SPECIAL ADS

13 November 2012

Episod Kehangatan Pilihanraya Ke 13




Ramalan bila Pilihanraya Ke 13 sedang rancak diperkatakan ketika ini, samaada pada para pemimpin di peringkat parti pemerintah, alternatif dan juga telahan  Rakyat.
Masing-masing membuat analisis terhadap kekuatan dan kelemahan parti masing-masing yang mutakhir  samaada oleh BN mahupun PR. Strategi setiap parti mempunyai peranan yang penting yang ingin mengetahui keberkesanan pada semua peringkat, akar umbi dan peringkat tertinggi.
Kekuatan ini dapat diserlahkan melalui komponen masing-masing, melalui sayap-sayap yang diwujudkan oleh setiap parti, seperti pemuda, puteri mahupun wanita.  
Aspek yang difikirkan oleh parti tentang sokongan dari semua kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Samada jelas atau masih samar-samar?  Analisis-analisis dikalangan perunding parti adalah berbagai.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengatakan Pilihanraya Ke 13 akan memakan kos melebihi RM300 juta  jika Pakatan Rakyat tidak mahu buat serentak. Dengan demikian terdapat suara-suara pemimpin di pelbagai peringkat dan parti, gemar dapat diadakan serentak supaya  keputusan yang dicapai dapat diselaraskan dan tidak tergantung-gantung, terutama dalam menentukan kedudukan siapa yang memerintah samaada Negeri atau Negara.
Ramai mengatakan Pilihanraya akan diadakan pada bulan Disember 2012 selepas UMNO mengadakan  Perhimpunan Agung pada 27hb November hingga 01hb. Disember, 2012. Ini kerana waktu itu tempoh cuti sekolah yang panjang dan cuti perayaan yang tidak mampu “memberikan gangguan “dalam siri kempen di Sabah & Sarawak kelak.  Setidak-tidaknya bulan Januari 2012.



Ada juga berpendapat, Kerajaan mahu  BR1M 2.0 dilunaskan terlebih dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum ke 13.  Sekarang ini Barisan Nasional mempunyai kuasa bagi menentukan tarikhPilihanraya Umum ke 13

Pada sesetengah pihak berkata Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012 seperti yang disiarkan di atas.

Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi. Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 hingga 31.03.2013.


Oleh itu, ramai yang mengatakan Datuk Seri Najib kemungkinan akan menggunakan keseluruhan tempoh mandat sebelum memutuskan untuk membubarkan Parlimen.  Tempoh akhir Pilihanraya Ke 13 ini adalah tidak lewat pada April 2013 tahun depan.
Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan?   Ternyata hingga kini tarikh pilihan raya umum ke-13 bila diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak di kedai-kedai kopi, ceramah-ceramah, cafe dan sebagainya.
Apakah ini dikatakan Demam Pilihanraya yang ketika ini dihidapi oleh rakyat?

Tiada ulasan: