16 Dis : Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pembelian syarikat Kanada, Progress Energy Resources Corporation, berjumlah RM15.8 bilion oleh Petronas kerana terlalu berisiko untuk kerugian besar.
Petronas membeli syarikat itu antara lain untuk menguasai rizab gas asli dari batuan (shale gas) di kawasan British Columbia, Kanada.
Rafizi (kanan) yang pernah berkhidmat untuk Petronas berkata, kebimbangan itu ekoran kerugian demi kerugian pelbagai syarikat akibat pelaburan dalam rezab gas asli dari batuan semasa rundingan pembelian oleh Petronas.
Sebagai contoh, katanya syarikat gas asli terbesar Kanada, Encana Corporation rugi C$1.7 bilion (RM5.2 bilion) akibat pelaburannya pada Julai 2012.
Manakala syarikat British BG Group pula rugi AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) dalam bulan sama.
Keadaan itu, menurutnya, memaksa Encana dan BG melupuskan nilai pelaburannya dalam bidang itu.
Manakala pada tahun lalu juga, syarikat Australia, BHP pula rugi AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion) apabila pelaburannya dalam bidang itu merudum sepanjang tahun itu.
"Kerugian-kerugian yang dihadapi oleh Encana, BG Group dan BHP diketahui umum dan berlaku sekitar bulan-bulan Petronas merundingkan pembelian dari Progress Energy itu.
"Secara logiknya, PETRONAS wajar lebih berhati-hati memasuki industri yang sedang mengalami kerugian besar," kata beliau.
Kenapa pengawasan PM saja?
Rafizi juga berkata, pelaburan RM Petronas juga pelaburan terbesar yang pernah dibuat dalam satu urus niaga oleh gergasi petroleum negara itu.
Juseru, beliau beranggapan, tidak logik Petronas beriya-iya menyertai pelaburan gas asli batuan dengan melibatkan pelaburan besar ketika syarikat lain rugi dan ketika harga jualan merudum dan tidak stabil.
Rafizi mencadangkan penubuhan badan pengawasan lebih kukuh untuk mengawal pelaburan besar Petronas dan bukannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semata.
"Oleh sebab itu, wajarlah Petronas dan perdana menteri melaporkan secepat mungkin kepada rakyat kedudukan sebenar pelaburan berjumlah RM15.8 bilion itu," kata beliau. MK

Tiada ulasan:
Catat Ulasan