SPECIAL ADS

11 Mei 2015

Mahfuz: Perbualan Tun M dan Sirul biarlah rahsia

Sirul, najib, mahfuz
Mahfuz juga enggan mendedahkan sama ada Tun M 
menelefon Sirul dan mahukan perkara itu kekal 
menjadi rahsia mereka bertiga.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar, enggan mendedahkan perbualan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas korperal, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, perbualan di antara Dr Mahathir , Sirul serta dirinya akan terus kekal menjadi rahsia mereka bertiga.
Mahfuz juga enggan mendedahkan apabila ditanya adakah Dr Mahathir ada menghubungi Sirul dan beliau hanya menjawab biarlah rahsia.
“Dr Mahathir sedang menunaikan umrah, biarlah beliau tenang untuk menjalankan ibadah di Mekah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Isnin.
Pada awal April lalu, Dr Mahathir telah menyatakan kesediaan untuk menghubungi Sirul yang kini ditahan di Australia.
Malah, Mahfuz juga mengaturkan pertemuan Dr Mahathir dengan ibu Sirul, Piah Samad.
Dalam perkembangan lain, Mahfuz berkata, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak membalas serangan Dr Mahathir ketika bekas Perdana Menteri berada di luar negara amat mengecewakan.
“Saya kecewa dengan tindakan Najib yang enggan meletak jawatan dan membalas kritikan Dr Mahathir sewaktu beliau tiada dalam negara,” katanya.
Dr Mahathir berada di Mekah bagi mengerjakan umrah. FMT

Tiada ulasan: