SPECIAL ADS

1 Jun 2015

Kenaikan Harga RON95, RON97, Diesel Naik 10 sen Jun 2015 : Menjadikan Gelombang Kenaikan Harga Barang Selepas GST!

Harga RON95 naik
Kenaikan Harga RON95, RON97, Diesel Naik 10 sen Jun 2015 : Lagi Gelombang Kenaikan Harga Barang Selepas GST!
Dan melihatkan trend harga minyak dunia semakin naik dan memberikan nafas baru kepada kebanyakan negara pengeluar minyak, Malaysia tidak menunggu lama untuk menunaikan janji mereka bagi melaksanakan apa yang yang dipanggil pengenalan dan pengumuman harga minyak di Malaysia berdasarkan mekanisme apungan terurus, berasaskan Mekanisme Harga Automatik (APM) dan kadar mata wang.
Hasilnya bermula malam tadi, rakyat Malaysia disajikan dengan kenaikan harga RON95 naik sebanyak 10 sen menjadikan harga minyak terkini bagi RON95 adalah RM 2.05/liter seperti mana diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Berikut senarai harga baru minyak RON95, RON97 dan diesel :

Senarai Harga Baru Minyak RON95, RON97 dan Diesel Naik?

  • Harga baru RON95 : RM 2.05/liter
  • Harga baru RON97 : RM 2.35/liter (termasuk GST 6%)
  • Harga baru Diesel : RM 2.05/liter
Inilah kenaikan harga RON95 naik buat pertama kali selepas pelaksanaan GST 2015. Selepas kerajaan Malaysia membuat pengiraan berdasarkan harga purata bagi bulan-bulan yang tertentu, dan akhirnya inilah paras harga RON95 naik yang sesuai untuk rakyat Malaysia bermula 1 Jun 2015.
Dengan bebanan cukai GST dek kerana kenaikan harga barang menjalang dan selepas pelaksanaan GST, dijangka rakyat malaysia akan terus berhadapan dengan rantaia gelombang kenaikan harga beritbarang seterusnya disebalik kenaikan harga minyak kali ini. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: