SPECIAL ADS

8 Mei 2015

Abim: Apa Tabung Haji mahu rahsiakan?


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempertikaikan tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran dokumen berkaitan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

NGO Islam itu berkata, tindakan itu, menggambarkan seolah-olah ada perkara sulit yang mahu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

“Tindakan ini serupa dengan tindakan National Feedlot Corp yang mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan kepada umum, kata Presiden ABIM Amidi Abd Manan (kiri).

Dalam kenyataannya hari ini, Amidi berkata Tabung Haji sepatutnya mengambil kesempatan untuk memberi penerangan untuk mengembalikan keyakinan pendeposit.

“ABIM yakin jika ketelusan dan kejujuran menjadi paksi pengurusan keberkatan akan menyusul,” katanya lagi.

Sebuah blog Thebenchmark0 bertarikh 5 Mei mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang tanah TRX, sebuah projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Blog itu mendakwa, ia dibeli dengan harga RM194 juta (RM2,860 sekaki persegi) RM578 juta (RM3,900 sekaki persegi) sedangkan 1MDB didakwa mendapatkannya hanya dengan kos RM90 sekaki persegi.

Sebagai reaksi, Tabung Haji dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga itu selain berkata The Benchmark0 memanipulasi fakta pelaburannya yang mengikut peraturan dan mendapat kelulusan betul serta teratur.

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa. MK

Tiada ulasan: