SPECIAL ADS

9 November 2012

Memorandum Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat)


Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat yang bersidang pada  Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang yang diadakan  di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Pahang baru-baru ini telah menerima memorandum dari Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat).
Memorandum 30 perkara itu adalah merupakan  keputusan konvensyen dengan usul-usul  bagi kepentingan bekas anggota tentera dan anggota tentera  amnya untuk dimajukan  kepada Pemimpin Pakatan Rakyat supaya dapat  direstui dan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat diistiharkan menang dan dapat memerintah selepas menang  PRU Ke 13 nanti.


Hampir 80 peratus usul yang dibentangkan adalah melibatkan kepentingan dan kebajikan warga tentera yang masih berkhidmat dan selebihnya untuk pesara tentera dan mereka yang menamatkan perkhidmatan dengan tidak berpencen.

Antara tuntutan dan cadangan itu ialah:
1. Semakan semula ke atas Akta Angkatan Tentera, 1972 agar bersesuaian dengan keadaan semasa, di samping memberikan keadilan sama rata di antara peringkat LLP dan Pegawai.
2. Tuisyen percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera.
3. Kenaikan elaun perumahan, COLA, Elaun Khidmat, Elaun Perjalanan mengikut kadar yang telah kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.
4. Elaun bagi Pingat-Pingat Perkhidmatan (PPA, PPS dan PJM) termasuk anugerah Pingat Khas kepada athlet-athlet atau ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama ATM atau negara beserta elaun bulanan.
5. Bantuan Sara Hidup setiap bulan kepada bekas-bekas tentera yang tidak berpencen mengikut kadar perkhidmatan mereka seperti yang kami gariskan di dalam memorandum berkenaan.
6. Perkhidmatan bas sekolah di setiap kem tentera secara percuma kepada anak-anak warga tentera dan bekas tentera bagi mengantikan penggunaan trak tentera yang berisiko dan tidak selesa.
7. Kemudahan WIFI di semua kem tentera.
8. Kelengkapan CCTV di setiap pintu masuk kem tentera dan juga di stor simpanan senjata dan peluru.
9. Menaik taraf PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia) ke taraf ‘market’ yang lebih besar bagi kemudahan warga tentera dan bekas tentera berbelanja untuk barangan harian dengan kadar yang murah.
10.Memperkasakan fungsi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan meletakkan Pengarah KAGAT sebaris dengan Panglima Ketiga-Tiga Perhidmatan iaitu DARAT, Laut dan Udara agar fungsi KAGAT lebih dihormati.
11.Menentukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) diuruskan dengan baik dan telus di mana wang LTAT tidak boleh dipinjam sewenang-wenangnya termasuk oleh kerajaan atau badan lain seperti Felda atau sebagainya melainkan untuk warga tentera atas kebajikan mereka.
12.Tanah untuk bekas-bekas tentera samada melalui Felda Plantation atau sebagainya, sekurang-kurangnya satu lot tanah yang boleh didirikan rumah kediaman.
13.Pencen minima sebanyak RM1,500.
14.Menolak perkhidmatan sehingga 27 tahun, tetapi menerima tempoh perkhidmatan bersara bermula dari 21 tahun hingga 25 tahun sahaja.
15.Kadar pencen melebihi dari 50 % gaji terakhir sekiranya berkhidmat lebih dari 21 tahun.  Kadar yang dicadangkan terdapat di dalam memorandum.
16.Pemulangan kesemua wang simpanan LTAT sekiranya bersara dan tidak berhenti awal.
Terdapat beberapa usul lain yang kami nyatakan di dalam memorandum termasuk dalam hal ehwal  BAKAT (Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera), Sukan, Pembelian peralatan pertahanan, pakaian seragam, aspek latihan dan kerohanian dan sebagainya.
Semoga dengan  usul dan cadangan dari  Kor Anggota Tentera/Perajurit (KOBAT) ini mendapat perhatian dari Pakatan Rakyat apabila diistiharkan menang dalam PRU Ke 13 nanti.
Daripada:
Badrul Ramli, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: