SPECIAL ADS

30 Julai 2014

Undian: Majoriti mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor

Undian: Majoriti mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor

Majoriti pembaca Astro AWANI, ingin 

melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

dikekalkan sebagai Menteri Besar 

Selangor. 

KUALA LUMPUR: Majoriti pembaca Astro AWANI ingin melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor susulan dilema politik yang melanda Pakatan Rakyat.


Menurut undian yang dijalankan oleh Astro AWANI pada Isnin, sebanyak 62.42 peratus orang mahu Abdul Khalid dikekalkan.

Manakala sebanyak 9.11 peratus mahu presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad pula, mendapat sebanyak 4.64 peratus undian manakala timbalan presiden PKR Mohd Azmin Ali pula, hanya mendapat undian sebanyak 4.34 peratus sebagai pilihan untuk menjadi MB Selangor.

Sementara itu, sebanyak 19.49 peratus tidak ingin keempat-empat orang tersebut untuk menjadi MB Selangor.

Peralihan jawatan MB Selangor adalah kesinambungan 'Langkah Kajang' yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lepas, dimana pada akhirnya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor yang baharu.

Tetapi, Abdul Khalid telah berkata bahawa adalah lebih baik pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan untuk mendapat mandat rakyat dalam isu MB Selangor.

Menurut undian, sebanyak 66.08 peratus orang berkata adalah tidak wajar untuk DUN Selangor dibubarkan untuk mendapat mandat baru rakyat.

Hanya 33.92 peratus bersetuju bahawa langkah untuk membubarkan DUN Selangor adalah wajar.

Sementara itu, sebanyak 50.04 peratus pula berpendapat bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sebanyak 31.74 peratus orang berpendapat bahawa PR tidak akan berpecah selepas Hari Raya Aidilfitri dan 18 peratus orang berkata mereka tidak tahu tentang kemungkinan perkara itu berlaku.

Isu perpecahan PR timbul selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai MB Selangor.

Namun, pemimpin PAS telah diarahkan tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung isu MB Selangor dan menunggu keputusan keputusan mesyuarat PAS pusat men

Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.
Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.
Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu.
Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni.
WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara.
"Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya.
Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia.
"Ini bukan soal kegagalan kerajaan Australia mendedahkan kes rasuah antarabangsa kepada umum.
"Menteri Luar Julie Bishop perlu jelaskan kenapa dia mengugut rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan," katanya.
Dakwaan rasuah timbul sejak tahun 2009, pada ketika itu mendorong Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan.
Pada tahun 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia.
Individu terbabit termasuk seorang ahli perniagaan didakwa mengambil RM11.3 juta untuk mengikat kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan memastikan kerajaan Malaysia memilih wang kertas polimer itu.
Abdullah, juga dikenali sebagai Pak Lah pada tahun 2011 menafikan dakwaan dua syarikat Australia cuba memberinya rasuah sebanyak RM100 juta untuk mendapatkan kontrak mata wang Malaysia semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Cubaan itu dipercayai berkait dengan perjanjian bekalan wang kertas polimer RM5 yang mula diedarkan pada tahun 2004. TMI

Australia sembunyi kes rasuah profil tinggi libatkan Malaysia‎, dedah Wikileaks

Kes rasuah antara tiga negara ini merupakan penutupan yang terbesar dilakukan oleh kerajaan, kata penerbit WikiLeaks, Julian Assange. – Gambar fail, 30 Julai, 2014.
Australia memberi arahan senyap ke atas kes rasuah berjuta-juta dolar yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA), Malaysia, Indonesia dan Vietnam melalui perintah mahkamah, lapor WikiLeaks hari ini.
Kes tersebut menamakan pemimpin dahulu dan kini dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam serta saudara mara dan pegawai kanan mereka.
Skandal ini juga melibatkan anak-anak syarikat RBA – Securency dan Note Printing Australia.
Pekerja dari kedua-dua syarikat didakwa merasuah pegawai di Malaysia, Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak pencetakan wang kertas.
"Ini merupakan penutupan yang tidak disangka oleh pihak berkuasa Australia mengenai kes yang berprofil tinggi dan bernilai berjuta-juta dolar," kata penerbit laman sesawang anti-rahsia itu, Julian Assange.
Alasan keselamatan negara diberikan pihak berkuasa Australia bagi mengelakkan laporan ke atas kes ini, untuk melindungi hubungan antarabangsa Australia.
Akhbar The Age dalam laporannya pagi ini berkata tiada lagi organisasi Australia yang dibenarkan memaparkan dokumen tersebut ataupun kandungannya. Ia melaporkan kata-kata Julian Assange tanpa apa-apa butir terperinci.
Assange berkata perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berikutan pendakwaan rahsia tujuh eksekutif kanan daripada dua anak syarikat tersebut.
WikiLeaks mendedahkan 17 individu dalam senarai sekatan itu termasuk perdana menteri dahulu dan sekarang di Malaysia.
Antaranya adalah Presiden Vietnam Truong Tan San, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono and bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri.
Perintah tertinggi itu khususnya melarang menyiarkan tentang perintah itu sendiri, menutup dengan berkesan kes rasuah terbesar di Australia dan kawasan sekitarnya," kata Assange.
Beliau berkata perintah menutup yang diluluskan terakhir berlaku pada 1995.
Kes pada masa itu melibatkan operasi perisik Amerika-Australia terhadap kedutaan China di Canberra.
Assange berkata perintah tertinggi ke atas skandal wang kertas tersebut merupakan yang terburuk dalam sejarah.
"Dengan perintah ini, kerajaan Australia bukan sahaja menutup mulut media Australia, ia sedang menutup mata rakyat Australia," beliau dipetik sebagai berkata.
"Ini bukan sahaja soal tentang kerajaan Australia gagal memberi keadilan ke atas kes rasuah dengan berterus-terang dengan rakyat.
"Menteri Luar Julie Bishop perlu menjelaskan mengapa beliau mengugut rakyat Australia dengan penjara dalam usaha menutup skandal rasuah memalukan yang melibatkan kerajaan Australia."
Dakwaan rasuah mula timbul pada 2009, yang kemudiannya membuatkan Australian Federal Police dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan masing-masing. 
Ketiga-tiga, termasuk seorang peniaga, didakwa menerima RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan untuk memastikan kerajaan menggunakan wang kertas polimer tersebut.
Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2011 menafikan dakwaan bahawa dua syarikat Australia cuba untuk merasuah beliau bagi mendapatkan kontrak wang RM100 juta semasa khidmatnya.
Cubaan tersebut dipercayai berkaitan dengan perjanjian untuk membekalkan wang kertas polimer RM5 yang mula digunakan pada 2004. TMI

29 Julai 2014

WhatsApp bocor, PAS tak boleh dipercayai?

Kepimpinan PAS dikritik hebat dalam media sosial selepas mesej WhatsApp mereka yang dibocor itu berbau perkauman.
PAS sekali lagi dikritik pengguna Internet selepas mesej WhatsApp di kalangan pemimpinnya – membincangkan “analisis senario” sekiranya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat – dibocorkan pada Ahad lepas dan tersebar luas kepada pengetahuan umum.
Ramai mengatakan PAS terbukti tidak boleh dipercayai apabila mesej yang merupakan perbincangan sulit antara pemimpin kanan parti itu dalam kumpulan WhatsApp PAS Pusat boleh tersebar.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di dalam WhatsApp mesejnya berkata sekiranya PAS keluar Pakatan, ia masih boleh berkuasa di Selangor dan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, dengan bergabung membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
Sebahagian lagi mesejnya memetik Zuhdi berkata: "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Ini menimbulkan kemarahan pengguna Twitter yang bertindak menyeru rakan lain dalam Pakatan – DAP dan PKR – untuk memutuskan sekutu mereka dengan PAS.
"Selepas WhatsApp itu, ramai yang marah dengan PAS," kata @Art_Harun sementara @aimancaezar berkata: "Tiada simpati langsung untuk PAS. Strategi politik tahap tinggi dibincang melalui WhatsApp dan maklumat bocor. Semua ini perkara asas."
Ramai juga kecewa dengan PAS – yang selama ini dikenali tegas dengan pandangannya sebelum menyertai Pakatan – mengatakan mereka tersilap dalam menyangka parti Islam itu sudah tidak lagi mempunyai pendirian yang melampau.
@patricklsk berkata: "Kalau mesej WhatsApp itu sahih, ia membuka mata kita kepada siapa PAS sebenarnya. Selama ini saya sangka PAS tidak lagi begitu..."
"Kalau benarlah yang tersebar itu adalah dari kumpulan WhatsApp PAS, saya tak tahu apa nak kata lagi," kata @afifsohaili.
@Sasindran88 menambah: "PAS sudah sampai ke penghujungnya apabila WhatsAppnya mendedahkan rupa sebenar parti itu yang berbau perkauman, dan ia datang dari pimpinan atas parti itu!!!"
PKR dan DAP juga marah dengan kejadian mesej bocor itu dan menyeru kepimpinan PAS mengambil tindakan tegas menangani perkara itu.
Setiausaha DAP Anthony Loke berkata cadangan PAS bergabung dengan Umno untuk membentuk kerajaan negeri Selangor ialah satu pengkhianatan terhadap Pakatan dan rakyat Selangor.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru PAS mengambil tindakan disiplin atas Zuhdi dan menyelarnya kerana bersikap perkauman.
Zuhdi sementara itu menegaskan dia tidak menyokong PAS keluar Pakatan tetapi cuma menganalisa apa yang akan berlaku sekiranya ia terjadi setelah diminta pimpinan lain untuk melakukan analisis.
Semalam pengguna Internet marahkan PAS dalam isu Khalid yang sudah dipersetujui pertukarannya oleh PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan tetapi dibantah oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. TMI

Polemik Isu MB Selangor

Dari Kaji Selidik yang ADMIN buat di alam cyber terhadap golongan ATAS PAGAR dalam Perlantikan Wan Azizah sebagai MB Negeri Selangor bagi menggantikan Tan Seri Khalid.

Antara rumusan yang dapat Admin simpul daripada kaji selidik tersebut.

1. Rata-rata golongan muda agak terkejut dengan perletakan jawatan MB tetapi selaku golongan yang sentiasa berdepan dengan segala kemudahan capaian maklumat.. mereka lebih terbuka dalam mendepani isu tersebut..

2 ) Mereka melihat ini merupakan suatu perkara baru yg berlaku di dalam iklim politik negara kita kerana sejak negara merdeka perkara sebegini tidak pernah berlaku..

3 ) PR telah membawa suatu idea baru bagaimana untuk merancakkan suasana politik negara agar rakyat sentiasa peka dengan perkembangan semasa..

4 ) Setiap tahun ada sahaja strategi dan plan baru bagi memacu kemajuan pergerakan politik dalam negara kita dan PR telah membuktikan bahawa mereka sebuah parti yang prograsive serta berani melakukan perubahan berdasarkan tuntutan semasa.. Walaupun menurunkan Tan Seri Khalid akan menerima kecaman dari sebahagian Ahli dan menjadi bahan Propaganda musuh2 politik PR tetapi demi meneruskan Plan serta strategi yang telah dirangka oleh Pucuk pimpinan dalam PR demi kemajuan negeri Selangor maka ianya tetap diteruskan..

4 ) UMNO BN dilihat seperti tidak bermaya dan tidak sebijak PR dalam mengatur strategi malah mereka hanya meneruskan dasar yang diwarisi sejak negara mencapai kemerdekaan .Golongan Muda melihat bagaimana kerosakan demi kerosakan berlaku di dalam Parti UMNO itu sendiri bila mana Menteri Kabinet, MB malah hingga kepada Perdana Menteri sendiri tidak mampu ditukar oleh ahli parti..

Lihat sahaja berapa banyak kes yang pernah dilakukan oleh ke semua MB UMNO seperti Khir Toyo dengan rasuah, Muhyidin Yasin dengan penjualan tanah rezab melayu kepada YTL yang menjadi Proxy singapura. tidak ada seorang pun ahli Parti yang mampu menegur apatah lagi bagi mengubah keadaan tersebut..

DAN yang LEBIH PARAH Jawatan PM yang disandang oleh Mahather selama lebih dari 20 tahun menyebabkan golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin semakin terpinggir - Mahather sendiri merupakan antara bekas Perdana Menteri paling kaya hasil dari merompak harta negara..

5 ) Persoalan yang bermain di dalam benak golongan muda Atas Pagar selama ini apakah UMNO BN mampu menukar para pemimpin mereka dalam mengatur strategi-strategi baru demi kemajuan negara.. atau UMNO hanya mengikut cara lamanya dengan mengekalkan terus para pemimpin tersebut selagi mereka belum mati ..Dah mati baru nak cari pengganti yang baru..

6 ) Bagi golongan atas Pagar setiap pemimpin seperti Menteri Kabinet, MB dan PM hanya boleh menyandang jawatan tersebut paling lama pun 2 penggal ( 8-9 ) tahun sahaja selepas itu harus diganti dengan muka-muka yang baru bagi mendepani perubahan serta tuntutan semasa.. Juga bagi mengelakkan kerakusan dan salah guna kuasa serta Rasuah..

Apa yang mampu dilakukan oleh Taib Mahmud selaku KM di Sarawak lebih dari 30 tahun..?? Rakyat tetap miskin dan melarat.tetapi Taib Mahmud berjaya mengkayakan adik beradik dan anak beranaknya... Mengapa Taib Mahmud yang lemah dari segi urus tadbir Negeri Sarawak tidak digugurkan dari jawatannya selepas 10 tahun menjadi KM, mengapa perlu tunggu hingga lebih 30 tahun..?? Apa faedahnya menyimpan UNGKA TUA tersebut kepada Rakyat Sarawak ??

7 ) Bagi Kalangan Wanita Muda rata-rata mereka melahirkan rasa syukur jika Kak Wan dilantik menjadi MB setidak-tidaknya PR telah memecah rekod sebagai sebuah parti yang menghargai kemampuan seorang Ibu dan seorang Wanita dalam mengurus tadbir negeri,, dan yang paling membanggakan Kak Wan bukannya memerintah negeri yang paling kecil di Malaysia seperti Perlis tetapi Kak Wan diberi amanah bagi mentadbir sebuah negeri yang paling maju serta menjadi Lubuk Emas kepada Negara Malaysia..

8 ) Bagi mereka tidak timbul soal Kak Wan mahu merompak aset negeri Selangor yang berjumlah RM 3 Bilion kerana jika Kak Wan dan DSAI mahu menjadi Bilionair 20 tahun dahulu pun mereka sekeluarga boleh menjadi kaya dengan syarat mengikut telunjuk Mahather..Tak perlu Kak Wan bersusah payah dan tak perlu juga Anwar Ibrahim meringkok dalam Penjara.. Cukup sekadar menyembah Mahather setiap hari mereka sudah boleh menjadi Bilionair..

9 ) Bagi Ahli serta penyokong PR masih terdapat segelintir dari mereka yang mempetikai mengapa Tan Seri Khalid digugurkan. Bagi Admin golongan ini masih lagi membawa Sentimen Kepartian walaupun mereka duduk di bawah satu bumbung yang dinamakan " Pakatan Rakyat "


Jangan termakan dengan dakyah serta Propaganda UMNO yang sememangnya mahu melaga-lagakan ahli dan para penyokong PR..

DAP juga yg stady sebab mereka professional serta bijak membaca strategi serta corak politik dalam negara kita

Sejak Isu MB ini semakin ramai para Cyber Troopers UMNO yang bersalin kulit menjadi Ahli PKR dan PAS...


Dua (2) negeri terlepas iaitu Terengganu dan diikuti dengan Kedah (kedua2nya hanya sepenggal). Bagi kes Kedah umum sudah mengetahui krisis dan kemelut antara MB dengan exco tetapi TGHH selaku Presiden berlepas tangan dan tidak mahu campurtangan kononnya untuk menjaga hati hingga menjadi barah. Akhirnya Kedah terlepas semula kepada UMNO.

Begitu juga dengan kes Selangor. Bagi awal penggal pertama TS Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang kerana kebajikan rakyat terjaga, dasar dan polisi Pakatan Rakyat terpelihara kerana Tan Sri Khalid tegas dan segala tindak tanduknya selari dengan dasar Pakatan Rakyat.

Namun segala-galanya mula berubah apabila memasuki penggal kedua apabila kes hutangnya mula menghantui hidupnya. Penyelesaian hutangnya sebanyak RM70 juta telah diselesaikan diluar mahkamah tetapi segala syarat dan termanya tidak dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan. Ditambah lagi dengan isu2 berikut:

1. Pada penggal pertama Tan Sri Khalid begitu bertegas dalam isu penstrukuran semula air dan menolak mentah2 projek Langat 2. Tapi apa sudah jadi pada penggal kedua? Secara tiba2 Tan Sri Khalid telah menandatangani MOU dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkannya kepada pucuk kepimpinan malah para exconya tidak diajak berunding. Bermakna beliau telah membuat keputusan bersendirian dan membelakangkan pimpinan parti sendiri dan PR. Maka terkial-kial Datuk Seri Anwar untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam isu MOU ini;

2. Dasar PR tidak mahu lebuhraya bertol kerana akan membebankan rakyat. Tetapi Tan Sri Khalid telah memberikan persetujuan akan meluluskan projek lebuhraya bertol KIDEX jika ia memberi manfaat kepada rakyat. Isunya kawasan Petaling Jaya itu ramai penyokong DAP dan ini telah menimbulkan kemarahan pengundi dan pemimpin mereka. Tanpa berunding apa2 terus beri persetujuan.

3. Tan Sri Khalid begitu berbangga dengan simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM3 bilion tetapi kebajkan rakyat diabaikan;

a. Bila nak dipecat barulah umumkan projek perumahan mampu milik rakyat;
b. Isu sampah berlarutan bertahun2 dan sampai sekarang tidak dapat diselesaikan;
c. Banyak jalan-jalan untuk kegunaan rakyat berlubang2 dan tidak diperbaiki dan telah menyusahkan rakyat dan mereka merungut;
d. Isu rampasan bible Bahasa Melayu tidak diselesaikan secara tuntas telah menyebabkan kemarahan penganut agama Kristian.

Sebenarnya banyak isu yang telah menyebabkan pemimpin PKR hilang sabar walaupun telah ditegur berkali2 tetapi Tan Sri Khalid tidak mahu berubah malah semakin degil. Menambahkan kemarahan itu secara sengaja berbaik2 pula dengan pemimpin Kerajaan Pusat. Dari segi untuk menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat mungkin tidak ada salahnya tetapi menimbulkan tanggapan di kalangan rakyat kerana akibat hubungan yang akrab itu menyebabkan Tan Sri Khalid berubah dan menyebabkan dasar PR sudah tidak dipatuhi. Akhirnya nanti rakyat akan marah,meluat dan tidak puashati dan mengambil keputusan menukar semula kerajaan.

Masalahnya mengapa PAS perlu campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh PKR.. Khalid orang PKR bukannya orang PAS....

Jika menurut Akhlak Islamiyah PAS sepatutnya akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR.. PKR hanya mahu mengugurkan ahlinya sendiri dari memegang jawatan sebagai MB bukannya Ahli PAS yang mereka mahu pecat.

Jangan nanti orang kata PAS lebih sudu dari kuah... kerana perjanjian telah termeterai antara DAP. PAS dan PKR bahawa kerusi MB telah diberikan Status Quo nya kepada PKR.

Suami kalau mahu menceraikan isterinya pasti bersebab hanya mereka sahaja yang tahu kerana mereka duduk bersama dan tidur bersama.. Begitulah halnya dengan parti Politik Tan Seri Khalid duduk bersama dengan pemimpin PKR dan hanya mereka sahaja yang tahu apa masalahnya...

Persoalannya bila masa Tan Seri Khalid duduk bersama-sama dengan PAS di dalam satu rumah ( Parti ) dan Keputusan siapa calon itu hak PKR utk menentukannya.. Nak jadi Abang Besar kerr sampai semua keputusan parti lain nak ikut campur sama..

DAP lebih pandai menghormati Hak orang lain sebab itu DAP tidak mahu mencampuri urusan pemilihan MB yang dibuat oleh PKR. Meraka akan menerima siapa sahaja Calon yang dipilih olah pucuk pimpinan PKR sebagai calon MB Selangor. Dan berpegang pada Janji Status Quo yang menjadi milik PKR sebagai peneraju negeri Selangor..

Kita tunggu lepas raya ni kalau dapat persetujuan aku akan blast.. Jangan khianat dalam perjuangan. Pasti mengegarkan dgn isu Pengkhiatan pemimpin melayu diera Milinium ni selepas Tragedi pengkhianatan dalam Angkatan Perpaduan UMMAH dan S46

UMNO juga yg menang kerana mereka mampu menjanjikan pelbagai Jawatan dan Tawaran.. Kita bakal hancur dan kalau nak bina kembali tunggulah 100 tahun lagi kerana rakyat tidak akan mudah bagi melupa segala pengkhianatan demi pengkhianatan yg dilakukan oleh para pemimpin mereka.

Aku dapat maklumat daripada pelbagai sumber DAN tragedi yg bakal berlaku ni hampir sama dgn Tragedi Pengkhianatan yang berlaku di dalam Angkatan Perpaduan UMMAH dan S46. Malah kalau terjadi Mala Petaka dan Impactnya lebih besar dari kes Angkatan Perpaduan UMMAH dan S46.

Aku masih berpegang amanat Ustadz Fadil Nor " Kita dalam PAS wajib membantu Anwar Ibrahim bagi menumbangkan UMNO " sebab tu selaku org PAS aku tidak mungkin sekali2 mengkhiati amanat Ustadz Fadhil Nor tersebut terpulanglah pada kalian semua.


INGAT DALAM KITA LEKA UMNO SENTIASA BERUSAHA..

Unit Task Force UMNO memang telah diwujudkan di dalam media sosial dalakm ISU MB Selangor ini bagi mengelirukan ahli dan para pendudukung PR bagi memecah belahkan perpaduan serta kesatuan PR...

Print Screen tentang perbincangan sulit PAS PUSAT dalam perancangan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama UMNO bagi negeri Kelantan dan Selangor tersebar luas dan telah dan diakui sendiri kebenarannya oleh Nik Abduh.

Ketika ini PAS tengah sibuk mengesan siapakah pengkhianat dalam kalangan AJK PAS PUSAT yg menyebarkan Print Screen tersebut.

Perjanjiannya Najib, kalau terbentuk Kerajaan Perpaduan kerusi MB akan diserahkan kepada PAS, bermakna TSKI pun tidak akn jadi MB.

JUSTERU itu Najib menwarkan kerusi MB kepada PAS jika terbentuknya Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Menurut maklumat yg aku terima dari UMNO jika terbentuk Kerajaan Perpaduan maka kerusi MB akan diserahkan kepada UMNO atas persetujuan Sultan yang sememangnya memihak kepada UMNO sejak azali lagi..

Pucuk pimpinan DAP yang terkejut dgn Perbincangan Sulit dalam AJK PAS PUSAT menyatakan bahawa mereka mulai meragui keikhlasan PAS dalam Pakatan Rakyat..

DAN jika berlaku Pembubaran Dewan Undangan Negeri selangor. DAP akan mengarahkan seluruh ahli serta penyokongnya di Selangor agar tidak mengundi calon PAS.

Note :

PAS kena ingat dan terima Fakta. Kebanyakkan kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah atas tiket pengundi cina.

Jika dicampur keseluruhan kertas undi di selangor majoriti yang mengundi PR pada PRU 13 yang lalu adalah dari
kalangan bangsa cina.

27 Julai 2014

Selangor kecam cubaan sabotaj bekalan air mentah, polis diminta siasat dan awasi

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri mengecam percubaan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.
EmpanganKatanya, atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.
“Cubaan sabotaj ini mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.
“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Dr Yunus dalam kenyataan medianya.
Dr Yunus berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bestari Jaya dan Kerajaan Negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan bertugas semasa musim perayaan.
“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya. SK

Yahudi Ketakutan, Bandar-bandar Mati Di Israel


Pencerobohan Israel ke Gaza bukan saja menyebabkan ketakutan bagi warga Palestin, malah Yahudi juga hidup dalam ketakutan. Hal ini dapat dilihat menerusi raut wajah-wajah penduduk Israel. Mereka sangat bimbang dengan roket-roket Palestin yang bila-bila masa saja boleh menghentam mereka. 

Sejumlah bandar di Israel tiba-tiba berubah menjadi bandar hantu, akibat penduduknya lari ke luar negera. Lapangan terbang penuh sesak dengan penumpang. Mereka terpaksa lari ke luar negera akibat keadaan keselamatan di Israel tidak terjamin. 

Laporan dari beberapa Media Israel menyebut, wajah-wajah tegang mewarnai setiap penduduk Israel. Tiap hari mereka ketakutan, menyusul kemampuan tentangan pihak pejuang Gaza yang mampu menjadikan seluruh wilayah Israel dalam jangkauan roketnya. 

Amerika sendiri sebagai pelindung yahudi semangnya merasakan hal yang sama. Mereka terpaksa mengeluarkan larangan perjalanan ke Israel menyusul keselamatan yang tidak menentu. 

Laporan PIC pada Rabu (23/7/2014) melaorkan, perang kali ini berbeza dengan sebelumnya. Perang sebelumnya, tentera Zionis kelihatan biasa di sempadan Gaza. Roket-roket pejuang Islam biasanya hanya sampai setakat bandar Sederot.

Dulu hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan wilayah Israel menjadi kota mati. 

Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer dari Gaza. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | sm / islampos / pic