SPECIAL ADS

3 Jun 2015

Isa Samad punca kejatuhan FELDA?


Isa Samad punca kejatuhan FELDA
KENYATAAN MEDIA: Felda Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya menjunam teruk kepada RM 1.93 berbanding harga IPO. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera menamatkan perkhidmatan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV di atas kegagalan ini.

Singkap kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian merumuskan :-
1. 65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.

2. 55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.

3. Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.

SAMM berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan kegagalan Isa Samad menguruskan FELDA dan FGV.

Najib perlu sedar FELDA telah dua kali menukar Pengurus Besar iaitu Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan Isa Samad.

Isa Samad juga perlu menjelaskan mengapakah FGV berniat untuk menjualkan FELDA Prodata System, FELDA Travel dan FELDA Property sedangkan ketiga-tiga entiti ini meraih keuntungan setiap tahun? Adakah ini jalan singkat untuk menunjukkan FGV untung selepas menjual aset-aset berharga ini?

Zuraidi Abdullah 
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Tiada ulasan: