SPECIAL ADS

11 Mei 2015

Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek?

Berita 1MDB
Berita Terkini Skandal 1MDB Menang Tender Projek 3B RM11 Bilion. YTL, Malakoof, TNB Kalah. Akhirnya TNB Ambil Alih Projek? : Dalam isu 1MDB tertanya-tanya berbelas mufti yang kita ada di Malaysia, di mana mereka sekarang ini dan tokoh agam yang rajin tampil ke hadapan untuk isu-isu lain? Hanya tampak kelibat Mufti Perlis sahaja yang berani tampil bersuara.
Pelik. Sedar atau buat-buat sardin tidak sedar? Ermm….
Belum sejuk skandal Tabung Haji dan IMDB, keluar pula skandal TNB dan 1MDB. Nah…sekarang cerita dan isu semasa melibatkan 1MDB bukan sahaja berlegar dengan syarikat GLC seperti Tabung Haji dan KWAP tetapi mereka sudah bersedia menukarkan servis permainan mereka dalam lapangan pengurusan projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Ya…hanya di Malaysia. Di katakan open tender :

Berita Terkini Skandal 1MDB : Kronologi Tender Projek Loji Kuasa Arang Batu 2,000 Megawatt (3B)

  • TNB dan 1MDB bersaing sesama sendiri untuk dapatkan projek tender
  • Beberapa syarikat tenaga seperti YTL, dan Malakof turut bis projek tersebut
  • 1MDB berjaya mendapat projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B
  • Terkini, 1MDB berikan projek tersebut kepada TNB (syarikat yang kalah sebelum ini)
  • Permainan dan drama yang cuba kerajaan tunjukkan kepada rakyat Malaysia sekarang ini?
  • Yang menang tidak mampu urus projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt (Projek 3B)
    macam mana boleh menang tender “in the first place”
  • Open tender? Kalau syarikat pelaburan milik kerajaan (1MDB) serah bulat-bukat kepada TNB walaupun TNB kalah bidaan?
  • Hebat 1MDB buat duit. Mahu jadi syarikat alibaba agaknya. Dapat projek, sub kepada TNB. Tidak payah buat kerja, untung atas angin. Samalah dengan isu Tabung haji Untung atas angin sahaja.
  • Ermmm….
P/S : Berapa banyak lagi drama putar belit oleh kerajaan Malaysia melibatkan syarikat 1MDB ini perlu dipertontonkan kepada rakyat Malaysia?
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: