SPECIAL ADS

2 Disember 2012

Persepsi Umno Tampak Bersih?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang diberi liputan meluas untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Ia hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.

“Sesungguhnya, rakyat menanti respons PM  dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.



Tuan Ibrahim juga berkata perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang enggan menjawab tuduhan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau mencampuri urusan pihak polis.

PAU kali ini, katanya terpesong tujuannya sebagai medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama.

“Persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno,” kata Tuan Ibrahim.
Perwakilan Umno, kata beliau, langsung tidak memikirkan kepentingan negara kerana tidak berani menyoal isu Scorpene, kegagalan Najib menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas, isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak dan isu keselamatan negara.

“Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya.

“Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan,” sindir Tuan Ibrahim.

Kelemahan Umno dalam memerangi rasuah, kata beliau jelas terpapar di PAU Wanita Umno di mana ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu National Feedlot Corporation masih disanjung kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut.

“Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju  apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan,” terang beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mempersoalkan mengapa ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU tatkala Najib mengisytiharkan bahawa boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum ke 13.

“Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan (serangan terhadap PR) itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku,” katanya.


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius terhadap pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya minggu lalu ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Hishammuddin.


Ketua DPPM, Nasrudin Hassan berkata, pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ianya melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia.

Tindakan Hishammuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.


“Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini.


“Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPM juga, katanya mendesak agar Hishammuddin Hussein bercuti sehingga siasatan yang di buat selesai.


Beliau berkata, Hishammuddin perlu bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang lalu.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM berharap agar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut 


Datuk Seri Najib Razak perlu bersihkan namanya jika benar tidak terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, untuk membuktikan Perdana Menteri ada maruah, beliau mesti menjelaskan kepada rakyat berhubung kes tersebut.
“Keengganan Perdana Menteri berterus-terang mengesahkan lagi persepsi rakyat tentang penglibatan beliau dalam kes tersebut.
“Jika Najib ada maruah, beliau perlu bersihkan namanya dengan menafikan dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Kelmarin, kawan baik Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan mendedahkan dakwaan terbaru mengaitkan keluarga Perdana Menteri dengan isu pembunuhan Altantuya.
Ahli perniagaan itu mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Najib dan juga beberapa pendedahan yang turut berkait dengan pembunuhan itu.
“Penemuan baru yang didedahkan Deepak membuktikan penglibatan Najib dalam pembunuhan Altantuya dan juga pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis.
“Najib harus mengambil langkah menjelaskan sepenuhnya. Cukuplah tindakan beliau menjatuhkan maruah negara dan rakyat dalam isu ini,” katanya.
Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat kes ini.
“Kenapa mereka tak mahu siasat dakwaan tersebut jika benar pemimpin yang mereka dokong itu, tidak terlibat dalam kedua-dua kes yang amat mengejutkan negara serta dunia antarabangsa,” soalnya. dan maruah Najib sudah masuk enam tahun tercemar kerana diheret dalam skandal berkenaan.

Tiada ulasan: