SPECIAL ADS

30 Julai 2014

Undian: Majoriti mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor

Undian: Majoriti mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor

Majoriti pembaca Astro AWANI, ingin 

melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

dikekalkan sebagai Menteri Besar 

Selangor. 

KUALA LUMPUR: Majoriti pembaca Astro AWANI ingin melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor susulan dilema politik yang melanda Pakatan Rakyat.


Menurut undian yang dijalankan oleh Astro AWANI pada Isnin, sebanyak 62.42 peratus orang mahu Abdul Khalid dikekalkan.

Manakala sebanyak 9.11 peratus mahu presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad pula, mendapat sebanyak 4.64 peratus undian manakala timbalan presiden PKR Mohd Azmin Ali pula, hanya mendapat undian sebanyak 4.34 peratus sebagai pilihan untuk menjadi MB Selangor.

Sementara itu, sebanyak 19.49 peratus tidak ingin keempat-empat orang tersebut untuk menjadi MB Selangor.

Peralihan jawatan MB Selangor adalah kesinambungan 'Langkah Kajang' yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lepas, dimana pada akhirnya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor yang baharu.

Tetapi, Abdul Khalid telah berkata bahawa adalah lebih baik pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan untuk mendapat mandat rakyat dalam isu MB Selangor.

Menurut undian, sebanyak 66.08 peratus orang berkata adalah tidak wajar untuk DUN Selangor dibubarkan untuk mendapat mandat baru rakyat.

Hanya 33.92 peratus bersetuju bahawa langkah untuk membubarkan DUN Selangor adalah wajar.

Sementara itu, sebanyak 50.04 peratus pula berpendapat bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sebanyak 31.74 peratus orang berpendapat bahawa PR tidak akan berpecah selepas Hari Raya Aidilfitri dan 18 peratus orang berkata mereka tidak tahu tentang kemungkinan perkara itu berlaku.

Isu perpecahan PR timbul selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai MB Selangor.

Namun, pemimpin PAS telah diarahkan tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung isu MB Selangor dan menunggu keputusan keputusan mesyuarat PAS pusat men

Tiada ulasan: