SPECIAL ADS

23 Ogos 2014

Kebuntuan krisis MB Selangor berterusan, PKR sedia hadapi pilihan raya negeri

Pemimpin PR dan penganalisis politik berkata pilihan raya negeri yang baru boleh mencederakan Pakatan Rakyat yang sekarang mempunyai 43 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2014.

Keraguan sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menjadi menteri besar Selangor yang baru menyebabkan parti itu bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

The Malaysian Insider difahamkan, parti itu percaya ada kemungkinan tinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi.

Arahan itu dikeluarkan selepas timbul laporan menyatakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) masih belum mencapai persetujuan untuk mencalonkan hanya satu nama untuk mengambil alih jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR awal bulan ini.

“Jika ada dua nama, Sultan Selangor mungkin berfikir Pakatan tidak stabil dan baginda boleh membubarkan DUN,” kata pemimpin PKR Selangor yang tidak mahu namanya disiarkan.

Pemimpin itu mendedahkan perbincangan dalaman parti berkisar mengenai senario kemungkinan yang boleh berlaku minggu depan, apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka membuat keputusan.

Sultan Selangor memendekkan percutiannya dan tiba di negeri semalam. Baginda dijangka akan bertemu dengan Khalid pada Isnin.

Pemimpin PR dan penganalisis politik berkata pilihan raya negeri yang baru boleh mencederakan gabungan itu yang sekarang mempunyai 43 daripada 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 kerusi dan Khalid kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas.

Pada masa yang sama, pemimpin PKR di peringkat akar umbi mula tidak sabar menanti keputusan PAS yang masih berdolak-dalik.

Situasi yang masih boleh berubah

Di Kongres Nasional PKR ke-10 semalam, beberapa pemimpin tertinggi PKR masih kabur atau tidak pasti ketika menjawab soalan media berhubung perkembangan terbaru krisis berkenaan.

Dilaporkan semalam PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan mencalonkan satu atau dua nama daripada 43 Adun PR sebagai pengganti Khalid untuk dihantar kepada Sultan Selangor.

Tetapi ketika mesyuarat majlis presiden pada 17 Ogos, di mana pemimpin kanan PAS turut hadir, pakatan itu membuat keputusan untuk mencalonkan hanya Presiden PKR Dr Wan Azizah sebagai menteri besar untuk negeri terkaya Malaysia itu.

Sebelum mesyuarat majlis itu, parti Islam berkenaan membuat keputusan pada 17 Ogos untuk menghantar dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Ketika ditanya mengenai percanggahan antara apa yang diputuskan PR dengan kemahuan PAS, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bukan satu isu.

“Saya sudah periksa, ia bukan isu kerana PAS beritahu mereka akan rujuk dalam mesyuarat pada Isnin mengenai proses, tetapi keputusan akan diambil, jadi tidak ada isu,” katanya.

PAS akan bermesyuarat Isnin ini untuk membuat keputusan sama ada parti itu akan bersetuju untuk menamakan hanya Dr Wan Azizah atau menghantar satu lagi nama.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, belum dapat dipastikan sepenuhnya Dr Wan Azizah pada minggu depan akan menjadi menteri besar seperti didesak parti dan rakan gabungannya DAP.

PKR dan DAP masing-masing mempunyai 13 dan 15 kerusi dalam DUN, sementara PAS ada 15 kerusi.

“Ini masih proses yang belum selesai dan keadaan masih boleh berubah. Ada kemungkinan kita akan menghadapi pilihan raya negeri atau mungkin kerajaan minoriti,” katanya.

Apa yang PKR harapkan dapat memujuk Sultan Selangor ialah hakikat Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 Adun, termasuk dua Adun PAS.

Tetapi jika PAS, parti dalam pakatan, berpecah daripada kata sepakat PR dengan menghantar dua nama, ia mungkin akan menyebabkan kekeliruan dan akan digunakan untuk menyebabkan sidang DUN dibubarkan, kata pemimpin PKR Selangor.

Jika ada dua nama, agak sukar untuk memilih calon PKR yang dicalonkan PAS tetapi tidak mendapat sokongan sama ada DAP atau PKR.

Pilihan raya yang bukan kehendak sesiapa

Walaupun badan bebas Merdeka Center mendedahkan keputusan kaji selidik pada 22 Ogos yang menunjukkan PR masih boleh terus memegang Selangor jika pilihan raya negeri diadakan, beberapa pemimpin PKR memberitahu The Malaysian Insider mereka masih lebih suka jika tidak perlu melalui satu lagi pilihan raya.

“PAS perlu menunjukkan mereka masih bersama parti lain dalam PR,” kata seorang pemimpin PKR dari Sepang, Borhan Aman Shah.

Borhan berkata, pelik apabila PAS bersikap tidak konsisten walaupun parti itu berpegang kuat kepada prinsip Islam.

“Kita tidak mahu pertentangan pendapat antara PAS dan parti lain dalam PR akan dieksploitasi Umno,” katanya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat itu juga boleh menjejaskan kedudukan PR dalam pilihan raya walaupun pakatan itu dikatakan mempunyai peluang cerah mengekalkan Selangor.

“Jika pertentangan antara pemimpin berterusan, ia akan tersebar hingga ke akar umbi di kalangan ahli dan memusnahkan keupayaan kita bekerja bersama,” kata Borhan, yang juga calon dalam pilihan raya umum tahun lalu bagi kerusi DUN Dengkil.

Ketua Pemuda PKR baru dilantik Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pilihan raya negeri tidak perlu diadakan kerana PR dapat membuktikan Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 Adun.

“Rakyat tidak perlu melalui pilihan raya negeri. Tetapi kita bersedia untuk kemungkinan itu,” katanya yang juga Adun Seri Setia.

Ironinya ialah dalam perkembangan terbaru ini, PAS yang kelihatan mengeruhkan krisis itu dan boleh menjadi penyebab sidang DUN dibubarkan, adalah parti yang dijangka kehilangan banyak kerusi disandangnya jika pilihan raya negeri diadakan.

Seorang lagi pemimpin PKR Selangor berkata di kalangan 3 parti dalam PR, PAS menang sekurang-kurangnya 7 kerusi baru dengan majoriti bawah 1,000 kerana undi daripada pengundi bukan Islam dan di kawasan bandar.

“Jika pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4 hingga 5 kerusi,” kata pegawai PKR itu yang enggan dikenali. TMI

Anwar Bercuti Di Israel Dengan Private Jet?



Anwar Ibrahim kini dipercayai sedang berada di Turki menerusi satu posting terakhir yang dibuat di blognya pada 21 Ogos 2014. (baca sini). Dalam posting tersebut, dimuat naik ucapan penuh Anwar Ibrahim dalam program Inaugural Session – International Ulema Conference, Istanbul pada 20 Ogos 2014. Namun selepas memberikan ucapan itu, ke manakah Anwar Ibrahim pergi?

Menurut posting yang dibuat oleh blog Masterdedah, Anwar Ibrahim didakwa telah pergi bercuti di Israel secara diam diam dengan menggunakan private jet. Benarkah dakwaan yang telah dibuat oleh blog itu?

Apakah benar beliau benar benar berada dan bercuti di Tel Aviv, Israel? Berikut adalah pendedahan yang dibuat oleh blog terbabit :

Besar kemungkinan Anwar dikatakan pergi ke Israel menerusi Tel Aviv menggunakan pesawat berikut :

1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05 

IST – TLV by Private Flight.

2) ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05

3) IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305

and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with

4) TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.

5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

“Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam” menurut blog itu lagi.

Persoalannya, antara 21 Ogos hingga ke hari ini, 22 Ogos 2014, menerusi twitter akaun Anwar Ibrahim sendiri, beliau seolah olah macam tidak mahu follower twitternya dan rakyat sedar di mana sebenarnya beliau berada dalam tempoh itu.

Ketika berada Turki, Anwar kelihatan telah retweet satu posting beliau (Anwar) bergambar dengan Dr Ahmet Davutoglu, Perdana Menteri Turki yang baru menerusi twitter milik Azri Al Fateh, blogger mujahidsiswa.blogspot.com.

Selain daripada posting terbabit Anwar “tidak kelihatan sah” berada di Turki. Ke mana beliau pergi dan sebenarnya berada antara 21 Ogos dan 22 Ogos 2014 ?.




Apakah beliau (Anwar) benar benar ke Israel untuk urusan dana? Seperti yang pernah didedahkan oleh UMNO Online, Anwar dikatakan mempunyai dana dan transaksi yang bernilai jutaan dolar dalam Israeli National Bank. Sesudah dua tahun, dakwaan itu masih belum lagi dinafikan oleh Anwar Ibrahim.



Kita lihat pula apa intipati ucapan Anwar di Turki, seperti berikut :

“Israeli Defense Forces have unleashed their bombs and missiles on Gaza, destroying thousands of homes and displacing more than a quarter million Palestinians.

They even bombed mosques, schools and UN shelters.

It is therefore clear who the real terrorists are. It is clear who are the ones committing ethnic cleansing” Inaugural Session – International Ulema Conference, Istanbul 20 Ogos 2014. Anwar bercakap perkara ini di hadapan ulama ulama di Turki.

Anwar dengan keras sekali melabel tindakan Israel sebagai satu perbuatan etnic cleansing. Apakah bila berhadapan dengan pemimpin yang pro Zionis, Anwar akan mempertahankan kenyataan tersebut? Atau Anwar sudah dipanggil mengadap di Tel Aviv untuk memohon maaf?



Anwar pernah membuat Apology Tour pada 20-24 Jun 2010. Anwar membuat Apology Tour itu kerana beliau telah gunakan istilah “pencerobohan Zionis”.

“Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama,(kebanyakan Yahudi) termasuk Howard Berman(Yahudi),

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan beberapa orang pemimpin Yahudi. Beliau berkata beliau menyesal menggunakan istilah “pencerobohan Zionis” yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad.

“Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?” katanya. “Saya perlu berhati-hati” dedah Jackson Diehl dari Washington Post (baca selanjutnya)

Kini empat tahun selepas itu, di manakah Anwar Ibrahim berada? Sudah tentu ketika Malaysia sedang berkabung untuk tragedi #MH17, Anwar juga mungkin tidak sampai hati hendak ke Tel Aviv untuk bercuti.

Selepas ini, sudah tentu Anwar Ibrahim akan memaklumkan di mana sebenarnya beliau berada dalam twitter atau posting terbaru di blognya. Namun Anwar Ibrahim perlu nyatakan dengan bukti yang kukuh beliau sebenarnya bukan berada di Tel Aviv pada 21 dan 22 Ogos 2014. Kita sama sama nantikan penafian dari Anwar Ibrahim.

Sumber: http://www.tv14.my/?p=6129 

Al-Qassam : “Kami Berhasil Tewaskan 80 Tentara Zionis Israel”



Beritapalestina.com : Brigade Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas di Gaza, menyatakan pihaknya berjaya menewaskan 80 tentera dan keselamatan Israel. Di samping itu, melontarkan 1957 roket ke arah wilayah yang diduduki Israel sejak awal pencerobohan Israel di Jalur Gaza 19 hari terakhir. 

Dalam kenyataan melalui siaran akhbar hari Jumat malam (25/7/2014) dijelaskan juga bahawa Al-Qassam telah menewaskan 11 tentera Israel dan mencederakan puluhan yang lain dalam kenalan senjata langsung yang terjadi di hari Jumaat siang, sehingga jumlah pasukan Israel yang tewas menjadi 80 orang.



Menurut Al-Qassam, jumlah tentera Israel yang tewas tidak termasuk fakta asal yang disembunyikan oleh Zionis Israel serta kerugian yang dialami akibat bom dan hancurnya puluhan kenderaan perisai dan kereta kebal, akibat melakukan serangan darat ke Jalur Gaza. 

Selain itu, Brigade Al-Qassam juga menyebutkan bahawa sejak awal pencerobohan Israel ke Jalur Gaza, telah melancarkan 216 peluru berpandu (M75 - J80 - R160 - S55 - Fajir5), di mana sebanyak 177 peluru berpandu boleh menembusi iron dome yang dibanggakan Israel, hingga jatuh di bandar Haifa, Tel Aviv dan sekitarnya, Jerusalem, Ben-Gurion dan kawasan sekitar reaktor Dimona. Jumlah roket Al-Qassam yang dilancarkan sejak awalagresi adalah berjumlah 1957 peluru berpandu. 

Al-Qassam juga mengumumkan berjaya menculik tentera Israel bernama AaronShaul, dalam aksi penyerangan di timur Gaza, di samping menewaskan delapan tentara. (MLN)

Aman Palestin

Kerajaan Israel semakin terdesak. Sumber daripada TV Israel: Kabinet Netanyahu memanggil 75,000 tentera simpanan Israel bagi meningkatkan serangan terhadap Gaza. Sedangkan maklumat rasmi daripada Briged Al-Qassam: Kami baru menggunakan 5% daripada kekuatan kami.


TV Israel:

"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhadap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."

Sumber: Qassam Media

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat. KK

Allahu Akbar.

Tahniah! Presiden PAS dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam.

Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.

Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman.

Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam.
Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. HD

Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tiada apa boleh dilakukan sekiranya sultan Selangor mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor minggu depan.

Pensyarah undang-undang itu berkata, sultan berkuasa untuk berbuat demikian walaupun beliau tidak tepat jika menurut amalan undang-undang sistem Westminster.

"Kalau katakan Isnin ini sultan bubar DUN. (Kita) Tak boleh buat apa-apa," kata beliau dalam Forum Krisis Selangor : Isu Perlembagan dan Demokrasi di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, sultan sebagai ketua negeri harus melihat amalan di negara Komanwel lain yang menuntut pemerintah memainkan peranan "mengatasi politik" dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau pentadbir.

Ini penting kerana menurut beliau, situasi di Selangor kini tidak memberi asas yang kuat untuk membolehkan DUN dibubarkan.

"Situasi yang membenarkan pembubaran DUN adalah seperti berlakunya parlimen tergantung.

(Krisis) ini tidak bermakma baginda boleh membuat keputusan sesuka hati. Baginda perlu melihat amalan di negara Komanwel lain.

"Sebagai ketua negeri, baginda harus dilihat mengatasi politik," hujah beliau.

Justeru Aziz menganggap sultan sepatutnya memberi kata putus dengan tegas ketika Khalid menghadap baginda pada 11 Ogos lalu, selepas menteri besar itu disingkirkan dari PKR.

"Pada pandangan saya itulah permulaan apa yang berlaku sekarang.

"Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya baginda bertindak dengan tegas pada 11 Ogos itu.

"Sekiranya semua mengikut buku (undang-undang) keadaan akan jadi jauh lebih mudah," kata beliau. TMI

22 Ogos 2014

Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?

najib razak
Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak. Najib Razak Letak Jawatan : Disaat Pakatan Rakyat bergolak disebalik krisis MB Selangor, Tun Dr Mahathir mengambil kesempatan dan ruang ini untuk kritik dan serang Datuk Seri Najib Razak. Walaupun, umur Tun Mahathir sudah menjangkau 88 tahun, tetapi nampaknya tidak meninggalkan terus dunia politik di Malaysia
Masih memandang dan memerhati daripada dekat dan sekali-sekali menghangatkan suasana dengan menegur pemimpin dia tas di mana beliau merasakan ada berlaku kesiapalan yang tidak diperbetulkan dan dibiarkan.
Melihatkan tiada penyokong kerajaan yang acapkali memuji dan memuja Najib Razak tanpa menegurnya walaupun telah melakukan kesilapan, menyebabkan Tun Mahathir Mohamad serang Najib Razak.Punca Tun Mahathir Mohamad Tidak Sokongan Najib Razak?
Mahathir Marah Najib
  1. Prestasi Najib Razak lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi
  2. Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 di bawah Najib Razak lebih teruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.
  3. Najib Razak tidak menunjukkan iltizam untuk berubah daripada segi dasar atau pendekatan walaupun telah ditegur sebelum ini
  4. Banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara
  5. Tun Mahathir mengatakan yang beliau lebih sayangkan bangsa dan negara melebihi segala-galanya
  6. Najib Razak melayan melayan tuntutan musuh termasuklah ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh sehingga menyebabkanjenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng
  7. Terlalu tunduk kepada negara-negara jiran
  8. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan
Johari Razak SUMATEC
Sumber Berita : Malaysia Perlukan (RM13.7 Bilion Akibat Perbelanjaan Boros

Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak : Pemerhatian Berita Semasa Dasar Najib Razak

Hakikatnya, apa yang Berita Semasa perhatikan di zaman Najib Razak banyak perpecahan kaum semakin berleluasa yang diapi-apikan oleh kelompok berkepentingan tanpa sebarang tindakan dan kawalan daripada pihak berkuasa.
Kemudian letak pula adiknya (Datuk Nazir Razak) dalam CIMB….CIMB bakal “wallap” dengan RHB dan MBSB, CIMB mahu dijadikan NO.1 dan bank Mega tidak lama lagi di mana adiknya telah pindah pula kepada Khazanah. MAS di bawah Khazanah…CIMB mahu dijadikan NO.1 dan bank Mega tidak lama lagi. Mahu meletakkan kalangan “orang Najib razak tidak lepas” akhirnya Datuk Johari Razak dalam Sumatec sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dalam syarikat dikuasai tokoh korporat Tan Sri Halim Saad, Sumatec Resources Bhd yang mana bakal menjadi Oil & Gas yang mega juga. Nantikan….
Ditambah pula Berita Semasa sehingga ke hari ini, jabatan-jabatan pelik ada di JPM, ada satu lagi audit negara = PEMANDU? Apa yang dipandu PEMANDU selama ini? Membawa Malaysia ke arah lebih baik atau bencana?
Tidak cukup dengan itu, Kementerian lantik pula Ex Minister yang tidak dipilih oleh rakyat menjadi penasihat. Macam mana mereka-mereka ini boleh menjadi penasihat sedangkan individu itu tidak menunjukkan prestasi yang terbaik? Sekarang ini jadi penasihat wanita…Ermm…..Terlalu banyak jawatan yang bertindih-tindih sekarang ini.
Ya…betul. Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika Barisan nasional lemah. Tiada 2/3 majoriti, sokongan non Najib Letak Jawatan MahathirMalaysia sangat lemah dibandingkan di zaman Dr. Mahathir yang serba kuat. Ditambah pula, pada masa itu, pembangkang hanya pelengkap rencah politik sahaja berbanding sekarang dengan kewujudan dan kekutan Pakatan Rakyat. Tetapi….
Tetapi perkembangan dunia dan politik hari ini cukup pantas dan “kejam” menuntut pemimpin kerajaan dan politik menunjukkan prestasi yang dituntut oleh kalangan “shareholder politik di Malaysia” iaitu kalangan pengundi yang sah di Malaysia.
Sebenarnya, tidak kira anda pengundi Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukan bermakna anda tegur dan mengkritik pemimpin anda akan dicopkan sebagai “pengkhianat kepada parti atau pemimpin”. Tegur kerana kita sayangkan parti atau negara. Itu sahaja.
Sebenarnya dalam bahasa pemimpin politik tegur ini boleh disimpulkan sebagai seperti di bawah ini :
  • bukan naik harga minyak, tetapi kurangkan subsidi
  • bukan naik harga gula, tetapi penyelarasan subsidi
  • bukan suruh dia (najib Razak) letak jawatan,
  • cuma tidak bersetuju sebahagian besar dasar Najib Razak
Dasar Najib Razak
Janganlah lihat siapa yang menegur, lihat dan semak apa teguran yang diberikan kepada pemimpin di atas. Anggap teguran yang diberikan atas dasar mahu melihatkan negara bernama Malaysia ini menjadi lebih baik dan bertmabah baik di masa akan datang.
P/S : Berita Semasa lebih selesa jikalau jawatan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya maksimum hanya 2 penggal sahaja.
beritasemasa.com

Kongres PKR bakal jadi 'mesyuarat krisis', kata Kadir Jasin

Post Pic
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Datuk A Kadir Jasin menjangkakan Kongres Nasional PKR Ke-10 bermula 22 hingga 24 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam akan menjadi 'mesyuarat krisis' ekoran kemelut politik Selangor yang masih belum bernoktah.

Ini kerana menurut Kadir, kongres kali ini mungkin akan menjadi medan sama ada kemelut politik Selangor dapat diatasi atau sebaliknya jika perwakilan membangkitkan segala permasalahan yang melanda parti itu kini. 
 
"Mungkin kongres PKR kali ini akan menjadi atau membuktikan sama ada krisis ini boleh diatasi, sudahpun diatasi atau akan menjadi lebih buruk.
 
"Jadi, daripada persidangan biasa yang diadakan mengikut peruntukan undang-undang ia sudah menjadi satu bagi saya mungkin satu 'mesyuarat krisis' bagi PKR.
 
"Perwakilan boleh membangkitkannya dan kalau kepimpinan tidak memberi penjelasan yang meyakinkan tentulah akan berlaku kekangan antara kepimpinan dengan keahlian," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Bagaimanapun, menurut Kadir kemelut ini tidak akan menjadi masalah besar jika pemimpin tertinggi PKR bersatu padu. 
 
"Itu bergantung kepada dua pihak, satu kepimpinan parti dan kedua perwakilan. Kalau kepimpinan parti dalam mesyuarat agung tahunan itu menunjukkan kesepaduan, menunjukkan bahawa walaupun krisis telah berlaku dalam kerajaan negeri Selangor dan berkesudahan dengan pemecatan Khalid Ibrahim kita sebagai parti tetap bersatu.
 
"Kita telahpun mengatasi masalah kita sebelum mesyuarat agung iaitu kita telah menyingkirkan beliau (Khalid). Kalau mereka memberi gambaran itu dan beliau meyakinkan perwakilan saya rasa tidak akan ada masalah.
 
"Tetapi saya tidak menjangkakan bahawa isu Khalid Ibrahim ini akan menjadi isu besar dalam mesyuarat agung PKR," ujarnya.
 
Malah Kadir berkata, segala kontroversi yang melanda PKR kini tidak akan dapat memecahbelahkan parti itu meskipun kongres kali ini akan dihujani dengan pelbagai kritikan mahupun ketidakpuasaan hati ahlinya.
 
"Saya tidak berpendapat ia akan memecahbelahkan dan menyebabkan PKR berpecah.
 
"Kongres akan berjalan dan saya rasa mesti ada kritikan, sungutan, mesti ada ketidakpuasan tetapi tidaklah membawa kepada penarikan diri besar-besaran. Saya rasa itu tidak berlaku," katanya.
 
Jelas Kadir, tanda-tanda PKR akan runtuh hanya akan berlaku apabila ahlinya keluar parti secara beramai-ramai ekoran kemelut yang melanda.
 
"Bagi saya tanda bahawa PKR ini akan runtuh ialah bila kerana pergaduhan itu ahli keluar beramai-ramai, ranting cawangan dibubarkan barulah bagi saya hal yang berlaku. 
 
"Sebab kita kena ingat juga dalam parti PKR ini hak bersuara mungkin lebih banyak daripada dalam parti-parti yang lebih kukuh macam Umno. Jadi, bila boleh bercakap tentulah ada yang buat bising," jelasnya.
 
Namun tambah Kadir, PKR perlu bimbang jika krisis ini akan menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat serta pengundi yang boleh menjejaskan penilaian mereka. 
 
"Persepsi mereka mungkin berubah, krisis dalam PKR mungkin akan menjejaskan penilaian mereka terhadap PKR dan ini hanya akan diketahui bila pilihan raya berlaku dan PKR masih berupa ahli dalam PR. Itu akan berlaku.
 
"Tetapi selepas berlaku krisis di Selangor sekarang ini mungkin pengundi akan menilai semula. Pengundi mungkin akan berkata dulu kami sokong PR, kami sokong PKR sebab kami menjangka PR dan PKR lebih baik dari Umno-BN tetapi rupa-rupanya lebih teruk.
 
"PKR bergaduh sesama sendiri, pecat-memecat, tuduh-menuduh. Jadi, mungkin pengundi akan memikirkan semula sokongan kepada PR khususnya kepada PKR," tegasnya. 
 
Walaupun kemelut politik Selangor masih belum bernoktah, PKR memutuskan untuk mengadakan Kongres Nasional PKR Ke-10 bermula 22 hingga 24 Ogos ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres tahunan kali ini akan membabitkan seramai 3,740 perwakilan dari 220 cabang PKR di seluruh negara.
 

Kongres ini turut melibatkan mesyuarat tahunan bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR selain menjemput kira-kira 200 jemputan khas untuk menghadiri kongres tersebut. - Antarapos