SPECIAL ADS

11 Februari 2013

Pelobi Parlimen Putrajaya



Apabila DS Najib umumkan DS Tengku Adnan akan dikekalkan sebagai calon kerusi Parlimen Putrajaya telah menyenakkan perut banyak pihak yang sudahpun melobi.  Mereka yakin sesiapa sahaja yang bertanding di Putrajaya atas tiket BN mempunyai harapan cerah untuk menang kerana majoriti pengundi adalah kakitangan kerajaan.  Kecenderungan mereka hanyalah kepada DS Tengku Adnan yang banyak melabur wang kepada pengundi dan penduduk Putrajaya.  Di samping itu, banyak isu dalam negara yang mereka tak ambil tahu dan tak peduli langsung.  Apatah lagi wujud banyak Persatuan Penduduk dan NGO yang diterajui oleh kakitangan kerajaan yang menjadi penyokong kuat BN.  Antara pelobi yang kecewa ialah:


1.  1.  Datuk Omar Osman, Presiden CEUPACS yang paling kuat mengampu dalam banyak isu beliau menyokong dan mengampu DS Najib dengan harapan DS Najib akan memilih beliau untuk bertanding di Putrajaya;

2.  DS Shahrizat Jalil - apabila DS Raja Nong Chik beria-ia benar umumkan dirinya akan bertanding di Lembah Pantai menyebabkan Datuk Shahrizat mengalihkan perhatian untuk mendapatkan kerusi Putrajaya sehingga menimbulkan kekecewaan di kalangan ahli UMNO dan pengundi tegar BN di Putrajaya.  Ini kerana mereka sudah tidak boleh bergayut lagi dengan DS Tengku Adnan yang terkenal banyak duit itu untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan termasuklah lawatan ke luar negara setiap tahun.  Dikhabarkan DS Tengku Adnan sudahpun menghantar surat untuk meletakkan semua jawatan parti jika tidak terpilih sebagai calon Putrajaya.  Sebagai counter offer pula DS Tengku Adnan ditawarkan kerusi TYT Dipertua Negeri Melaka menggantikan Tan Sri Khalil Yaakob (bekas pelahap balak negeri Pahang).  Namun kontrak TS Khalil telah disambung lagi bermakna DS Tengku tak berminat nak jadi TYT;
3.  Tan Sri Aseh Che Mat - beliau cukup kuat mengampu DS Najib setelah dilantik menjadi Presiden Perbadanan Putrajaya.  Mengikut sumber dalaman beliau telah mewujudkan program lawatan khas ke Putrajaya dengan menyediakan pengangkutan bas percuma (bas Nadi Putra milik Perbadanan Putrajaya) dan makan/minum peserta lawatan ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya.  Setakat ini pengundi daripada Lembah Pantai, Pagoh dan Hulu Langat sudah pun melawat Putrajaya melalui program ini yang diangkut dengan berpuluh-puluh buah bas.  Banyak peruntukan Perbadanan Putrajaya yang datangnya daripada cukai yang dikutip daripada rakyat telah digunakan untuk "menjamu" pengundi UMNO/BN dari seluruh negara.  Beliau dikatakan melobi bagi mendapatkan kerusi Parlimen Putrajaya untuk dirinya atau anaknya Datuk Khairun Aseh.

4.  Datuk Khairuddin iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya juga sangat berminat dengan kerusi Parlimen Putrajaya tambahan lagi hubungan beliau dengan DS Tengku Adnan tak begitu ngam.  Sebab itulah semasa heboh tentang calon Putrajaya bertebaran sms daripada orang-orang kuat Datuk Khairuddin memburuk-burukkan DS Tengku Adnan supaya beliau tidak dikekalkan sebagai calon BN di Putrajaya.

Apabila DS Najib umumkan DS Tengku Adnan kekal sebagai calon Putrajaya telah mengecewakan pelobi-pelobi ini.  Pakatan Rakyat pula perlulah counter attack strategi BN dengan bergaul dengan pengundi Putrajaya dengan lebih dekat lagi mulai dari sekarang.  Mereka tak boleh hanya berserah kepada Allah supaya dibalikkan hati pengundi supaya menyokong Pakatan Rakyat sebaliknya perlu wujud strategi untuk memenangi hati pengundi Putrajaya yang majoritinya kakitangan kerajaan.

Pakatan Rakyat juga perlu mengambil pendekatan berkesan kerana pengundi Putrajaya juga sudah bertambah dengan drastik apabila pekerja Bangladesh sudah semakin ramai di Putrajaya dan disumbat beramai-ramai di Flet Hijau Putra Harmoni.  Mereka disyakki dijadikan pengundi melalui program khas pemberian kad pengenalan seperti yang pernah tersiar dalam laman web Perdana Menteri Bangladesh yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memberi kerakyatan kepada bangsa Bangladesh yang bekerja di Malaysia.  

Pemerhati Politik

Tiada ulasan: