SPECIAL ADS

5 Mei 2015

Jawatan Kosong SPA 2015 Kena Beku. Bajet Kerajaan Untuk Kakitangan Awam, Agensi dan Kementerian Mula Dikurangkan!

Jawatan Kosong SPA 2015 Kena Beku. Bajet Kerajaan Untuk Kakitangan Awam, Agensi dan Kementerian Mula Dikurangkan! Jikalau sebelum ini, kerajaan Malaysia telah memulakan operasi memotong peruntukkan satu demi satu kementerian sebanyak RM2 bilion, termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM200 juta, semuanya gara-gara kebergantungan dan harapan besar kerajaan malaysia terhadap pendapatan melalui harga minyak semakin rapuh selepas melihatkan harga minyak dunia hari ini tidak semewah seperti yang dinikmati kerajaan malaysia dahulu.
Jawatan Kosong SPA 2015
Malah penganalisis minyak termasuklah taikun Kingdom Tower yang juga digelar warren Buffet versi Asia, Putera alWaleed bin talal menjangkakan harga minyak dunia sangat sukar untuk capai USD100 lagi selepas ini. Nah….amaran besar kepada malaysia yang bergantung sejumlah 30% pendapatan negara melalui harga minyak.
Berita terkini yang Berita Semasa terima terpapar satu surat rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Malaysia mengenai jawatan baru kakitangan awam dan kerajaan tidak dibuka lagi (jawatan kosong SPA 2015 baru dibekukan) pada masa sekarang ini sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak yang mana Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah pun dimaklumkan mengenai berita ini.
Pastinya berita jawatan kosong kakitangan awam dibekukan memberikan tamparan terutamanya puluhan ribu graduan muda kita yang terus tercari-cari peluang kerja dan menunggu dengan penuh harapan di sektor awam.
  • Jawatan kosong SPA 2015 kakitangan kerajaan bagi iklan sebelum 22 April 2015 tidak akan dibatalkan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengatakan Jawatan kosong penjawat awam yang “kritikal” yang sangat diperlukan dalam sektor awam tidak terkesan dengan dasar baru ini
Bagi pemerhatian Berita Semasa, jikalau di kilang-kilang selalunya yang akan di cantas adalah pekerja-pekerja senior yang bergaji tinggi dan kakitangan yang culas terlebih dahulu jika ada rancangan kearah pengurangan kos pembayaran gaji, kemudian akan diambil pekerja-pekerja baru pula yang muda belia lepasan universiti dengan beberapa tahun pengalaman sebagai ganti .
Dengan cara ini biasanya, ia dapat menjimatkan pembayaran gaji dengan banyak, dan pekerja baru selalunya akan kerja kuat untuk dapat naik pangkat sekaligus meningkatkan persaingan dikalangan kakitangan, maka akhirnya boleh tambah produktiviti.
Malangnya, di sektor kerajaan belum kedengaran lagi usaha tegas untuk mengurangkan bilangan penjawat awam terutamanya kelompok penjawat awam yang senior yang pemalas, tidak produktif dan suka curi tulang yang akhirnya pontensi pekerja muda belia diketepikan peluang mereka untuk masuk ke sektor awam.

Cadangan Berita Semasa : Jawatan Kosong SPA 2015 Kena Beku VS ……?

Sepatutnya, yang patut dicantas dahulu adalah seperti di bawah ini :
  • SPV yang hidup segan mati tidak mahu, dan menghabiskan dana yang diterima dengan buat program-program yang mengarut bagi memastikan mereka terus mendapat dana dari kerajaan
  • Yang tiada payung besar macam MIMOS, MDEC, MTDC, NCER, ECER dan belambak-lambak lagi itu akan meraban-raban mencari sumber dana
    Sekarang ini PEMANDU dilihat glamor dan popular disebabkan dihubungkan terus dengan Perdana Menteri Malaysia (Sepertimana MDEC dahulu). Kerja setaraf kakitangan kerajaan tetapi gaji swasta
  • Nanti apabila dapat Perdana Menteri baru, PEMANDU baru tahu langit tinggi ke rendah. Menjadi buangan disebabkan dasar Perdana Menteri yang baru. Contohnya kena campak di mana-mana kementeria.
  • MDEC dahulu bawah JPM, kemudian kena campak under MOSTI terus hilang gah.
  • Kebanyakan peranan SPV ini ada di kementerian atau jabatan, tetapi Perdana Menteri Malaysia kita dilihat suka bebenar untuk wujudkan SPV. Kononnya apabila diswastakan lagi efisen dan efektif. Produktifkah mereka ini? Ermmmm….
  • Lagi teruk, dikalangan SPVs pun ada role yang bertindih
  • Lebih elok jikalau EPU buat kajian melibatkan semua SPV di Malaysia. Apa sahaja tugas dan tanggungjawab mereka tidak menentu atau digabungkan sahaja. Macam PEMANDU itu tidak perlu pun tidak mengapa. EPU & ICU sudah cukup. Untuk apa PEMANDU kacau kerja mereka?
Apa respon anda pula mengenai berita jawatan kosong SPA 2015 selepas ini dibekukan?
beritasemasa.com

Tiada ulasan: