KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.
"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita".. "Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.
Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu. Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.
Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.
Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.
Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.
Media melaporkan, hampir 100 pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.
Himpunan Hijau Anti Lynas berjaya menyerahkan tiga resolusi kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas "mesyuarat rakyat" di Dataran Merdeka pagi tadi.
Tiga resolusi tersebut adalah:
1. Menuntut pembatalan segera Loji Nadir Bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).
2. Penghentian atau penilaian projek-projek memudaratkan di Malaysia seperti di lombong emas Bukit Koman, pemasangan kabel voltan tinggi di Rawang, projek insinerator di Cameron Highland, projek bijih besi Lumut, projek Rapid, pembinaan serta perampasan tanah orang Asal di mana kerajaan perlu melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam hal alam sekitar.
3. Memastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip-prinsip piagam bumi.
Ia dibacakan oleh Zamri yang menyertai perjalanan sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sewaktu berucap dalam 'persidangan rakyat', menyeru golongan itu memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat.
"Kami memerlukan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan 'Hidup rakyat' dan 'Rakyat bangkit' oleh peserta perhimpunan.
Antara ahli parlimen dan Adun Pakatan yang kelihatan bersama-sama berhimpun ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah), Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Chong Eng (Bukit Mertajam).
Wong yang mengetuai perarakan berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bermula 13 November lalu bermalam di sekitar Dataran Merdeka selepas tiba di situ kira-kira jam lima petang semalam.
Mereka nekad menyuarakan bantahan terhadap operasi Loji Nadir Bumi Lynas, di Kuantan, Pahang.
Mereka berhimpun sehingga jam 10 pagi tadi dan bersurai selepas menyerahkan resolusi.
Himpunan Hijau turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, Gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti empangan Murum.
Selepas kejayaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Dataran Merdeka, semalam, mereka akan meneruskan perjuangan mereka di Kuantan, Pahang.
Biarpun masih belum ada tarikh khusus diputuskan, mereka sedang merangka untuk mengadakan program 'benteng manusia' atau 'barricade' bagi menghalang kemasukan bahan-bahan mentah ke kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, berkata biarpun rakyat tidak mampu menutup kilang Lynas dari beroperasi, kerajaan yang enggan mendengar suara rakyat perlu ditunjukkan kebangkitan rakyat.
"Kita sedar, kilang itu tidak akan ditutup kerana kerajaan yang ada tidak mendengar suara rakyat. Jadi, kita akan menyekat kemasukan bahan mentah ke kilang terbabit dengan program 'barricade' kebangkitan rakyat ," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, selain program tersebut, pihaknya juga akan memulakan 'roadshow' perkongsian tentang kesan pembinaan dan penggunaan bahan-bahan berbahaya kepada alam sekitar.
Jelajah perkongsian itu, kata Lee akan dijalankan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris kepada seluruh rakyat Malaysia.
Biarpun beranggapan rakyat sudah semakin sedar dengan isu alam sekitar ini, Lee masih mengharapkan lebih ramai lagi rakyat yang akan menyokong usaha ke arah persekitaran yang sihat dan harmoni.
Semalam, Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka dan duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack juga mengetuai kumpulan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan untuk menutup kilang Lynas, di Kuantan.
Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan