SPECIAL ADS

27 Julai 2014

Selangor kecam cubaan sabotaj bekalan air mentah, polis diminta siasat dan awasi

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri mengecam percubaan sabotaj pihak tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi, berkata sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.
EmpanganKatanya, atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.
“Cubaan sabotaj ini mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama lima jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.
“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Dr Yunus dalam kenyataan medianya.
Dr Yunus berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Bestari Jaya dan Kerajaan Negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan bertugas semasa musim perayaan.
“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya. SK

Tiada ulasan: