SPECIAL ADS

13 Mei 2015

Tun Mahathir Kritik Rosmah, Hidup Mewah dan Lagak Macam Perdana Menteri Malaysia!


Berita Terkini Rosmah Mansor. Tun Mahathir Kritik Rosmah, Hidup Mewah dan Lagak Macam Perdana Menteri Malaysia! : Sebelum ini, bukannya kita tidak pernah ada selain isteri Perdana Menteri sekarang Rosmah Mansor.
Kita pernah ada Allahyarham Toh Puan Endon Mahmood Ambak, Tun Jeanne binti Abdullah, Tun Siti Hasmah, Tun Rahah, Tun Suhailah dan juga Tun Sharifah Rodziah. Tetapi mereka-mereka ini tidak pernah sekalipun mencetuskan kontroversi demi kontroversi yang sehingga memberikan masalah kepada suami mereka dalam kedudukan politik.
Hari ini, Rosmah Mansor dilihat menjadi liabiliti besar kepada kedudukan politik Barisan Nasional dan UMNO, Najib Razak, sang suami yang berjaya dimilikinya 28 tahun yang lalu. Ada sahaja orang bercakap mengenai prilaku Rosmah Mansor. Kelibatnya seringkali menjadi perhatian lensa kamera. Tidak pernah isteri Perdana Menteri mendapat tumpuan sebegini rupa.
Lepas satu-satu isu timbul melibatkan isteri Perdana Menteri ini, Rosmah Mansor. Terbaru, Tun Dr Mahathir menyelar sikap Rosmah Mansor yang dilihat :
  • kerapkali berbelanja besar dan mengamalkan cara hidup yang mewah
  • lagaknya seperti Perdana Menteri Malaysia
Sebelum ini, sejak menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri Rosmah Mansor sehingga menjadi isteri Perdana Menteri banyak kali isu semasa berbangkit melibatkan figura yang bernama Rosmah Mansor ini. Antaranya ialah :

Isu Semasa Melibatkan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri?

  1. Penggunaan nama First Lady of Malaysia (FLOM) aka wanita pertama yang merujuk untuk dirinya sebagai isteri Perdana Menteri
  2. Cincin RM24 juta
  3. Perbelanjaan besar bajet kerajaan Malaysia melibatkan program PERMATA
  4. Melancong menggunakan aset kerajaan
  5. Berbelanja mewah di luar negara
  6. Isu Dandan rambut RM1,200
  7. Ada pejabat sendiri di Jabatan Perdana Menteri
  8. Skandal Pembunuhan Altantuya
  9. Jam Tangan (RM350,000 – RM500,000Shopping Mutiara (RM487,687)
  10. Ada yang anda mahu tambah lagi senaraiannya?
P/S : Anda ada nasihat yang ingin dilonatarkan kepada isteri Perdana Menteri ini, Rosmah Mansor?
PP/S : Seorang suami diwujudkan untuk menjadi pemimpin kepada sang wanita yang isteri.
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: