SPECIAL ADS

14 Februari 2013

Forum Bantu Rakyat Muflis

Forum bantu rakyat muflis


KUALA LUMPUR - Orang ramai yang diisytihar muflis dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendapat di forum Muflis@Bankrup Anda Ada Peluang Kedua  pada 18 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (BePU), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, ramai diisytihar muflis takut tampil ke hadapan dan mencari jalan keluar.

"Ada di antara mereka tidak tahu hak mereka diisytihar muflis,  oleh itu mereka takut untuk tampil.

"Forum dianjurkan ini peluang untuk mereka menceritakan pengalaman dan pandangan bagi mencari jalan penyelesaian lebih efektif," katanya pada sidang media semalam.

Forum anjuran bersama Jabatan Insolvensi dan beberapa NGO itu bukan sahaja  bertujuan mendengar pandangan, tetapi membincangkan cara keluar daripada muflis.

"Kita dapati kebanyakan yang muflis golongan muda di bawah 40 tahun, oleh itu kita mahu mencari jalan penyelesaian yang membolehkan mereka mendat peluang kedua bagi meneruskan kehidupan.

"Melalui idea dan pandangan yang diperolehi daripada forum ini, kita akan panjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha meminda Akta Bankrap 1967," katanya.

Terdahulu, BePU, melancarkan blog, Facebook dan Twitter Muflis Peluang Kedua sebagai medium untuk mendapat respons orang ramai.

Sebelum ini, kajian semula Akta Bankrap diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dalam usaha kerajaan membantu rakyat muflis akibat beban hutang.

Menurutnya, forum itu akan menampilkan akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan penutupnya disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Antara panel forum itu adalah, Ketua Pengarah Jabatan Insovensi, wakil Bank Negara, Sukaguam, Datuk Khairul anwar, dan Datuk Nadzim Johan.

"Kami percaya hasil daripada forum ini,  sedikit sebanyak mampu membantu pada proses penggubalan Akta Bankrup," katanya.

Tiada ulasan: