08 Nov : Saya hendak ketawa mendengar ucapan penutup Dato Najib. Dia kata Umno mesti adapt. Hah? Umno nak jadi parti masa depan bukan parti ditelan masa, kata Presiden Umno itu.
Saya sudah dahulu bercakap mengenai perkara ini. Najib baru hendak cakap. Kerana itulah saya sudah kata lama dahulu – if Najib can become PM, anyone else can.
Persoalan yang lebih penting ialah bolehkah kita percaya pengucapan Najib? Bezanya, saya berdoa agar Umno jangan adapt - biarkan ia dengan faham ektremismenya. Amat baik sekali jika idea-idea Zul Nordin diserapkan dalam prinsip Umno.
Tapi bolehkah kita percaya cakap Najib? Saya ada pengalaman lansung dengan dia, maka boleh saya kata secara beralas – cakap lain, perlaksanaannya lain. Faham-fahamlah apa maksudnya ini.
Bagaimana Umno hendak adapt? Kecuali Najib pekak telinganya. Ada perwakilan kata tidak mengapa jika orang kata Umno rasis sebab memang Umno itu rasis; ada perwakilan kata ekuiti Melayu mesti 67% sedang orang Melayu tulen hanya 51% agaknya.
Ada perwakilan kata biar kita wujudkan jutawan Melayu supaya Islam terjaga. Ini saya tidak faham. Bagaimana kejutawanan seseorang dapat membangunkan Islam.
Yang nanti akan jadi jutawawan itu Melayu mana? Zaman DEB dulu kerajaan Umno beri RM54 blllion kepada dato, tan sri, dato sri – semua pembelot-pembelot ini jual hendak kaya. Sekarang ekuiti Melayu tinggal RM2 billion. Jadi mengapa kita nak ulang strategi salah?
Ada perwakilan kata haramkan Syiah sehingga Wak Jahid beri kebenaran untuk menangkap Mat Sabu. Kita cabar kerajaan Umno keluarkan fatwa bahawa Syiah itu kafir. Isytihar Syiah bukan Islam. Kemudian kita cabar kerajaan Umno putuskan hubungan diplomatik dengan semua negara Islam yang Syiah. Tangkap semua orang Iran di Malaysia sumbat mereka dalam lokap.
Najib tidak dengarkah jeritan dan pekikan ini semua? Bab Najib nak puji isteri dia – itu saya tak campur, walaupun dia tahu ramai ahli Umno dan pemimpin Umno meluat tengok dan dengar Rosmah Mansor. Najib puji isteri dia, itu hal dia.
Tapi ucapan presiden semasa mula persidangan dan ucapan pengulungan, tidak bemaya. Ini menzahirkan kekosongan Najib sebagai pemimpin Umno. Syukurlah Umno itu tidaklah mewakili semua Melayu.
Tapi ucapan presiden semasa mula persidangan dan ucapan pengulungan, tidak bemaya. Ini menzahirkan kekosongan Najib sebagai pemimpin Umno. Syukurlah Umno itu tidaklah mewakili semua Melayu.
Maka jika orang tanya saya, saya akan kata Najib hanya omong-omong kosong. Kenapa saya cakap demikian? Sebab dia tidak ada keberanian moral untuk menyangah dan membetulkan cakap-cakap ekstrim semasa PAU.
Mana ada Najib bercakap mengenai kaedah menyelesaikan jurang antara Melayu kaya dengan Melayu miskin? 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,600.40% Melayu terbawah pendapatan bulanan mereka RM1500.
Lapan juta orang Melayu layak menerima BR1M mengesahkan seramai itulah Melayu miskin. Malah dengan tidak menyentuh perkara ini, Najib sebetulnya bersetuju dengan program mengayakan segelintir Melayu terpilih.
Mana ada Najib bercakap mengenai rekonsiliasi kerana mustahil dia tidak faham bahawa negara kita tidak boleh maju kehadapan tanpa penyatuan semua bangsa Malaysia. Mana ada Najib cakap mengenai perlunya keterbukaan bila ada orang cakap isytihar Sunni sebagai Islam sah di Malaysia? Ada Najib berani mengisytiharkan yang Syiah itu agama bukan Islam?
Ada Najib berhentikan cakap-cakap persecution ke atas mereka yang mempunyai citarasa seksual yang berbeza sedangkan kita sudah ada undang-undang mencegah perkara demikian? Kenapa dia tidak beritahu mamat Umno? Hoi – kita dah ada undang-undang.
Ia sudahpun diharamkan. Cakap oleh mamat Umno hanya ada satu tujuan – yakni menghala kepada Anwar Ibrahim.
Ada Najib berani membetulkan keangkuhan Zahid Hamidi yang mahu menggunakan kuasa menangkap Mat Sabu? Apa yang Mat Sabu sudah lakukan?
Maka, pembaca yang budiman, jangan kita melopong mulut dengar madah Najib. Itu semua omongan kosong.
Oleh : sakmongkol@blogspot.com
* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan