SPECIAL ADS

22 Februari 2013

BR1M : Bukti Juara Apa? Rasuah Atau Candu!!!


Semua dah tahu pemberiaan wang bantuan rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) memang berniat politik, Kerajaan Umno dan Barisan Nasional memang tidak pernah ikhlas dalam memberi, semua yang mereka lakukan pasti ada niat terselindung. Jelas dan terbukti, sebenarnya  'Ada udang disebalik batu'.

Dalam kes pemberian BR1M kali ke 2 ini, mereka sebenarnya tidak berniat mahu bantu ringankan beban hidup rakyat, apa yang mereka lakukan memang berniat mahu pancing undi.
Jadi tak keterlaluan jika kita panggil ini Rasuah pilihanraya.


Ada juga yang menyifatkan pemberian wang tersebut umpama candu yang hanya memberi keseronokan buat sementara waktu tapi mendatangkan keburukkan buat jangka masa yang panjang (Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man).

Namun disebalik itu ada juga pihak yang seolah memperkecilkan nilai RM500 itu seolah ianya cuma lekat dicelah gigi. Malah berbagai telahan dan pandangan negatif dilemparkan terhadap pemberian kerajaan ini.



Pemberian BR1M 1.0 mahupun BR1M 2.0 yang melibatkan sejumlah besar harta Negara dan rakyat,  Bukan duit Umno atau BN. Dengan demikian, Kerajaan  gagal mentadbirkan secara terbaik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Ini semua langkah sementara kerana pilihanraya ke 13 dah dekat sangat...

Sebenarnya BRIM melibatkan penerima dan peruntukan:

BR1M
TAHUN
PENERIMA
PERUNTUKAN
1.0
2012
4.2 juta orang
RM2.1 bilion
2.0
2013
4.3 jut (isi rumah)
2.7 juta (bujang)
RM3 .0 bilion
JUMLAH
8.5 juta
RM5.1 bilion

Mengapa secara tiba-tiba saja  bila dekat dengan pilihanraya ke-13 ini baru timbul rancangan mengagih wang, sedang sebelum dari ini pendekatan sedemikian tidak dilakukan pimpinan terdahulu? 

Mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'. Ini ibarat..yang terasa memang ada dan jika berfikir secara logik, ada kebenarannya. Sebenarnya rakyat yang susah dan miskin, memang memerlukan...rakyat yang senang, memang tak pandang. Adakah Kerajaan menggalakkan rakyat susah dan miskin, supaya senang membeli undi mereka?

Kerajaan perlu sedar dan mendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang, melonjaknya harga rumah di luar kemampuan rakyat jelata untuk memilikinya walaupun bernama rumah murah atau mampu milik. Tiadanya biasiswa bahkan pelajar-pelajar makin terbeban dengan hutang bila memasuki pengajian tinggi dan makin sempitnya peluang mereka untuk mendapat pekerjaan, bahkan sebahagian daripada mereka terpaksa menganggur. Dari segi pengangkutan dan perhubungan mereka terbeban dengan harga petrol, bayaran tol yang membebankan, ketidakcukupan kenderaan awam. Tidakkah lebih wajar dengan wang sebanyak RM5.1 bilion itu digunakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi rakyat jelata?

Yang jelas tercipta sejarah, bagi menghadapi PRU Ke-13,  BN adalah JUARA membelanjakan harta rakyat bernilai  dari RM5 bilion bagi membeli hati rakyat?. Kita berharap rakyat menyedari.... hati mereka tidak semurah itu untuk dijualbeli.Dimanakah kelogikan dan  teladan jika mulut bercakap mahu hapuskan rasuah, sedang praktiknya bertentang?

Ramai orang, kalau betul Kerajaan hendak membantu rakyat dengan menggunakan dana yang mencecah bilion-bilion, ada cara lain yang lebih efektif dan menyeluruh.....bukan melihat pemberian wang tunai seumpama ini seperti mengajar/menggalakkan rakyat supaya menjadi peminta sedekah. 

Terdapat kes di Kulim, Kedah telah menyalahgunakan duit br1m untuk membeli dadah dan air ketum.  Walaupun kes terpencil, tetapi itulah hakikat pemberian br1m sebanyak Rm250 ini disalahgunakan.


Ada cadangan alternatif? Kalau hendakmembantu rakyat yang tersepit dengan masaalah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup tinggi,  kita perlu mengadakan satu cara bagaimana rakyat dapat berkerja mencari rezeki dengan mudah. Kerajaan perlu menggalakkan rakyat berpendapatan rendah melakukan kerja-kerja membangun ekonomi keluarga. 

Bantuan seperti wang ringgit untuk memulakan aktiviti perniagaan perlu diberikan kepada yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan. Permudahkan “red tape” dalam memberikan lesen perniagaan bagi gerai-gerai yang tersusun atau industri kampung (Belakang rumah) seperti di Indonesia. Dalam perkara ini FAMA, agensi Kerajaan atau Majlis Perbandaran membantu rakyat yang susah dan miskin.

Galakkan rakyat menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi Keluarga terutama ibu-ibu tunggal, warga emas dan lain-lain, secara tidak langsung Kerajaan dapat manfaat kepada pembangunan ekonomi Negara.


Industri perkilangan yang selamat dan terancang didirikan dalam kawasan kampung di luar bandar. Ini akan memudahkan penduduk disekeliling kilang tersebut mendapat kerja tanpa perlu berhijrah ke kawasan bandar. Dengan duduk tinggal bersama keluaraga di kampung, masalah sosial kehidupan di bandar akan dapat dielakkan. Pernah melihat sebuah kilang membuat barangan perubatan didirikan dalam sebuah kampung di Perlis dimana di luar pagar kilang kita boleh lihat rumah kampung yang di didiami oleh anak-anak muda kampung tersebut yang berkerja di kilang.

Tiada ulasan: