SPECIAL ADS

31 Disember 2012

NGO mahu LTAT bersuara


PETALING JAYA – Sekumpulan bekas tentera mempersoalkan tindakan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),  dilihat hanya berdiam diri terhadap urus niaga yang melibatkan dana caruman tentera bernilai RM160 juta untuk membeli tanah dan syarikat Astacanggih Sdn Bhd.

Penasihat Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab berkata, tindakan lembaga pengarah LTAT dianggap sebagai pak turut, hanya mampu mengganggukkan kepala sahaja.

Beliau berkata, tindakan berdiam diri dan mengelak untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, dianggap tidak wajar berlaku.

“Sebaliknya, mereka (LTAT) harus menyiasat kesahihan perkara ini supaya rakyat dan anggota tentera mengetahui keadaan sebenar.


“LTAT harus menyekat urus niaga ini kerana ia menggunakan dana tentera untuk dibayar kepada (ahli perniagaan) Deepak (Jaikishan) dan Ketua Wanita Umno Selangor (Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR.

Beliau menegaskan, tidak keliru dengan urus niaga yang berlaku, namun sedih dengan situasi tersebut kerana ia menjejaskan anggota tentra dan veteran yang mencarum kepada LTAT.

Katanya, perkara itu seharusnya elakkan, sebaliknya jika ia berlaku, pihak LTAT harus bersuara dan menjawab persoalan mereka.

Beliau juga merupakan brigedier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, satu gerakan bersama NGO lain iaitu Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat), akan berlangsung minggu hadapan bagi memberi penjelasan kepada tentera yang terlibat mengenai tujuan wang mereka digunakan.

Tiada ulasan: