18 Dis : Keluarnya hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa kalau tak suka jalan bertol, gunakanlah jalan biasa, tidak jauh maksud dan standardnya dengan ungkapan beberapa menteri sebelum ini.
Ini seperti, ‘kalau ayam mahal, janganlah makan ayam’; ‘kalau sayur mahal, tanamlah di belakang rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pilihanraya, pindahlah dalam hutan’; ‘kalau rumah mahal, jangan beli rumah’; ‘kalau tak setuju sistem pendidikan, belajarlah di negara lain’ dan beberapa yang lain.
Bagi blogger Shahbudin Husin, semuanya itu adalah ungkapan "cap ayam" daripada menteri yang berlogo "ayam ayam" juga.
Menurutnya, amatlah malang, Wahid yang cemerlang ketika menjadi CEO Telekom dan Maybank, akhirnya turut termasuk dalam kelompok yang sama sebaik bercampur dan bergaul dengan mereka itu.
“Apakah mereka yang mentadbir kerajaan ini lupa bahawa sokongan rakyat kepada mereka sebenarnya hanyalah 47 peratus dan dengan kelebihan 23 kerusi saja?” tanya beliau menerusi tulisan di dalam blognya. HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan