SPECIAL ADS

27 Jun 2014

Rafizi cabar Muhyiddin dedah kontrak UiTM

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang mengatakannya tidak faham konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dalam pembinaan kampus baru UiTM itu.

“Apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah saya dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi lepas yang melibatkan penswastaan air dan lebuh raya.

“Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham akan sebab kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM.

"Sedangkan, ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu,” kata MP Pandan itu dalam kenyataan.

Menurutnya, Muhyiddin juga tidak faham akan intipati pendedahan yang dibuatnya berkenaan pembinaan kampus-kampus tersebut.

Muhyiddin semalam berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan menerangkan kaedah PFI yang digunakan dalam projek itu.

Menurut Muhyiddin, penerangan itu nanti sekaligus akan menepis dakwaan-dakwaan yang dibuat Rafizi.

Tegas Rafizi, beliau bukan menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.
 
"Saya mempertikaikan perkara-perkara berikut - pertama, sebab penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus.

"Keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek.
 
"Kedua, kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini adalah sehingga lima kali ganda lebih mahal daripada kos membina sendiri UiTM ini?
 
"Ketiga, berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?" tanya Rafizi.
 
Rafizi sebelum ini mendakwa 23 orang pemimpin Umno mendapat keuntungan berlipat ganda menerusi konsesi penswastaan enam kampus UiTM yang dibuat secara rundingan terus. mk

Bekas model Playboy umum peluk Islam 5 Ramadan ini

Felixia Yeap, bekas model Playboy yang tertarik dengan pakaian Islam, akhirnya mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada sebuah program di Shah Alam, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Jun, 2014.
Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.
Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.
"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.
‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.
Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada The Malaysian Insider tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.
Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.
Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.
"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.
Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.
Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.
Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam. – Felixia Yeap, bekas model Playboy.
"Perbezaannya kini, saya tahu Allah berada di sisi dan saya berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎," katanya.
Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah.
"Saya tidak boleh dedahkan tempat itu kerana ia peribadi. Nama Islam saya juga akan umumkan kemudian," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu.
"Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Saya berharap mampu untuk berpuasa penuh," katanya, sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi "saya belajar bagaimana untuk mengatasi hal itu".
Seperti umat Islam lain, Felixia berkata beliau sudah membeli buah kurma sebagai persediaan puasa.
"Saya sudah bersedia, cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu saya uruskan kerana saya tinggal seorang," katanya.
Pada acara tersebut, Felixia turut diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.
‎Felixia berkata, beliau mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga.
"Ciri suami saya kini perlulah beriman, yang dapat membimbing sehingga ke syurga, yang sayang saya dan Allah.
"Kerana lepas masuk Islam, saya adalah mualaf, saya perlu bimbingan maka saya perlu teman hidup yang benar kuat dalam membantu saya," katanya. TMI

26 Jun 2014

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2014 Terkini : Saiz Kabinet Besar, 35 Menteri Bela Kebajikan 30 Juta Rakyat Malaysia. PM Terpaksa!!

menteri kabinet 2014
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2014 Terkini  ; Ramai pemerhati politik menjangkakan akan berlakunya rombakan menteri kabinet Malaysia 2014. Akan ada yang digugurkan dan digantikkan dengan yang lain. Atau pun saiz menteri kabinet Malaysia akan dikurangkan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya……
Apabila saiz menteri kabinet Malaysia semakin bertambah dan semakin besar melihatkan senarai menteri kabinet Malaysia 2014 yang terkini.
Bagi menguruskan kekayaan hasil mahsul negara + jumlah penduduk sekitar 30 juta penduduk, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada “strategi dan pelan tersendiri” yang mana beliau memerlukan 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri. Jumlah portfolio kabinet juga turut bertambah. Daripada 35 menteri kabinet adalah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
Atas nama negara pelbagai kaum, kita sama-sama mentadbir negara. Ya, Berita Semasa bersetuju ada Cina, India, Ada Melayu ada bumiputera. Dalam konteks kerajaan yang dimpin parti Barisan nasional sekarang, ada MCA, ada MIC, ada UMNO, ada Gerakan dan parti komponen Sabah, Sarawak yang lain.
Tetapi Berita Semasa sangat terkejut apabila seorang yang mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan sebegi rupa :
menteri kabinet
Sumber : Channel News Asia
Ha? Mengapa mengeluarkan sebegitu rupa? Yang bayar gaji mereka siapa? Sepatutnya Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, anda yang sepatutnya berkuasa penuh untuk memutuskan senarai menteri kebinet Malaysia 2014 yang terkini bagi membantu kepimpinan anda. Bukan tunggu menteri anda letak jawatan baru mahu membuat lantikkan yang baru?
  • Persoalannya, siapa mahu letak jawatan meninggalkan pengaruh, kekayaan, projek dan lain-lain lagi
  • Anda sendiri sebagai Perdana Menteri pastinya tidak mahu letak jawatan begitu sahaja. Betul?
  • Tetapi bezanya di sini anda berkuasa terhadap menteri-menteri anda
  • Ciri ketegasan dan berani membuat keputusan sepatutnya ada pada kepimpinan seorang Perdana Menteri
  • Tiba-tiba teringatkan ciri kepimpinan yang ada pada Tun Dr Mahathir.
Ini baru menteri kabinet, belum ketua setiausaha, pegawai khas, setiausaha parlimen, setiausaha kementerian, bla bla bla…banyak sangat orang yang bagi arahan kepada orang bawah.

Perbandingan Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2014 Terkini VS Negara Lain?

  1. United Kingdom : 25 menteri kabinet menjaga 63 juta penduduk
  2. India : 23 menteri kabinet menjaga 1 bilion penduduk
  3. Malaysia : 35 menteri kabinet menjaga kita semua seramai 30 juta penduduk
  4. Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja
  5. Amerika Syarikat : 18 menteri kabinet menjaga 300 juta penduduk
  6. Jepun : 16 menteri kabinet menjaga sekitar 127 juta penduduk
Di sini Berita Semasa ada sertakan beberapa gambar barisan Menteri Kabinet daripada negara seperti Jerman, United Kingdom, Amerika syarikat, Jepun, Singapore, Kenya dan Uganda dibandingkan dengan barisan senarai menteri Kabinet Malaysia 2014 yang terkini.
P/S : Jika jawatan dalam senarai barisan Menteri kabinet Malaysia yang terkini diadakan sebab mahu puaskan hati sesetengah pihak, bukan sebab atas nama keperluan, Berita Semasa tidak bersetuju.
PP/S : Adakah dengan pertambahan senarai Menteri Kabinet Malaysia 2014 yang terkini ini, bermakna peluang Malaysia menghampiri prestasi Brunei, Singapore (BAGI SENARAI NEGARA TERKAYA DUNIA), Jepun, Amerika Syarikat, Britain ataupun mungkin Korea Selatan (bukti Malaysia pernah jadi Harimau Asia daripada sudut ekonomi : DI SINI)semakin mudah?
beritasemasa.com

Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 TNB Siri 2 Bulan Julai? Kenaikan 24% hingga 39% 18 Bulan Daripada Sekarang!

tarif elektrik naik
Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 : Paling rakyat takutkan adalah mendengar pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia, kedua adalah pengumuman kenaikan tarikf elektrik naik. Masakan tidak, kesannya rantaian cukup dahsyat ke atas kos sara hidup di Malaysia.
Kali terakhir, TNB melakukan semakan kenaikan tarif elektrik naik adalah pada Januari 2014 yang lalu di mana rakyat Malaysia mula “menikmati” peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). Belum sempat….
Belum sempat rakyat Malaysia yang mengalami kesesakan nafas apabila menerima berita kenaikan tarif elektrik naik pada Januari 2014, dijangka akan ada satu lagi siri pengumuman kenaikan tarif elektrik naik sekitar bulan Julai 2014 akan diumumkan kelak.

Butiran Kenaikan Tarif Elekrtik Naik 2014 Siri 2

  • dijangka kenaikan tarif elektrik naik bermula bulan depan, Julai 2014
  • kenaikan tarif elektrik tersebut tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada peningkatan harga gas antarabangsa
  • ditambah dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif elektrik akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan
  • Januari hingga Jun, berlakunya kenaikan harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut
  • Tiada pilihan lain, iaitu merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini
  • Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh tetapi rakyat Malaysia hanya membayar tarif elektrik semasa 38.53 sen per kWh
  • jika tarif elektrik terus kekal seperti yang ada sekarang untuk beberapa bulan akan datang, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Dengan kenaikan tarif elektrik naik Julai 2014 kelak, bukan sahaja orang bandar sahaja bakal terkesan, orang kampung, peniaga, pengilang, pemborong, pelabur asing bakal merasai impaknya.
Para pengilang dan para peniaga paling banyak mengunakan elektrik, yang mana akan menyebabkan kos akan meningkat secara mendadak dek kerana bil elektrik yang melambung tinggi. Akhirnya barang dikeluarkan kilang, pemborong hingga peniaga runcit semua akan terpaksa dinaikkan disebabkan kenaikan tarif elektrik naik peningkatan kos.
Suasana pelaburan dan perniagaan bakal menjadi tidak kompetitif. Jikalau ada negara lain yang bakal menawarkan kemudahan yang lebih baik, apa guna mereka melabur di Malaysia?
Dan juga Berita Semasa melihatkan gaji rakyat Malaysia (KLIK SINI) yang tidak naik mendadak sedangkan tarif elektrik dijangka terus dinaikkan setiap 6 bulan? Bagaimana mungkin mereka mampu menyerap lonjakan kos sara hidup di Malaysia? Akhirnya kelak, daya beli rakyat Malaysia semakin berkurang, peniaga mula merasai kelembapan penjualan akhirnya cukai turut akan berlaku penyusutan.
Bil Elektrik Naik 2014
Tidak cukup lagi, untuk tempoh 18 bulan daripada sekarang, kenaikan tarif elektrik naik lagi secara berterusan antara 24% hingga 39% berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) . Sudah bersediakah rakyat Malaysia menghadapi satu lagi siri gelombang kenaikan tarif elektrik naik selepas ini?
beritasemasa.com

Selangor dedah dokumen sulit kelulusan Kidex


logo
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen sulit kepada awam yang melibatkan keputusan MMKN ke-6/2012 pada 15 Februari 2012 berhubung persetujuan secara dasar yang diberikan Kerajaan Selangor terhadap cadangan pembinaan Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX).

Keputusan mengklasifikasikan semula dokumen sulit kerajaan kepada dokumen awam ini dibuat menurut Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 sebagai reaksi kepada permohonan seorang rakyat Selangor, Encik Chia Gek Suan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Documents Pertaining of The Approval of The Proposed Kidex.

Keputusan MMKN ke-6/2012 dan disahkan pada 22 Februari 2012 antara lain menyatakan bahawa;

1. Cadangan Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dan mengambil langkah-langkah seperti berikut;

i) Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi sahaja

ii) Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan

iii) Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai unjuran keuntungan bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal setelah permohonan di bawah Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dan

iv) Perkara tersebut (penamatan awal) diguna pakai bagi semua lebuh raya sedia ada atau yang akan dibina.

2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor diminta menyelaraskan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan keperluan-keperluan yang melibatkan Negeri Selangor dalam perancangan pembinaan KIDEX dan mengemukakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau Konsortium.

Keputusan MMKN ke-6/2012 itu juga membuat keputusan bahawa LLM atau konsesi berkaitan yang akan membina lebuh raya baru di Negeri Selangor perlu memaklumkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) kawasan berkaitan mengenai cadangan tersebut terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada penduduk setempat bagi memudahkan wakil rakyat menjawab pertanyaan atau bantahan orang ramai.

MMKN ke-6/2012 jelas menyatakan bahawa LLM akan memberikan taklimat kepada penduduk berhubung cadangan pembinaan KIDEX.

Selain itu, MMKN ke-6 menyatakan pendirian bahawa penswastaan hendaklah meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Selangor kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat; kos hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan dan apabila siap maka pulangan hasil yang diswastakan; dan kos juga perlu mengambil kira risiko dan pulangan berdasarkan penanda aras antarabangsa.

Dikeluarkan oleh 
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Misteri MH370 belum terungkai selepas tiga bulan

SUDAH lebih tiga bulan berlalu, pencarian pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lalu masih di jalan buntu.

Tiada apa-apa tanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di zon pencarian untuk membantu pasukan mencari dan menyelamat mengesan pesawat. Sudah timbul kekecewaaan.
Sudah ada suara yang menyatakan pencarian mungkin berlanjutan berdekad lamanya.

Baru-baru ini, dunia mendapat sedikit pencerahan baru hasil dari penemuan pasukan penyiasat yang menyiasat mengenai kehilangan pesawat MH370. Zon pencarian sudah lebih “precise”.
Menurut sumber yang dipetik dari akhbar The New York Times News Service (Selasa, 24 Jun 2014), pasukan penyiasat yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 membuat kesimpulan bahawa pesawat telah berpatah balik – membuat pusingan U – dan terbang secara “kemudi otomatik” (atau di dalam perkataan yang digunakan oleh para penyiasat “controlled flight”) sejak ia terputus hubungan dengan sistem kawalan udara sehinggalah ia terhempas di suatu lokasi; dipercayai di selatan Lautan Hindi.

Berikut adalah beberapa penemuan daripada siasatan yang telah diumumkan di Canberra, Australia baru-baru ini:

Pertama: Penelitian ke atas data dari sumber radar milik tentera Malaysia dan penelitian semula dengan lebih terperinci ke atas data-data dari sumber satelit Inmarsat mengesahkan bahawa bahawa pesawat MH370 telah berpatah ke arah barat laut dari arah asal yang ditetapkan, iaitu arah timur laut menghala ke Beijing.

Pusingan U ini berlaku di ruang udara Teluk Siam. Ia kemudian terbang menghala ke arah barat merentasi Semenanjung Malaysia dan Selat Melaka sehinggalah ia terkeluar dari jeda kawalan radar selepas merentasi bahagian utara Pulau Sumatera.

Oleh yang demikian, dakwaan awal yang menyatakan pesawat terbang merentasi ruang udara Thailand ke arah Kazhakstan adalah tidak tepat. Juga dakwaan bahawa pesawat terbang ke arah laut Andaman juga tidak benar.

Kedua: Di sepanjang penerbangan dalam arah baru itu, pesawat telah terbang mendaki sehingga ke ketinggian 45,000 kaki. Ini melebihi ketinggian maksimum yang dibenarkan, iaitu, 43,100 kaki. Ia kemudian terbang menurun dan terbang rendah ketika merentasi banjaran pergunungan di ruang udara Malaysia sebelum ia terbang mendaki semula ke ketinggian 23,000 kaki ketika merentasi ruang udara Selat Melaka.

Ketiga: Berasaskan data dari denyutan elektronik (ping) atau dikenali juga sebagai “salam perpisahan terakhir elektronik” (electronic handshake), pasukan penyiasat membuat kesimpulan bahawa pesawat berakhir di dalam laut di bahagian barat Australia dalam satu zon yang dikenali sebagai gerbang ketujuh (seventh arc) kerana di dalam lingkongan zon inilah radar satelit merekodkan salam perpisahan elektronik terakhir pesawat. Sebulat suara penyiasat menyatakan bahawa di dalam zon itulah pesawat kehabisan bahan bakar dan terjadilah apa yang terjadi ke atasnya.

Analisis yang dibuat oleh penganalisis komunikasi swasta juga membuat kesimpulan yang sama, iaitu, pesawat berakhir di zon gerbang ketujuh. Jeda zon gerbang ketujuh ini adalah kira-kira 400 batu panjang dan 60 batu lebar. Kini, operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di zon ini sahaja.

Keempat: Di sepanjang penerbangan sejak ia berpatah balik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar, pesawat terbang secara kemudi automatik. Apabila kehabisan bahan bakar, enjin pesawat terhenti dan ia jatuh dengan kederasan tinggi ke permukaan laut dan pada tabiienya, berkecai.

Dalam keadaan biasa, iaitu, pesawat masih di dalam kawalan juruterbang, pesawat boleh dipandu menggelongsor sehingga sejauh 100 batu sebelum menyentuh permukaan air laut dan badan kapal terbang berkemungkinan tidak berkecai.

Kelima: Ada di kalangan para penyiasat menyimpulkan bahawa salah sorang daripada juruterbang telah bertindak memesongkan hala penerbangan pesawat berniat untuk membunuh diri. Penemuan ini mendapat liputan meluas oleh media massa antarabangsa.

Dalam responsnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia telah menyatakan ketidakpersetujuan beliau dengan kesimpulan ini dan menganggapnya sebagai “khabar angin”.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan termakan dengan khabar angin ini. 

Namun, beliau tidak pula membuat apa-apa pendedahan mengenai hasil penyiasatan pihak berkuasa Malaysia sendiri mengenai dakwaan bahawa juruterbang berkait dengan kehilangan pesawat.

Keenam: Ada anggota-anggota pasukan penyiasat yang membuat kesimpulan bahawa berlaku kebakaran kecil di dalam pesawat mengakibatkan semua penumpang dan anak kapal tidak sedarkan diri di keadaan pesawat dalam mod kemudi otomatik sehinggalah ia kehabisan bahan bakar dan terhempas.

Nampaknya, hasil penyiasatan masih tidak mampu merungkai pelbagai persoalan, di antaranya, kenapakah pesawat berpatah balik? Kenapakah pelbagai alat kemunikasi pesawat dimatikan dan siapakah yang mematikannya?

Dalam keadaan di mana tiada apa-apa bahagian dari badan pesawat dan benda-benda yang boleh dikaitkan dengan pesawat ditemui di kawasan lautan di mana ia dipercayai berakhir, usaha mencari dan menyelamat tetap melalui jalan sukar dan mencabar.

Mungkin kehilangan pesawat MH370 akan kekal menjadi misteri. HD

25 Jun 2014

Saya Nak Bantu Melayu, Tapi Bukan Cara Beri Dan Suap – CEO Petronas

Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.
“Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.
Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
“Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.
“Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.
Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.
“Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan.
“Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”
Shamsul berkata, syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global dan keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan mereka melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
“Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.
“Keputusan kewangan menunjukkan keadaan sebenar, ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,” katanya.
Wawancara yang bertajuk “Adakah kami tidak berminat pada kecekapan” itu dibuat sebagai mengulas khabar angin menyatakan Shamsul akan meletak jawatan.
Dalam wawancara itu, beliau berkata, sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia daripada segi profesionalisme.
Shamsul berkata, DNA Petronas adalah kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.
“Pada masa sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,” katanya.
Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahu peruntukan pula.
“Saya orang Melayu dan saya bangga… awak fikir saya tidak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,” katanya. MNS