SPECIAL ADS

25 Mac 2015

RAHSIA KEAJAIBAN & KEANEHAN AIR ZAM-ZAM MENGALIR TANPA HENTI DITEMUI SAINTIS

Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.


Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.


Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.



Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.




Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.





Mengandungi Zat Anti Kuman 

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.


Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi saw menambahkan: 

“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.



Berikut beberapa gambar punca mata air zam zam:







Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan. TTA

24 Mac 2015

1MDB Scandal : Saham IPO 1MDB Malaysia Batal? Bakal Jual Portfolio IPP? September 2015 Tunggakan Hutang RM1 Bilion Bakal Menyusul!

1mdb scandal
Berita Terkini 1MDB Scandal : Saham IPO 1MDB Malaysia Batal? Bakal Jual Portfolio IPP? September 2015 Tunggakan Hutang RM1 Bilion Bakal Menyusul! : “1MDB Scandal” yang cukup kontroversi mendapat tumpuan dan liputan daripada laporan berita seluruh dunia. Masing-masing memerhati secara dekat perjalanan syarikat 1MDB ini. Negara kaya yang mempunyai lebihan pendapatan yang banyak mahu buat “sovereign welath fund”, dia (Malaysia) pun mahu buat sovereign wealth fund.
BACA LAGI SINI : 1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%!
Ada besar kemungkinan, janakuasa bebas yang telah dibeli dengan harga yang tidak munasabah pada harga dan nilai yang lebih mahal, terpaksa dijual tidak lama sahaja lagi. Ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan sendiri laporan berita Business Times yang disiarkan oleh agensi berita terkemuka dunia Reuters seperti di bawah ini :
  • Saham IPO 1MDB malaysia tidak akan menjadi kenyataan dek kerana kebimbangan yang cukup tinggi dikalangan pelabur
  • 1MDB jual janakuasa bebas yang dimilikinya sebelum ini

Berita Terkini Reuters : “1MDB Scandal” VS Saham IPO 1MDB Malaysia

Troubled 1Malaysia Development Bhd may call off the much bandied about and long-delayed initial public offering (IPO) of its energy assets and instead divest the entire portfolio of 16 power and desalination plants to tackle its hefty debt woes, the Business Times reported, citing unnamed sources.
The Business Times said in the report that it understood the stock offering of Edra Global Energy, 1MDB’s energy arm, may not happen on concerns that it may not be well received by investors considering the controversy that has dogged its parent 1MDB. – Reuters, March 20, 2015.
Mengapa jadi begini, saham IPO 1MDB Malaysia yang dicanang seantero dunia sebagai yang terbaik untuk pelabur akhirnya berita terkini yang diterima ramai yang sudah berkira-kira untuk terlibat sama apa yang dipanggil pelabur dalam “1MDB scandal” ini. Mengapa?
  1. Dakwaan 1MDB ada hutang RM42 bilion berdasarkan rekod Mac 2014 : BETUL!
  2. Dakwaan 1MDB satu-satunya syarikat yang buat hutang sebegini banyak dan besar sejumlah RM42 bilion selepas syarikat gergasi petroleum Petronas : BETUL!
  3. Dakwaan 1MDB Malaysia rugi RM668.55 juta. BETUL!
  4. Dakwaan 1MDB ada hutang RM2 bilion yang tertunggak pada November 2014, sehingga 1MDB tidak dapat bayar sehingga melanjutkan tempoh sebanyak 2 kali (Disember 2014 dan Januari 2015) : INI PUN BETUL!
  5. Dakwaan kerajaan menjamin RM10 bilion hutang 1MDB dinafikan kerajaan Malaysia pada mulanya yang mana akhirnya kerajaan Malaysia mengaku di Dewan Rakyat akhirnya melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan : BETUL JUGA!
  6. Dakwaan kerajaan sudah tolong melalui suntikan dana baru RM950 Juta, yang mana 1MDB sudah menggunakan RM60 juta. INI JUGA BETUL!
  7. Tidak lama lagi, September 2015 ada RM1 bilion hutang tertunggak. Menteri sendiri mengatakan 1MDB adalah masalah dengan aliran tunai
Jadi di mana menipunya? Pengurusan hebat apa buat hutang pandai, penjanaan pendapatan tidak cukup, bayar hutang sehingga terpaksa menunda pembayaran hutang, kena “refinance”?
Bukankah ini dipanggil salah urus tadbir dan pengurusan namanya. Macam inikah yang pelabur patut beli saham IPO 1MDB Malaysia?
P/S : Berita Semasa sangat gembira andaikata saham IPO 1MDB tidak jadi menjadi kenyataan. Tidak sanggup Berita Semasa melihat KWSP, KWAP terus menjadi “bahan permainan” 1MDB untuk merealisikan impian mereka
PP/S : Berita Semasa dimaklumkan yang mana kalangan pelabur yang berminat untuk melabur dan beli hartanah bagi projek TRX akan mengambil tindakan tunggu dan lihat. Melihatkan “valuation” di TRX yang sudah naik 3-4 kali ganda naik harga, jauh daripada nilai pasaran sebenar. Masing-masing mahu beli pada harga runtuh sahaja.
PPP/S : Pertama kali dalam sejarah, Berita Semasa mendengar apa yang dipanggil sebenar kredit tunggu dan sedia berkenaan “1MDB scandal” ini. Adakah selepas ini akan ada kredit sena.
beritasemasa.com

Semakan Kenaikan Gaji Naik 35 Peratus, Elaun Naik 2015 dan Gaji Minimum 1.6 Juta Penjawat Awam oleh Cuepacs!

Gaji Minimum Penjawat Awam
Berita Terkini Semakan Kenaikan Gaji Naik 35 Peratus, Elaun Naik 2015 dan Gaji Minimum 1.6 Juta Penjawat Awam oleh Cuepacs! : Berita terkini yang Berita Semasa perolehi melalui hansard Dewan Rakyat baru-baru ini, 1.6 juta adalah angka rasmi bagi kakitangan awam di malaysia. Baru-baru ini Cuepacs Malaysia telah melancarkan cadangan untuk kerajaan Malaysia memberikan kenaikan umur persaraan penjawat awam kepada 62 tahun (KLIK SINI). Walaubagaimanapun….
Walaubagaimanapun, cadangan tersebut mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sehingga kerajaan akur dengan kehendak majoriti rakyat Malaysia sekaligus menolak cadangan Cuepacs Malaysia itu.
Cuepacs tidak berputus asa, malah dilihat sekarang ini mereka lebih galak lagi untuk memberikan “signal” yang jelas kepada kerajaan Malaysia supaya memberikan perhatian serius kepada desakan mereka yang mewakili 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia yang mahukan supaya :

Cuepacs : Senarai Tuntutan Semakan Kenaikan Gaji Naik 35 Peratus, Elaun Naik 2015 dan Gaji Minimum?

  1. Semakan kenaikan gaji naik 2015 melibatkan 252 skim perkhidmatan awam sehingga 35%. Setuju?
  2. Semakan kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam melibatkan 231 elaun yang berkaitan
  3. Semakan gaji minimum kakitangan awam sejak 15 tahun lalu
P/S : Bagai pendapat Berita Semasa sendiri, Cuepacs Malaysia mahu buat tuntutan tiada masalahnya, cumanya diharapkan tidaklah terlalu berharap sangat sekarang ini dengan keadaan kerajaan Malaysia yang masih “teraba-raba sumber” bagi menampung perbelanjaan besar mereka pada ketika ini termasuklah…. BS

KPN : Kritik hudud boleh sebabkan serangan Isis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia boleh mencetuskan tindak balas daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia boleh mencetuskan tindak balas daripada Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Laporan The Star online memetik Khalid sebagai berkata, anggota pengawasan dan perisikan polis mendedahkan kumpulan itu merancang melancarkan serangan dan polis sedang berusaha untuk mengurangkan risiko bahaya.
"Kami tahu apa yang kumpulan itu mampu lakukan dan matlamatnya. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak hanya mengulas mengenai isu sensitif kerana ia mengundang reaksi daripada mereka," katanya pada sidang media hari ini.
"Dengan secara terbuka membincangkan isu sensitif seperti Islam dan hudud, ia akan menjadikan mereka bersimpati. Oleh itu, akan ada tindakan balas yang jika kita tidak berhati-hati," katanya seperti dilaporkan portal itu.
Ketua polis itu juga dipetik portal berita Malaysiakini sebagai berkata beliau tidak menolak kemungkinan serangan keganasan seperti di Paris berlaku di Malaysia berikutan komen terhadap hudud.
Portal itu turut memetik beliau sebagai berkata serangan itu boleh dilakukan oleh penduduk tempatan yang "diracun atau dilatih" kumpulan Isis atau militan asing yang mula menular ke dalam negara.
Amaran Khalid itu berikutan peguam hak asasi manusia dan pengarah eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen membuat komen berhubung hudud di Twitter.
Ketua polis negara sebelum ini memberi amaran, polis akan menyiasat sesiapa yang membuat komen terhadap isu sensitif agama tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam hal itu.
Polis juga menyiasat stesen radio BFM dan penyampai radio berkenaan Aisyah Tajuddin, selepas stesen itu menyiarkan video yang didakwa mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Militan Isis didakwa tertarik terhadap beberapa rakyat Malaysia dan awal bulan ini Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 61 warga Malaysia dikesan berada di Syria untuk menyertai kumpulan militan berkenaan.
"Bilangan sebanyak 61 itu juga termasuk kanak-kanak seawal usia 14 tahun yang menyertai ahli keluarga di sana... manakala jumlah kematian Malaysia di Syria sejak tahun lepas ialah 7 orang," katanya kepada Bernama.
Ayob Khan berkata setakat ini sekurang-kurangnya 500 akaun Facebook dikenal pasti menjalankan aktiviti menggalakkan, merekrut dan cuba untuk menggalakkan rakyat Malaysia berjuang di Syria. TMI

22 Mac 2015

Dr Mahathir tidak percaya 1MDB beri manfaat kepada negara

mahathir 1mdb
Penjelasan yang dibuat tidak memberi pencerahan tentang apa-apa. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.
Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan ‘memperjudikan wang dalam dana lindung nilai’.
Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.
Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.
Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada.
“Penjelasan yang dibuat tidak memberi pencerahan tentang apa-apa. Saya ingin tahu di bank mana wang itu disimpan sekarang. Satu bilion dolar, anda mesti menyimpannya di suatu tempat,” katanya.
“Saya tidak tahu di mana wang itu – yang merupakan sebahagian daripada ketelusan,” beliau dipetik sebagai berkata.
Mengulas mengenai wang itu, katanya, “Saya tidak fikir ia memberikan apa-apa fungsi. Itulah perbezaan (pendapat) saya dengan kerajaan. Saya tidak fikir kita memerlukan dana seperti ini.”
“Kita sudah melakukan dengan cukup baik tanpa dana…pertamanya, mereka mendapat wang untuk dipinjamkan kepada orang Arab Saudi dan mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai,” ujarnya, lapor Mingguan Malaysia.
Brown yang dilahirkan di Sarawak oleh pasangan British, terkenal dengan laporan yang mengkritik kerajaan negeri Sarawak sewaktu era bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud.
Dalam wawancara bersama Dr. Mahathir, Brown menekankan penolakan bekas Perdana Menteri itu terhadap syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan isu-isu berkaitannya.
Wawancara itu dibuat selepas kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB. FMT

Kadar Insurans Kereta Naik 6% 1 April 2015 Kesan Daripada Cukai GST! Bajet Kos Rakyat Malaysia Terus Bertambah

insurans naik
Kadar Insurans Kereta Naik 6% 1 April 2015 Kesan Daripada Cukai GST! Bajet Kos Rakyat Malaysia Terus Bertambah : Nampaknya lepas satu, satu terus menunggu giliran untuk mengumumkan bayaran tambahan kepada pelanggan masing-masing melalui cukai GST 6% yang dikenakan bermula 1 April 2015. Kali ini kenaikan insurans kereta di Malaysia naik 6% yang mana termasuk dalam senarai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ya…sah kenaikan insurans kereta naik 6%. Setakat hari ini, berita terkini yang Berita Semasa terima cukai jalan yang dibuat di pejabat pos di malaysia akan turut dikenakan 6% untuk GST yang mana ia akan menjadi RM2.12 dek ekrana caj 12 yang dikenakan.
P/S : Bertambah bajet rakyat Malaysia untuk bayar insurans kereta 2015 tahun ini dan semakin berkuranglah perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia selepas ini. BS

Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia! Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP

hutang negara
Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI)  Kepada Kerajaan Malaysia! : Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.
BACA SINI : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8% Kepada KDNK Negara (RM854.3 Billion). Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.
P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.
PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di bawah.
beritasemasa.com.my