SPECIAL ADS

17 Mei 2015

Najib dicabar debat Dr M untuk bersih tuduhan berbohong



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak digesa menerima cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat bagi membersihkan dirinya daripada tuduhan 'selalu bohong'.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kewajaran menerima cabaran debat itu membolehkan Najib membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah berhubung isu peletakan jawatan speaker Dewan Rakyat.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyifatkan tuduhan bekas perdana menteri itu sebagai "satu tuduhan yang berat bagi seorang perdana menteri".

"Oleh itu, wajarlah Najib berdebat dengan Dr Mahathir apabila bekas Perdana Menteri itu sudah menyatakan kesudiannya dan menuduh beliau 'tak pernah cakap betul, selalu bohong'.

"Ini adalah peluang Najib untuk membuktikan bahawa siapa sebenarnya yang berbohong antara beliau dan Dr Mahathir terutamanya apabila bekas bosnya baru sahaja terbukti silap mengenai perletakan jawatan Speaker Parlimen," katanya.

Tuan Ibrahim merujuk pengumuman Dr Mahathir semalam bahawa Pandikar telah memaklumkan kepadanya untukmeletakkan jawatan sebagai speaker.

Bagaimanapun Pandikar kemudiannya menafikan perkara itu dan menegaskan meneruskan tugas mempengerusikan persidangan mesyuarat Dewan Rakyat Isnin ini.

Dr Mahathir turut memberitahu bahawa Najib melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan dalam ucapannya di Ipoh semalam sekaligus mencabar Najib untuk berdebat atas apa jua isu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata debat itu perlu selepas Najib dilapor berkata hutang RM42 bilion firma pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad itu tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar.

"Jika benar apa yang dikatakan Najib, maka ini adalah satu pengakuan bahawa 1MDB sudah habis menggunakan RM42 bilion yang dipinjamnya, dan sekarang terpaksa bergantung pada pembangunan TRX dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutangnya. MK

"Bukankah ini satu bola tanggung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkata bahawa dakwaannya mengenai 1MDB benar selama ini? soal Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan: