SPECIAL ADS

2 September 2016

FELDA BEBANKAN PENEROKA DENGAN HUTANG HINGGA AKHIR HAYAT

Hasil carian imej untuk felda
Penubuhan Felda 60 tahun dahulu yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Melayu miskin dan berpendapatan rendah melalui pemberian lot tanah rumah dan ladang kini dilihat menjadi alat korporat yang telah memiskinkan rakyat.
Felda kini telah menjadi konglomerat bertaraf dunia yang telah tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.
Antara dasar yang telah memberi kesan yang mendalam kepada peneroka Felda ialah skim penanaman semula melalui sebuah anak syarikat bernama Felda technoplant Sdn Bhd.
Di bawah dasar ini peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant yang menyebabkan peneroka akhirnya terpaksa menanggung hutang tanpa kerelaan mereka sendiri.
Peneroka tidak ada pilihan melainkan menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant. Melalui rancangan ini peneroka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil.
“Dasar yang digunapakai oleh Felda telah menyebabkan peneroka terus di himpit kemiskinan dan hutang yang belum tentu dapat dibayar oleh mereka.
Peneroka yang telah dipaksa untuk menanam semula kelapa sawit di bawah seliaan Felda Technoplant diberikan wang sara hidup setiap bulan yang bersifat hutang sebanyak RM1,500 sehinggalah tanaman mereka berbuah. Biasanya kelapa sawit akan berbuah bila mencapai umur antara empat hingga enam tahun, 
Keadaan ini menyebabkan hutang mereka semakin meningkat dan boleh mencecah sehingga RM65,000 hingga RM150,000 lebih setelah tempoh dibawah pengurusan Felda Technoplant menjelang 10 tahun.
Selain itu juga mereka ditawarkan pinjaman perumahan bernilai RM40,000 dan ini menyebabkan jumlah hutang mereka meningkat hingga RM200,000. Bagaimana peneroka hendak membayar hutang yang begini banyak. Kebanyakan mereka sudah berumur 60,70 atau 80 tahun, jika mereka tidak mampu membayarnya maka hutang tersebut akan diwarisi oleh anak mereka.
Apa yang kita tekankan di sini ialah jika peneroka yang tanam semula secara sendiri boleh mencapai pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan kenapa peneroka yang memilih tanam semula melalui Felda hanya menerima RM1,500 sahaja, perbezaan tersebut sangat besar dan kenapa tidak terus ditolak daripada hutang mereka.
Felda tidak pernah mengeluarkan penyata hutang peneroka untuk ditelitikan jumlah pembayaran yang telah mereka lakukan. Ini menyebabkan peneroka dihimpit kemiskinan dan  hutang mereka semakin bertimbun-timbun. 
Sepatutnya tanah yang dimiliki peneroka seluas 10 ekar ini dapat menyara kehidupannya tetapi disebaliknya peneroka yang menyara hutang kebunnya itu.

Tiada ulasan: