Tabung Haji Beli Tanah TRX (Tun Razak Exchange) RM2,860 sekaki (RM188 Juta) VS 1MDB Beli Tanah TRX Milik Kerajaan RM60 Sekaki : Ini namanya bisnes skim cepat kaya versi taikun-taikun di Malaysia. Orang mahu berniaga, dia pun mahu berniaga. Khazanah mahu melabur, dia (1MDB) pun mahu melabur. Jikalau beginilah model perniagaan 1MDB, tidak perlu panggil Arul Kanda Kandasamy pun tidak mengapa, Ahmad Maslan pun boleh jadi CEO jikalau begini cara 1MDB berniaga.
Berita Semasa sama sekali tidak pernah menolak usaha pembangunan mahupun pelaburan oleh Tabung Haji apatah lagi melabur di tempat yang patuh syariah ini tidak semudah itu.
BACA BERITA INI JUGA : Taikun Desmond Lim Beli Tanah Kerajaan Sebelah Pavilion RM7,000 Sekaki, 1MDB Beli Tanah TRX RM60 Sekaki dan Tanah Sungai Besi RM90 Sekaki!
Berdasarkan kiraan di atas kertas, dengan Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB ini, berdasarkan pengiraan kasar seperti di bawah ini :
- Keluasan tanah – 67,954sq ft
- building area +-60,000 sq ft,
- Harga beli tanah TRX : RM188.5 juta,
- Jikalau Tabung Haji buat 30 tingkat bangunan : 60,000 sq ft x 30 tingkat = 1.8 juta sq ft,
- Jikalau harga jual lot siap – RM7,000 per sq ft, GDV akan jadi RM12.6 bilion.
- Construction cost++ 50% @ gdv = RM6.3 bilion,
- Oleh itu. GDV/harga jualan – harga tanah – kos pembangunan++ bersamaan dengan
- RM12.6 bilion – RM188.5 juta – RM6.3 bilion = Keuntungan RM6.1 bilion +-
Ini hanya pengiraan di atas kertas. Mungkin tercapai, mungkin tidak. Oleh itu, jangan terlalu gembira. Orang putih pernah mengatakan :
“don’t count your chickens before they’re hatched”
Cuma apa isu Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB ini? Apa yang buat orang ramai melenting sekarang ini dengan tindakan terbaru Tabung Haji (TH) ini?
Tabung Haji Beli Tanah TRX (Tun Razak Exchange) : Respon Berita Semasa?
- Ini bukan soal Tabung Haji telah buat keputusan pelaburan yang baik atau buruk
- Ini juga bukan soal TH boleh buat duit atau tidak dari keputusan ini
- Tetapi…tetapi ini soal 1MDB meniaga dengan cara ambil untung atas angin, sendiri gali lubang sampai puluh-puluh bilion hutang 1MDB sehingga tidak boleh bernafas lagi, akhirnya 1MDB kena jual aset untuk bayar hutang, dan yang jadi tukang beli asetnya,
- Tabung Haji ie tempat makcik pakcik kampung berdikit-dikit menyimpan puluh tahun untuk pergi buat haji
- Ok baik. Dalam kesimpulan mudahnya tanpa perlu Berita Semasa jelas secara bersimpang siur : perbuatan Tabung Haji beli tanah TRX, ibarat 1MDB guna dana pendeposit Tabung Haji untuk bayar hutang
- Ini belum ditambah apabila 1MDB buat penyenaraian untuk aset tenaga itu kelak, yang terpaksa beli siapa lagi jikalau bukan “pembeli tetap” termasuklah KWSP, KWAP, Tabung Haji
- Akhirnya Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga. Mak ulangtayangbalik skrip semasa penyenaraian FGVH dahulu, “Inilah keputusan pelaburan yang terbaik, untuk pemantapan ekonomi ummah”. Ermmmmmm…..kasihan siapa yang tepuk tangan.
Perbandingan Tabung Haji beli tanah TRX milik 1MDB :
- Seperti yang pernah diungkapkan Tun Dr Mahathir, 1MDB beli tanah TRX (Tun Razak Exchange) milik kerajaan Malaysia dengan serendah RM60 sekaki dan harga jual sebanyak RM4 juta sahaja
- Tabung Haji beli tanah TRX (Tun Razak Enchange) dengan RM2,860 sekaki yang bernilai RM188 juta
- Mengapa Tabung haji tidak beli terus dengan kerajaan Malaysia?
- Siapa pandai? Dan siapa yang rugi sekarang ini?
- Kasihan kerajaan Malaysia, begini rupanya pengurusan tanah kerajaan dilakukan. Kasihan.
Sertai Undian Berita Semasa : Samada anda bersetuju atau tidak tindakan 1MDB beli tanah TRX milik 1MDB dengan cara KLIK SINI
P/S : Hari ini, senang sahaja mahu takutkan Melayu, canang seluruh negara bahawa tindakan ini untuk selamatkan negara dari dijajah kuasa ekonomi asing, selamatkan negara dari tergadai. Sendiri buat masalah, sendiri berlagak jadi hero negara. Ermmm….
PP/S : Malaysia ini sebenarnya tiada lagi rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan berpengalaman? Cukup hanya bekas penjual kereta terpakai, kelulusan malu-malu kucing untuk didedahkan, masuk politik, akhirnya diangkat jadi orang kuat Tabung Haji?
PPP/S : Nah…selepas ini tanah Sungai Besi siapa pula yang kena beli tanah tersebut pada harga yang berpuluh kali ganda berbanding harga yang 1MDB dapat. Nantikan.
PPP/S : Abdul Azeez pernah berjanji dahulu untuk jaga wang pendeposit Tabung haji dengan tidak mahu ada kaitan dengan 1MDB seperti paparan gambar di bawah ini. Apa sudah jadi sekarang?
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan