SPECIAL ADS

22 Februari 2013

Sketsa: Tarikh bubar dan tarikh pilihanraya umum




Tarikh bubar dewan rakyat (parlimen Malaysia) dan tarikh pilihanraya umum sudah tidak terkejut lagi pada mata umum rakyat Malaysia. Ramalan hari jumaat (22/2/2013) tidak terjadi malah ramalan disambung lagi Dewan Rakyat bakal dibubarkan pada hari Isnin 25.2.2013 atau minggu terakhir bulan February.

Pilihanraya umum 2013 akan juga terjadi sebelum masuk pertengahan tahun 2013. Paling akhir bulan April 2013 pilihanraya umum akan diadakan. Tamat tempuh kerajaan Barisan Nasional ialah 24/4/2013.

Malah ada sketsa lawak gila gila " Najib Razak belum menerima kata putus dari isterinya Rosmah Mansor kerana bomoh Rosmah sedang bertembur dengan hantu berwajah perempuan dari negeri Monggolia.


Tarikh bubar dan tarikh PRU13 pasti akan berlaku juga dalam bulan March atau April 2013. Namun rakyat dihidangkan dengan serangan besar-besaran dari media tv dan akhbar milik UMNO terhadap pakatan rakyat setiap hari dan setiap malam dari mulut pemimpin UMNO.

Dan terkini serangan gila babi dari pemimpin UMNO dan pembodek UMNO yang rasis berniat jahat terhadap Tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan kisah wang BR1M. Bermacam macam ragam yang direka oleh UMNO untuk menjatuhkan maruah PAS dan Ulama PAS.

Malah tidak terkecuali ada bloger PAS terkenal dengan nama blognya Tinta Merah pun bermain api  dengan kalangan pemimpin PAS dan ulama PAS, Perlu diingat kepada Tinta merah tak semestinya pandangannya betul dan hebat. 

Kita jangan risau tarikh dan PRU13 itu hak Najib razak dan Rosmah mansor sahaja yang menentukan. Bersediakah kita dan segala jentera pakatan rakyat menghadapai cabaran PRU 13 yang akan berlaku seribu persoalan dan taktik SPR melalui daftar pengundi SPR 2013?.

Di Selangor sendiri ada 150,000 pengundi yang berdaftar dengan SPR yang meragukan. namun kita tidak boleh menghalang pengundi pengundi tersebut kerana namanya tertulis dalam daftar pengundi SPR yang masih hidup.

Malah isu kalimah Allah masih menjadi igauan buruk dikalangan orang melayu. walau pun PAS dan majlis syura membuat keputusan muktamad. Ada kalangan pemimpin PAS dan Ulama Pas tidak sebulu dengan keputusam yang dibuat bersama. Sepatutnya tidak berlaku khilaf dikalangan ulama PAS dan pemimpin PAS.

Akhirnya isu BR1M   dan dana pemuda pemudi bakal menjadi penyedap dan ubat pelali buat rakyat malaysia memangkah BN pada PRU13. Inilah titik tolak dan fitnah yang direka oleh peminpin UMNO/BN  menyekat arus dan sokongan pengundi kepada pakatan rakyat.

Dari pandangan kami "MACAM ADA SESUATU YANG MENYEKAT KEMARAAN PAKATAN RAKYAT SEHINGGA RAKYAT MENOLAK SECARA DIAM/SENYAP SEHINGGA MEMANGKAH DISAAT SAAT HARI MENGUNDI."

MALAH KAMI LIHAT WAJAH NAJIB RAZAK CUKUP CERIA DAN CUKUP KONFIDEN KEKAL BERKUASA SELEPAS PRU13 WALAUPUN DENGAN MAJORITI YANG KECIL ( SEKITAR 130 135 KERUSI PARLMIEN ) MALAH BILIK RAHSIA/ SULIT UMNO/BN KONFIDEN DAPAT 130 KERUSI SELAMAT 100 PERATUS HANYA MAHU BEBERAPA KERUSI LAGI UNTUK KEKAL DENGAN MAJORITI KECIL YANG LEBIH SELESA. "

Oleh: mohdnoorawang

Tiada ulasan: