SPECIAL ADS

21 Januari 2015

Najib membisu, rakyat makin meluat

najib-razak-570x426
PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata serangan yang bertubi-tubi media arus perdana terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan.
Menurut beliau, sementara ramai yang keliru di sebalik sikap berdiam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada masa sama, lebih ramai sebenarnya yang meluat dengan cara serangan yang dilakukan keatas Daim.
“Belum ada sepatah perkataan pun keluar daripada mulutnya (Najib) mengenai perkara ini, meski semua orang tahu media arus perdana adalah dibawah kawalannya,” katanya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.
Malah rakyat akan menyifatkan tindakan yang dilakukan media arus perdana terhadap Daim bukanlah cara yang betul untuk melayan bekas pemimpin yang cuba memperbaiki keadaan dalam UMNO dan negara.
Tambah beliau, teguran yang dilakukan Daim terhadap Najib sememangnya tidak dapat dielakkan kerana kepincangan dan kelemahan dalam menguruskan parti dan negara amat ketara sehingga memberi kesan kepada rakyat.
“Mahathir pernah ditegur Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein manakala Pak Lah pula ditegur oleh Mahathir tetapi kedua-dua bekas Perdana Menteri itu tidak pula melayan teguran dan kritikan itu seburuk seperti apa yang dilakukan oleh Najib ketika ini.
“Mahathir dan Pak Lah tidak takut menjawab setiap kritikan dengan hujah, Najib sebaliknya hanya berdiam diri tetapi dalam masa yang sama melakukan tindakan lain yang lebih keras terhadap pengkritiknya,” ujarnya.
Katanya, tindakan yang dikenakan terhadap Daim Zainuddin jelas menunjukkan bahawa Najib merupakan pemimpin yang tidak boleh ditegur, malah jika ada yang menegur dan mengkritik meraka akan diambil tindakan.
Jelas Shahbudin, serangan yang dilakukan keatas Daim Zainuddin jelas melebihi apa yang dilakukan terhadap parti pembangkang, kerana mereka merasai kesan politik lebih dirasai UMNO sendiri.
Sehubungan itu ,Najib perlu tampil memberi penjelasan serta berani bercakap benar bagi membuktikan beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kerana tindakkan sedemikian juga penting kerana ahli-ahli UMNO sendiri ingin mengetahui hakikat sebenar. FMT

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia?

fitch ratings
Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran Kepada Malaysia? : Kejatuhan nilai ringgit Malaysia dicatatkan sebagai terburuk di kalangan negara-negara di Asia yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 10% untuk tempoh dalam hanya 3 bulan sahaja. Ini ditambah dengan pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak pada pagi semalam menyebabkan agensi penarafan keredit antarabangsa Fitch Ratings memberikan amaran yang mana Malaysia bakal berhadapan dengan taraf penarafan kredit akan diturunkan.
Hari ini Matawang Ringgit Malaysia diperdagangkan pada nilai yang paling rendah sejak tahun 2009. Ini semua gara-gara pengumuman kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan sasaran defisit fiskal daripada hanya 3.0% kepada 3.2% bagi unjuran tahun 2015. Berdasarkan rekod kerajaan malaysia telah mengumumkan pembentangan bajet defisit untuk 17 kali berturut-turut sejak pembentangan bajet pada tahun 1998 lagi.
KLIK SINI : Punca Hutang 1MDB Malaysia Bernilai RM22.25 Bilion Meningkat Mendadak RM25.7+ Bilion Dalam Tempoh Hanya 9 Bulan?

Punca Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings Beri Amaran?

Dan agensi Penarafan Kredit Fitch Ratings melihat kepada kebergantungan kerajaan Malaysia kepada hasil kerajaan Malaysia sehingga memberikan impak besar disebalik kejatuhan harga minyak dunia pada ketika ini dilihat “lebih cenderung” untuk menurunkan penarafan yang diberikan Malaysia sekarang ini A-.
Pengurus kanan Choong Yin peng, pengurus kanan bon dan penyelidikan ekonomi Hong leng Berhad mengatakan
  1. pasaran pada ketika cukup bimbang sasaran defisit yang diletakkan kerajaan malaysia akan lebih tinggi lagi
  2. Kenyataan terbaru Fitch ratings akan terus memberikan implikasi dan kesan besar kepada pasaran yang meletakkan pasaran Malaysia dalam keadaan “berjaga-jaga”
P/S : Jikalau Fitch Ratings turunkan rating kredit Malaysia, ini antara kesan yang akan diterima Malaysia seperti laporan (DI SINI).
beritasemasa.com.my

Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika? Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore?

Bursa Saham Malaysia 2015
Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika. Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore: Realitinya sekarang telah berlkau lambakan ringgit Malaysia di pasaran. Ringgit Malaysia terus kurang laku danlaris di pasaran sekarang ini.
Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

Terkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam. Hari ini, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.
Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :
  1. pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
  2. ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini
Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?
Jikalau ditanya kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :
  • Jikalau ringgit Malaysia naik is good
  • Ringgit Malaysia turun pun good for the nation
Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….
Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :
  • Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
  • Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah
Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.
  1. Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
  2. Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.
Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid yang mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh sebegitu teruk begini, adalah faktor-faktor lain yang perlu disemak semula.
Dan semakan Berita Semasa berdasarkan kenyataan terbaru Sagarika Chandra, Pengarah Bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia. Fitch Ratings sedang memerhatikan daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia, dijangka akan dikaji sekitar separuh pertama tahun 2015.
P/S : Kenyataan kejatuhan ringgit petanda baik untuk ekonomi negara? Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.
PP/S : Besarlah harapan Berita Semasa supaya dana negara dijaga dengan penuh bertanggungjawab sepertimana yang telah diamanah oleh jutaan rakyat Malaysia apatah lagi melihatkan situasi ekonomi negara sekarang.

Respon CEO MIER : Dr. Zakariah Abdul Rashid

beritasemasa.com.my

19 Januari 2015

Wanita Ini Juruterbang Pertama Didunia Tanpa Tangan

 

Walaupun dilahirkan tanpa mempunyai tangan, wanita cantik  ini mempunyai bakat luar biasa dan menyaingi orang-orang yang dilahirkan normal. Dia adalah Jessica Cox. Jessica bukan hanya boleh menulis, menari, atau taekwondo. Ia juga seorang juruterbang.

Saat ibunya mengandung Jessica, berdasarkan ujian kehamilan tidak ada perkara yang bermasalah dengan janin. Sayang, Jessica dilahirkan dengan penyakit misteri yang jarang berlaku. Namun keadaannya itu seakan tidak menyurutkan semangat Jessica. Wanita yang lahir pada 2 Februari 1983 tersebut merupakan sarjana psikologi di University of Arizona

Jessica mempunyai kemampuan layaknya wanita pada umumnya. Ia dapat menyisir rambutnya sendiri, bercakap di telefon, menulis 25 kata per minit, menaip, menari, mempunyai tali pinggang hitam  taekwondo, sehingga mampu memandu kereta sendiri. Kini Jessica juga mempunyai unlimited SIM.


Segala perkara tersebut Jessica lakukan dengan cuma bermodal 2 kakinya. Yang lebih menarik, wanita berasal dari Tucson, Arizona, Amerika Syarikat ini juga boleh menerbangkan kapal ter khusus jenis Ercoupe yang dibuat serta disahkan tanpa pedal. Dengan pesawat tanpa pedal, Jessica boleh menggemudi dengan menggunakan kakinya untuk menggantikan fungsi tangan pada kemudi.

Ia memerlukan masa 3 tahun lamanya demi memperoleh lesen pesawat ringan tersebut. Jessica mempunyai 3 pengajar terbang dan sudah latihan selama 89 jam terbang. Kemampuannya yang menakjubkan itu membuat Jessica Cox menjadi juruterbang wanita pertama tanpa tangan.

Berikut ini video aksi Jessica Cox memandu kapal terbang.

Zamri Spoon

Tempoh tunggu haji lama, 1.6 juta daftar



Kerajaan akan terus merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji bagi rakyat negara ini sebanyak 10,000 pada tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sejak projek pembesaran Masjidil Haram dilaksanakan, kuota jemaah haji Malaysia telah dikurangkan sebanyak 20 peratus daripada kuota jemaah haji yang sebenar setiap tahun.

"Kerajaan akan terus merayu dengan kerajaan Arab Saudi untuk memberikan kuota (jemaah haji) tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-31 di Alor Setar, malam tadi.

Kuota haji Malaysia tahun lepas ialah sebanyak 22,320 orang.

Katanya, kerajaan dan Tabung Haji (TH) mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan rayuan menambah kuota haji kepada kerajaan Arab Saudi termasuk dalam mesyuarat haji yang bakal diadakan Mac depan serta menerusi pasukan TH yang berada di Makkah dan Madinah sepanjang tahun.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 1.6 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan TH untuk menunaikan ibadah haji dan tempoh menunggu adalah terlalu lama.

"Tempoh menunggu itu boleh mencecah 67 tahun," katanya menambah kerajaan Indonesia juga merayu kepada Arab Saudi berikutan tempoh menunggu jemaah haji negara itu juga lama.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan sistem Kad Tauliah Mengajar Haji bagi memastikan hanya pembimbing haji bertauliah dan diiktiraf TH serta penyampai yang berkualiti boleh memberikan ceramah haji dan umrah.

Ia akan memudahkan kawalan dan penyelarasan hukum-hakam supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan Resolusi Muzakarah Haji, katanya.

Menurut beliau pemegang kad tauliah berkenaan perlu memperbaharui kad setiap tahun selepas melalui beberapa proses bagi memastikan mereka mematuhi kriteria ketat yang ditetapkan TH.

- Bernama  

'At all costs' nak kekalkan jawatan, biarpun negara hancur kerananya


Tekanan terhadap Najib untuk berundur semakin kuat kedengaran. Jika kita buat tinjaun di peringkat akar umbi amat susah mencari orang yang tidak bersetuju untuk Najib berhenti. Dikalangan ‘warlords’ dalam UMNO kini teraba-raba seolah-olah tidak mempunyai jalan lain selain dari memaksa Najib untuk bersara sahaja. Seboleh-bolehnya Najib tidak mahu bersara kerana bersara untuk kepentingan negara sudah tidak menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO lagi.

Berlainan dari kepimpinan pra Mahathir di mana pemimpin mengutamakan perpaduan ahli-ahli parti dan rakyat. Jika pucuk pimpinan merasakan yang rakyat dan negara akan berpecah kerananya, pemimpin utama itu dengan senang hati mengundurkan diri. Semasa itu keutamaan niat dan matlamat seorang pucuk pimpinan itu ialah untuk mengekalkan negara berada dalam kesejahteraan.

Hussein Onn telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan 1981 selepas sahaja beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978. Dalam pertandingan itu Hussein telah mendapat kemenangan besar dan Sulaiman Palestin hanya mendapat lebih sedikit dari seratus undi sahaja dari 1200 orang perwakilan.

Tetapi apakah yang menyebabkan Hussein bertindak mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada tahun 1981 dahulu? Sebabnya ialah beliau tidak mahu UMNO itu pecah belah dan beliau telah merasakan walaupun hanya segelintiran yang tidak bersetuju dengan beliau sokongan terhadap beliau tetap tidak bulat untuk membolehkan pengekalan perpaduan dalam parti semasa itu.

Hussein mendapat tekanan dari Pemuda UMNO untuk bersara kerana isu Dato Harun Idris yang dianggap oleh ramai ahli UMNO khususnya pemuda telah sebagai satu penganiayaan terhadap Harun semasa itu. Pemuda berkeras untuk membela Dato Harun dan telah memutuskan untuk menandingi Hussein dalam pemilihan pada tahun 1978, tahun mana Husein sedang mendapatkan ‘endorsement’ sebagai Presiden parti itu setelah memangku jawatan itu sejak Januari 1976 selepas kematian Tun A Razak.

Usaha Pemuda semasa itu mendapat sokongan Timbalan Presiden secara senyap-senyap semasa itu, iaitu Dr Mahathir Mohamed yang tatkala itu sudah mahukan jawatan Presiden parti itu untuk beliau sendiri. Oleh itu pertandingan Sulaiman Palestin dengan Hussein Onn itu membuatkan Dr Mahathir berjaya mendapatkan jawatan Presiden itu lebih mudah setelah Hussein mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti dalam pemilihan berikutnya iaitu pada tahun 1981 dahulu.

Persoalannya ialah kenapa begitu mudah Hussein mengalah dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir begitu senang tanpa sebarang masalah yang membawa UMNO itu kepada perpecahan? Jawapannya mudah kerana pemimpin semasa itu hanya mahu melihat negara aman melalui perpaduan kepada parti yang memerintah, UMNO ketika itu. Hussein mahu pun Tun Razak sebelum itu tidak menganggap meletakan jawatan itu sebagai perkara yang payah untuk dilakukan kerana yang hanya ada dalam jiwa dan benak mereka hanyalah keamanan dan perpaduan rakyat dan tidak mahu melihat negara dibawa kepada arah tuju yang boleh membawa perpecahan negara.

Pemimpin semasa itu tidak memikirkan masalah keluarga dan menganggap bersara dari jawatan itu sendiri adalah pengorbanan terhadap rakyat dan negara. Mereka lebih menumpukan usaha untuk meninggalkan nama yang baik dan tidak mahu  sejarah membaca mereka sebagai seorang pembawa masalah kepada negara. Kenapa mereka mampu untuk menjiwai nilai ini? Sebabnya mudah kerana mereka tidak memikirkan laba dan keuntungan peribadi dan keluarga atau harta benda yang berbillion ringgit.

Apabila mereka berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini, mereka mengambilnya sebagai kejayaan peribadi yang sangat berharga untuk dibawa mati, tanpa sebarang persoalan dan persepsi buruk semasa meninggalkan dunia ini. Mereka mengambil mencapai ‘ultimate perpaduan nasional’ itu sebagai ibadah yang dituntut agama dan bangsanya. Lagi pula mereka mahukan kehidupan yang tenang semasa waktu-waktu sisa-sisa hidup didunia ini. Mereka takutkan kepada generasi yang akan datang yang akan membaca sejarah buruk untuk mereka.

Semuanya ini sudah hilang dan tidak lagi wujud elemen mulia ini dalam kepimpinan negara. Kepimpinan sekarang dari semua pihak sarat dengan kepimpinan yang berpandukan kepada kemahuan peribadi dan kepimpinan negara begitu sarata dengan mereka yang hanya menumpukan tenaga mereka untuk menjadi ‘social climbers’ semata-mata.  Mereka adalah dari gulungan yang terlalu banyak kekurangan dalam diri mereka. Mereka tidak lebih dari orang ramai dibawah ini, termasuk diri saya sendiri yang hanya layaknya hanya menjadi pendukung perjuangan dan bukannya untuk menjadi pemimpin.

Itu sebabnya diantara mereka atau ahli keluarga mereka apabila sampai kepuncak mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan apa yang ada dihadapan mereka untuk diperguna dengan habis-habisan tanpa menimbangkan moral terhadap tindakan mereka. Yang berangan selama ini untuk menjadi ‘jet setters’ akan menggunakan kesempatan untuk terbang kemerata dan seantero dunia dengan jet-jet kerajaan dan semuanya ini dibayar oleh rakyat.

Pimpinan seperti ini juga tidak mahu mengambil segala ‘accountability’ di atas segala kesalahan dalam menggunakan wang kepunyaan rakyat terhadap kononnya pelaburan untuk negara. Kerugian yang melibatkan kerugian berpuluh-puluh billion ringgit di dalam setiap kes ‘misadventure’ sudah menjadi lazim dan tidak dianggap sebagai bersalah lagi.

Mereka masih selamba melekat kepada kerusi dan jawatan yang penting negara itu. Yang masih menjadi Perdana Menteri tidak mahu dialih dan dianjak, yang menjadi Menteri Dalam Negeri tetap memberikan alasan ‘cock and bull stories’ dalam mempertahankan kesalahan moral dan politik yang mereka lakukan. Tidak ada bentuk kesalahan yang boleh membuatkan mereka mengambil ‘accountability’ dan berhenti sahaja dari jawatan sandangan mereka.

Selalunya pemimpin yang tidak berkemampuan dan lemah tetapi masih ingin untuk berjawatan penting itu adalah mereka dari jenis yang tebal kulit mukanya. Itulah ‘attribute’ penting dalam kepimpinan hari ini baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak yang membangkang.

Tidak ada lagi pimpinan yang terasa yang mereka perlu meletakan jawatan kerana kekal dengan jawatan mereka itu akan memecah dan merosakan negara sehingga ia tidak dapat diperbetulkan lagi.

Mengikut dan mencontohi Hussein Onn tidak menyelerakan bagi pemimpin hari ini kerana tidak dapat kepentingan dan laba yang bertimbun. Kadangkala hendak salahkan orang lain pun susah juga, kerana anak kepada Hussein itu sendiri pun tidak mahu menghargai jiwa dan semangat bapanya itu.

Kita pinjam kata-kata Najib yang sangat popular, ‘at all costs’ kerusi di Putrajaya itu masti dikekalkan, walaupun ia menjahanamkan budaya politik yang bermoral.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sirul boleh dedahkan motif bunuh Altantuya

Altantuya
Kenapa Peguam Negara tidak mahu persoalan ini dijawab.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta Koperal Sirul Azhar Umar menjelaskan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada pihak media di Australia.
Menurutnya, memandangkan Australia tidak membenarkan hukuman gantung sampai mati, adalah lebih selamat untuk Sirul mendedahkan motif pembunuhan model Mongolia itu.
“Akhirnya Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah dan sekali lagi persoalan yang perlu dijawab adalah siapa yang keluarkan arahan untuk bunuh Altantuya. Siapa yang arahkan mereka? Kenapa Peguam Negara tidak mahu persoalan ini dijawab,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.
Pada masa sama, Khalid turut mempertikaikan bagaimanakah Sirul berjaya meloloskan diri ke luar negara.
“Sedangkan orang yang tidak bayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN) pun boleh dirampas pasport, dan dihalang ke luar negara. Tetapi orang seperti Sirul boleh bebas keluar pergi ke Australia.
“Persoalan ini harus dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Saya juga nak tahu apa kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, ” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya hanya boleh bertindak menyekat seseorang individu untuk ke luar negara sekiranya ada arahan dibuat oleh pihak mahkamah atau Menteri Dalam Negeri. FMT