SPECIAL ADS

19 Februari 2013

Sinar Harian Memeningkan Kepala Najib Lagi..


Hari ini buka Sinar harian online ada perkara menarik yang dilihat iaitu keputusan undi yang di buat oleh Sinar Online diantara BN dan Pakatan Rakyat dan hasil yang di perolehi dari pengundian pembaca memihak kepada Pakatan Rakyat didalam semua jenis soalan pengundian.

Walaupun ini hanya bancian dari Akhbar Sinar harian dan bukan mewakili dari pengundi sebenar tetapi sedikit sebanyak membuat kepala Najib Tun Razak pusing dan pening .

Terbukti satu contoh ketara kepala najib pusing dan pening ialah belum pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia tarikh pembubaran parlimen menghampiri keakhir mandat pemerentahan, mandat kerajaan BN hanya berbaki 4 bulan sahaja tetapi masih belum kedengaran tarik keramat pembubaran dewan rakyat yang sangat di tunggu tunggu oleh orang ramai.

Selepas kejutan pada PRU12 yang di gelar 'Tsunami politk " susaana politik Malaysia dilihat agak panas dan bergelora. Dari pembentukan kerajaan oleh kompenan BN sehingga la kesaat ini senario politik sentiasa panas.Saban hari ada sahaja isu isu yang timbul dari semua parti politik.

Berbalik kepada keputusan yang di capai pada pengundian dalam sinar online walaupun ia memihak kepada Pakatan Rakyat dan mengembirakan penyokong tetapi harus diingat ini hanyalah bancian semata mata.






Tiada ulasan: