SPECIAL ADS

21 Mei 2015

CEO Tabung Haji akan dilantik CEO FGV?


Minggu lepas kami dimaklumkan bahawa CEO Tabung Haji Tan Sri Ismee akan dilantik menjadi CEO Felda Global Ventures menggantikan Emir Mavani yang akan tamat tidak berapa lama lagi. Emir Mavani ternyata gagal apabila saham FGV terus menjunam dan beberapa anak syarikat FGV yang untung dijual. 

Bukan sekadar mereka gagal, tetapi berjaya menggagalkan perniagaan orang lain iaitu anak anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang untung besar selama ini.


Sangat malang jika benar Tan Sri Ismee yang akan dilantik menggantikan Emir Mavani. Ini kerana Tabung Haji sendiri ketika ini sedang dilanda kontroversi pembelian Tanah TRX di Sungai Besi dengan harga 47 kali ganda harga asal dibeli 1MDB. 

Bukan itu sahaja, Tabung Haji juga membeli saham FGV sebanyak 7 peratus dengan jumlah sekitar RM1 bilion dan saham ini merosot teruk sebagaimana dimaklumkan. Pertikaian Ismee yang menjadi lembaga pengarah 1MDB yang menunjukkan ada pertindihan kepentingan diantara kedua agensi tersebut. Begitu juga penglibatan dia dalam FGV. Semoga berita ini tidak betul.

Di tengah kebimbangan tersebut, muncul kontroversi baru. Khabarnya Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF 2) telah melantik anak saudara Tan Sri Isa Samad sebagai CEO koperasi tersebut. Ahmad Ramsey. Ahmad Ramsey sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai kepada bekas Pengarah Besar FELDA yang diturunkan Isa Samad iaitu Faizoul Ahmad. 

KPF 2 ditubuhkan bagi memberi peluang kepada anak anak peneroka melabur. Ia seperti janji Perdana Menteri sebelum pilihanraya lalu. Namun perlantikan CEO KPF 2 dikalangan kroni Isa Samad sangat menjijikkan. Dalam keadaan beberapa pegawai dan anak Isa samad sendiri masih dalam siasatan SPRM berkait beberapa kes termasuk jual beli hotel di Pord Dicson dan lain lain kes. 

Adakah perlantikan ini sebagai usaha Isa Samad untuk menguasai koperasi tersebut setelah beliau gagal menguasai KPF kerana tidak layak menjadi ahli. Beliau sebagai kakitangan lantikan kontrak telah berusaha menjadi Pengerusi KPF, tetapi digagalkan kerana undang undnag kecil KPF hanya membenarkan kakitangan tetap sahaja menjadi ahli. Walaupun khabarnya hari ini ia telah dipinda. 

Mohd Nasaie Ismail

Tiada ulasan: