SPECIAL ADS

17 Mei 2015

Najib terlantik ramai pemimpin kaki bodek?



Dalam menghadapi serangan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, masih ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib Datuk Seri Seri Najib akhirnya? 

Apakah beliau mampu meloloskan diri daripada cabaran paling getir dalam karier politiknya ini dan terus kekal sebagai Perdana Menteri atau bakal menjadi mangsa sepertimana nasib Tun Abdullah Badawi juga?  

Bagi pihak yang berkepentingan, satu demi satu mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Daripada MT UMNO, menteri, kepimpinan peringkat negeri, bahagian, orang pencen, NGO dan sebagainya - semuanya tampil meyakinkan Datuk Seri Najib untuk terus menerajui negara sambil menyelesaikan apa juga isu yang berbangkit, khususnya mengenai 1MDB.  

Tetapi dalam sekian banyak sokongan itu, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, barangkali paling luar biasa dan "ummphhh" sekali.  

Dalam mempertahankan daripada tekanan berundur atau meletakkan jawatan, beliau berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib turut dipandang tinggi di peringkat antarabangsa, termasuk oleh Presiden AS Barack Obama. "Kita di peringkat antarabangsa, dunia mengenali kita. Dunia mengiktiraf kepimpinan kita iaitu Datuk Seri Najib sama ada kita suka atau tidak. 

"Obama mempunyai pandangan yang tinggi terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib. Malah juga Presiden China dan Vladimir Putin dari Russia. Ini semua pemimpin dunia, mereka mengiktiraf kita kerana apa yang kita lakukan selari dengan apa yang rakyat mahu," katanya lagi.  

Kalau Datuk Seri Najib seorang yang "makan bodek", tentunya pujian ini yang paling menggembirakannya dan membuatkan hatinya berbunga-bunga. Pujian ini sudah bertaraf "international" sifatnya. Dalam hatinya mungkin berkata, woww!  

Jika pemimpin lain hanya mengatakan Datuk Seri Najib perlu diberi masa menyelesaikan isu-isu yang melanda negara sambil yang lain pula mencabar Tun Mahathir bertanding di Pekan atau dalam pemilihan UMNO yang akan datang daripada berterusan mengkritik secara terbuka,mDatuk Seri Hasan ternyata lebih luar biasa jalur pemikirannnya.  

Beliau, malah mengangkat Datuk Seri Najib sehingga ke bintang kejora dengan Barack Obama, Vladimir Putin dan Xi Jinping juga mengkaguminya. Dalam erti kata lain,  ini bermakna kalau sudah pemimpin utama dunia mengiktiraf Najib, maka tiada sebab lagi untuk kita menyingkirkannya.  

Barangkali juga Datuk Seri Hasan mahu kita "pejam mata" terhadap isu hutang dan pelaburan 1MDB, menelan kemewahan dan pemborosan Datin Seri Rosmah, tersenyum dengan peningkatan hutang negara, mengabaikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bersikap "tidak apa" saja dengan segala macam masalah lainnya dalam negara ketika ini. 

Jika hujah menteri ini diterima, maka sentiasa benarlah kata-katanya sebelum ini iaitu "kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam", "bersyukurlah dengan kenaikan harga minyak", "rakyat menerima dengan baik kenaikan harga barang kerana rungutan diterima kementerian semakin berkurangan" dan pelbagi kenyataannya yang lain sebelum ini.  

Dalam kempen pilihanraya Rompin baru-baru ini, Datuk Seri Hasan telah ditempelak sebagai telah mengeluarkan "kenyataan bodoh"  oleh calon BN, Datuk Hasan Ariffin apabila beliau mengatakan pengundi kawasan itu sudah boleh menerima baik perlaksanaan cukai Gst oleh kerajaan.  

Dalam pilihanraya kecil Rompin itu, walaupun BN berjaya mengekalkan kerusinya, tetapi undi yang diterima jelas berkurangan kira-kira 41 peratus berbanding pilihanraya umum lalu di samping beberapa kawasan Felda juga sudah mengalih sokongannya.  

Relevankah pujian bertaraf "antarabangsa" ini dalam membantu Perdana Menteri menyelamatkan diri daripada kerusinya yang semakin bergoyang? Termakankan rakyat dan penentang-penentang yang mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib dengan hujah Datuk Seri Hasan itu?  

Ahhh...yang pastinya pujian itu mungkin paling berjaya mengekalkan lagi kedudukan Datuk Seri Hasan sebagai menteri di sebalik desas-desus makin bertiup kencang bahawa rombakan kabinet akan diadakan tidak lama lagi.

http://mountdweller.blogspot.com/

Tiada ulasan: