebih menumpukan kepada usaha bersatu-padu di antara kaum.
"Ini menjadi masalah sekarang. Dahulu masa tidak menjadi wakil rakyat, masing-masing tumpu kepada bersatu-padu mencapai kemerdekaan tetapi selepas menjadi wakil rakyat, mereka tidak lagi menuju kepada pembangunan negara.
"Jika kuasa politik digunakan untuk diri sendiri, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya. Politik adalah berkenaan pentadbiran dan cara memajukan negara," katanya.
Dalam wawancara selama 45 minit itu, Dr Mahathir turut mengulas isu pembatalan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura semasa era pemerintahan mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, keputusan Abdullah itu melambangkan kelemahan serta menunjukkan kerajaaan gagal meneruskan projek yang dapat memberikan keuntungan kepada rakyat.
"Ia mengurangkan keyakinan kepada pemerintah.
"Apabila pemerintah tidak dapat melaksanakan sesuatu perancangan yang dianggap menguntungkan rakyat maka pandangan rakyat adalah kerajaan lemah dan tidak berpegang kepada janji," katanya.
Dr Mahathir turut ditanya apakah jangkaan kemajuan yang diharapkan menjelang 2020, beliau berkata: "Kita mesti maju dalam semua bidang. Tahap pencapaian ilmu pengetahuan mestilah tinggi, industri, ekonomi dan sosio-budaya mestilah boleh dianggap progresif dan maju. TMI
Langgan:
Catatan (Atom)