SPECIAL ADS

5 Februari 2013

Blog Politik

B
Blog politik ialah blog yang mengetengahkan isu-isu yang berkaitan dengan politik. Dalam demokrasi liberal, mengkritik kerajaan tanpa sekatan adalah hak dan unsur penting dalam kebebasan bersuara. Penulis blog menggunakan blog yang tidak disekat sebagai alat untuk menyuarakan pendapat yang tidak diberi tempat oleh media yang dikawal oleh kerajaan, tetapi kadang-kadang berdepan dengan masalah undang-undang.

Blog politik selalunya jelas menyatakan kecenderungan politik (political bias) penulis blog. Penulisblog yang menyatakan kecenderungan politik mereka dengan jelas dilihat lebih jujur. Penulis blogpolitik yang tidak bernama atau tidak diketahui identiti kerap dilihat sebagai tidak mempunyai fakta kuat serta kurang dipercayai. Tetapi blog politik masih popular kerana ia menjadi platform untuk pandangan yang tidak diwakili oleh media arus perdana.


Populariti blog politik menyebabkan lebih banyak syarikat media, ahli politik dan organisasi lain membuat blog masing-masing.


Blog politik Malaysia selalu memaparkan isu-isu penyalahgunaan kuasa, rintihan rakyat marhaen, dan berbagai lagi. Sebelum ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kedudukan blog politik sebagai media alternatif yang berkesan mempengaruhi hati-hati rakyat marhaen tetapi mengambil pendekatan tidak mendampingi penulis blog.

Ranking terbaru blog politik (BN dan PR) yang MyMassa sediakan berdasarkan ranking regional Alexa.


Walaupun blogger pembangkang di tempat pertama, tetapi hanya 9 sahaja blogger mereka tersenarai dalam 30 blog politik yang mempunyai ranking Alexa tertinggi. Tak sampai 1/3 pun.

Tiada ulasan: