Ketika ini sudah timbul kontroversi dimana
terdapatnya perebutan dalam di kalangan ahli keluarga mereka yang mahu mendapatkan wang durian runtuh
tersebut.
Kontroversi ini dikatakan berlaku di semua tanah rancangan
Felda di Malaysia. Apabila terdapat
sebilangan kecil ahli keluarga peneroka yang terpaksa berdepan dengan masalah
untuk mengagihkan wang tersebut, terutama dalam kalangan adik-beradik yang
ramai.
Perkara itu didedahkan kepada Wartawan Blog
Bicara Rakyat 007, dimana terdapat
riak-riak atau kemelut yang hangat
berlaku di kalangan ahli keluarga Felda di seluruh Malaysia.
Kata mereka, “Kontroversi ini berlaku
yang mempunyai anak ramai; tujuh hingga
10 anak yang bekerja di luar kawasan tanah rancangan. Tapi bila dengar ada
pemberian wang sehingga RM5,000 (untuk keluarga peneroka), semua mereka
tiba-tiba balik. Mereka berpendapat adalah hak mereka untuk mendapat pemberian
wang tersebut".
Tambahnya lagi, “Mereka berebut sesama
sendiri; masing-masing mahu diberikan keutamaan,” katanya. Semasa durian runtuh kali kedua yang diberi
kepada isteri pun ada berlaku kekecohan, terutama yang mempunyai isteri lebih
dari satu. Contohnya peneroka yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri.
Ada juga terdapat segelintir ibu bapa yang
telah menerima wang durian runtuh peringkat pertama RM5,000 dan kedua sebanyak
RM5,000 juga. sejak awal-awal lagi mengagihkan sebahagiannya kepada anak-anak
sebagai tanda budibicara.
Ini adalah masaalah yang pada hakikatnya
menjadi dilema dikalangan ibubapa mereka. Sekiranya tidak diatasi dan terkawal menjadi KRISIS BESAR di kalangan keluarga Felda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan