Kenapa Peguam Negara tidak mahu persoalan ini dijawab.
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta Koperal Sirul Azhar Umar menjelaskan motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada pihak media di Australia.
Menurutnya, memandangkan Australia tidak membenarkan hukuman gantung sampai mati, adalah lebih selamat untuk Sirul mendedahkan motif pembunuhan model Mongolia itu.
“Akhirnya Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul didapati bersalah dan sekali lagi persoalan yang perlu dijawab adalah siapa yang keluarkan arahan untuk bunuh Altantuya. Siapa yang arahkan mereka? Kenapa Peguam Negara tidak mahu persoalan ini dijawab,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.
Pada masa sama, Khalid turut mempertikaikan bagaimanakah Sirul berjaya meloloskan diri ke luar negara.
“Sedangkan orang yang tidak bayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Nasional (PTPTN) pun boleh dirampas pasport, dan dihalang ke luar negara. Tetapi orang seperti Sirul boleh bebas keluar pergi ke Australia.
“Persoalan ini harus dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Saya juga nak tahu apa kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, ” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya hanya boleh bertindak menyekat seseorang individu untuk ke luar negara sekiranya ada arahan dibuat oleh pihak mahkamah atau Menteri Dalam Negeri. FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan