SPECIAL ADS

8 Disember 2013

Takut bini, bini yang menakutkan atau bini yang selalu menakut-nakutkan suami?

09 Dis : Tidak berapa lama dahulu ada rakan-rakan saya berjenaka semasa bersembang didalam satu majlis keramaian yang saya hadiri. Semasa itu isu bertemuan sulit diantara Najib dengan Anwar sedang heboh diperkatakan ramai. Ada seorang sahabat berkata Muhyiddin terasa dirinya tidak selamat lagi jika ada perundingan dan dilaksanakan keputusan perundingan itu. Dalam rundingan itu dikatakan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Anwar pula akan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Muhyidin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Kedua. Betul atau tidak persetujuan itu berlaku tidak siapa yang tahu kerana pertemuan itu diuruskan oleh Yusuf Kala, bekas Naib Presiden Indonesia.

Sahabat saya yang bersama saya berkata, “Muhyidin sekarang pun adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua kerana Timbalan Perdana Menteri Pertama ialah Najib Tun Razak. Perdana Menteri sebenarnya ialah Rosmah Mansor”. Semasa itu kami mengambilnya hanya sebagai jenaka dan tidak mengambilnya sebagai satu isu serius. Maklum sajalah politik di negara ini, sarat dengan spekulasi yang tidak menentu.

Tetapi Sabtu lepas jenaka diantara kami dimajlis keramaian itu sudah bukan jenaka lagi. Rakan yang berjenaka dengan kami dahulu itu menalifon dan berkata, “Ha bro, betui tak yang teman beritahu dulu? Najib sendiri ‘confirm’ kan yang isterinya sememangnya mempunyai keupayaan yang lebih dari Najib. Isterinya lebih hebat dari beliau sendiri. Ha…isterinya sememangnya bertaraf Perdana Menteri kemampuannya”.

Maksud rakan saya tadi ialah Najib sebenarnya adalah seperti Timbalan kepada Rosmah Mansor. Maka Muhyidin itu adalah Timbalan Perdana Menteri Kedua. Jika kita percaya dengan kata-kata Najib semasa ucapan penggulungan beliau sabtu lalu, sememangnya benar Rosmah itu adalah seperti ‘Perdana Menteri de facto’ kita. Itu lah sebabnya buat kali pertama kita mendengar Najib mengampu isterinya sendiri dihadapan khalayak ramai.

Najib pula disebaliknya ditakuti dan menjadi ampuan jemaah kabinet. Menteri-Menteri Besar serta Menteri seperti Shahidan Kassim yang mengampu Najib dan Rosmah sendiri. Maka benarlah Rosmah Mansor itu ‘Perdana Menteri de facto’ negara dan Timbalannya ialah Najib, suaminya yag pandai berucap bergegar itu.

Maka adalah elok dan molek jika Najib memberi laluan kepada isterinya untuk menjadi Perdana Menteri. “Let her become our real PM rather than acting like one” kata salah seorang sahabat saya yang selalu berhubung dengan saya.

Najib tercari-cari alasan untuk menutupi perlakuan isterinya, yang mengambil kesempatan kepada kuasa PM yang ada kepada suaminya. Di dunia ini sebenarnya ramai wanita yang menjadi isteri Perdana Menteri tetapi tidaklah dikempenkan oleh suami mereka untuk isteri mereka dalam apa-apa hal pun.

Tidak ada siapa yang mengenali isteri Lee Kuan Yew, pemimpin ternama dirantau ini. Isterinya hanya dikenali semasa beliau meninggal dunia, tetapi setelah beberapa lama beliau meninggal dunia orang ramai kembali lupa kepada nama beliau sehingga hari ini.

Tetapi disini berlainan keadaannya. Isteri Perdana Menteri kita hidup ‘glamour’ tidak tentu diarah, seolah-olah negara ini beliau sahaja yang punya. Kerana menyelamatkan seorang pelajar dan menguruskan membawa pulang pelajar-pelajar kita pulang ke Malaysia itu, isteri PM kita dibolehkan membelanjakan wang negara sesuka hatinya.

Tetapi kita hendak beritahu Najib, yang bukan sahaja beliau yang sayangkan atau takut isteri ini. Ramai yang lain begitu juga. Mungkin jika ada perbezaan sedikit, yang lain itu bukannya takut isteri sangat, tetapi isteri mereka selalu menakut-nakutkan mereka.Tetapi apakan daya, kita mempunyai slogan ‘Malaysia Boleh’.

Semuanya boleh, selain dari menggugurkan jawatan seorang Perdana Menteri nya. ‘Nasib kaulah jang!’.

Oleh: Aspan Alias

Tiada ulasan: