SPECIAL ADS

9 November 2012

AES Tidak Bersifat Pendidikan



SHAH ALAM: Keputusan Kerajaan Selangor  tidak meluluskan pemasangan kamera AES di dalam Negeri Selangor adalah bertepatan dengan naluri rakyat yang puratanya tidak setuju kepada sistem AES yang menyusahkan orang ramai.  
Sepatutnya sebelum melaksanakan sistem AES ini, pihak Kementerian Pengangkutan perlu membuat kajian teliti terlebih dahulu.  Satu badan khas perlu dibentuk untuk mengkaji secara terpetinci sistem ini sebelum dilaksana atau dikuatkuasakan.  Ramai NGO berpendapat bahawa sistem ini tidak kepada aspek pendidikan.

Ramai meragui tujuan perlaksanaan sistem itu yang didakwa adalah untuk menguntungkan syarikat tertentu berbanding mengurangkan kadar kemalangan. Sewajarnya pihak Kementerian Pengangkutan menggunakan sistem kepada pendidikan pengguna jalanraya, supaya mereka-mereka ini lebih bertanggungjawab apabila mengguna jalanraya.
Difahamkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) telah  memutuskan untuk menangguhkan rancangan perlaksanaan Kamera Automatik (AES) di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya.
Penswastaan yang dilaksanakan itu bukanlah untuk mengurangkan kemalangan, tetapi adalah satu cara membebankan rakyat.
Pemuda Umno telah mengusulkan kepada Kementerian supaya menangguhkan hasrat untuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, terlalu banyak kelemahan AES dikenal pasti walaupun sistem itu bertujuan untuk menangani berlakunya kes kemalangan tetapi perlu mengkaji semula pelaksanaan tersebut.
Kajian yang dibuat perlu meliputi kewajaran lokasi kamera itu dipasang, had laju yang praktikal, serta pendedahan kepada umum sebelum ianya dilaksanakan memandangkan terlalu banyak rungutan diterima mengenainya.
Penangguhan ini juga tidak  bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah.
Empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan – memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES di negeri-negeri terbabit.

Tiada ulasan: