Belanjawan Selangor 2012 sebanyak RM1.4 bilion yang dibentangkan hari ini dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan wanita dan belia di Selangor.
Difahamkan sejumlah besar akan diperuntukkan bagi menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja.
Dasar ini dilihat selari dengan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.
Di dalam belanjawan alternatif tersebut, setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.
Kerajaan negeri juga dijangka memberi peruntukan untuk penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.
Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin yang dihubungi TV Selangor menjelaskan halatuju Bajet 2012 akan mengambil iktibar daripada Laporan Ketua Audit Negara 2010, dalam usaha mengurangkan ketirisan dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
“Iktibar dari laporan audit 2010 menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan, agensi, jabatan, kementerian langsung tidak menjadikan laporan audit 2009 sebagai iktibar bagaimana untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku di setiap jabatan dan agensi dan juga kementerian.
“Kita lihat ketirisan yang berlaku pada 30 peratus daripada peruntukan yang diberi, ini bermakna jika peruntukan di Selangor adalah RM1.6 bilion tahun lepas ini bermakna kita berjaya selamatkan RM400 juta,” katanya.
Realitinya, Kerajaan Selangor telah berjaya dengan konsisten membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun kelima berturut-turut yang membuktikan kemampuan kita mentadbir secara telus, hemah berbelanja dan mengamalkan urus tadbir kewangan yang baik.
Ia juga sejajar dengan iltizam kerajaan negeri untuk memastikan setiap perbelanjaan menepati nilainya atau value for money.
Belanjawan 2013 dengan tema Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia yang saya bentangkan hari ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM1,630 juta yang dianggarkan diterima daripada Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 (35.86 peratus), Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 (52.75 peratus) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260 atau 11.40 peratus.
Sejumlah RM996,980,690.00 atau 61 peratus diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus manakala 39 peratus atau RM633,019,310 untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Perbelanjaan Mengumus menurun 0.3 peratus disebabkan penurunan bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan yang dibayar secara konsisten dan berkala yang membuktikan kerajaan negeri komited menguruskan hutang kepada kerajaan Persekutuan.
Begitu juga dengan peningkatan terkawal 5 peratus Perbelanjaan Pembangunnan yang menunjukkan pengurusan kewangan yang baik dan teratur oleh kerajaan negeri.
Saya telah mengumumkan cadangan untuk menggunakan sejumlah RM500 juta dari rizab negeri untuk faedah rakyat Negeri Selangor kerana sikap tidak adil kerajaan Persekutuan dalam agihan dana.
Sejumlah M300 juta akan diperuntukkan untuk pembinaan jambatan ketiga di bandar Klang yang dijanjikan oleh Barisan Nasional tetapi tidak ditepati, RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat, RM50 juta bagi membaiki dan menaiktaraf sikstem saliran bagi menampung sementara kegagalan kerajan Persekutuan memperuntukkan RM1 billion kepada Jabatan Pengairan dan Saliran.
Wang rizab juga akan digunakan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung ketika ini. RM50 juta akan digunakan untuk membina Rumah Mampu Milik Pasang Siap yang dikendalikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Sehingga 31 Oktober 2012, Negeri Selangor mempunyai rizab berjumlah RM2,570 juta hasil perbelanjaan berhemah.
Kita juga membangga dengan konsep value for money telah membantu kita menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM102.2 juta menerusi tender terbuka melibatkan 63 projek yang telah diluluskan sepanjang tahun lalu.
Begitu juga mengambil alih Pelupusan Sisa Pepejal yang membantu kita menjimatkan lebih RM80 juta setahun dan penjimatan ini digunakan bagi membantu rakyat selaras dengan Hasil Negeri Untuk Rakyat.
Segala perancangan ini bertepatan dengan tema belanjawan Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia yang membawa mesej negeri ini pemacu pembangunan negara dan menjadi kayu ukur untuk dicontohi.
Belanjawan 2013 ini adalah contoh Pakatan Rakyat mengemudi amalan politik baharu, menekankan soal nilai, keadilan, kepedulian rakyat dan pembangunan untuk semua yang mengatasi kepentingan individu, kaum, agama mahu pun ideologi politik selaras dengan hasrat merakyatkan ekonomi negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan