SPECIAL ADS

15 Disember 2013

Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah

15 Dis : Yang sempat saya baca ada dua pengamal undang-undang (peguam) memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggap memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah.  Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno.
Seorang daripadanya, Dr Zulqarnain Lukman, peguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis PAS. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
Zulqarnain memberi pandangan daripada sudut prosedur perundangan berpandukan kepada kes lalu berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu.
Beliau mengambil contoh macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Dr Mahathir menuduh bekas TPM itu peliwat, ia dengan mudah ditolak mahkamah. Alasan yang diambil oleh mahkamah apa yang Dr Mahathir kata itu sebagai termasuk dalam rukun, komen berpatutan (fair comment), atau kepentingan bersyarat (qualified privilege), kepentingan mutlak (absolute privilage) atau justifikasi (justification). Zulqarnain tidak menyebut kemungkinan mahkamah tolak kerana pengaruh dan kedudukan Dr Mahathir?
Berdasarkan apa dilalui Anwar itu, Zulqarnain mengingatkan Mohamad Sabu agar tidak mudah mengambil tindakan mahkamah. Sebaliknya apa yang disarankan ialah Mohamad terlebih dahulu menyelesaikan kes itu dengan membiarkan KDN atau kerajaan negeri mendakwanya atas kesalahan disebut Zahid itu.  KSU Kementerian Dalam Negeri, segeralah saman Mohamad Sabu sebab anda  mendedahkan 10 bukti Mohamad Sabu sebagai Syiah? Sila... sila...
Dalam kata lain menurut Zulqarnain, Mohamad harus mendapat kata putus mengenai kedudukannya daripada segi perundangan atau tafsiran agama mengenai Syiah baru membuat tindakan ke atas Zahid.
Sesudah mahkamah menentukan di mana (jikalau) Mohamad didapati bukan seorang penganut ajaran Syiah seperti dituduh Zahid barulah saman boleh dikemukakan terhadap Zahid. Bagaimanapun beliau menyebut soal Syiah ini bukan mudah untuk ditetapkan oleh mahkamah. Cara itu bagi Zulqarnain lebih kemas dan tuntas.
Kalau berdasarkan kepada pandangan Zulqarnain yang bersifat akademik dan rasional itu seharusnya sebelum menteri "badigo' itu membuat tuduhan ke atas Mohamad Sabu beliau (Zahid) patut meminta KDN atau mana-mana kerajaan negeri mendakwa Mohamad Sabu dan biar mahkamah menentukan apakah timbalan presiden PAS itu Syiah atau tidak. Tidak beliau yang membuat tuduhan dahulu kemudian baru meminta bukti. Amalan dan stail demikian bukan sejajar dengan syariah Islam.
Buruk dan jelek sangat orang yang dikatakan mendapat pendidikan agama, mampu hafal dua tiga kerat ayat Al-Quran tergamak membuat tuduhan membuta tuli dan emosi. Orang seperti inilah yang dikatakan kail sejengkal tetapi lautan dalam hendak diduga. Mengaji belum khatam tetapi sudah mengembara jauh untuk menjadi guru?
Pandangan Zulqarnain itu lebih adil dan munasabah daripada pandangan Zaid Ibrahim. Zaid lebih tegas dan jelas katanya tidak ada guna Mohamad Sabu membuang masa dengan melayani karenah politik kayu Zahid Hamidi. Apa yang penting bagi Mohamad kepada Zaid, Mohamad Sabu harus menentang Zahid Hamidi dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.
Menurut pandangan Zaid, saman itu tidak memberi kesan kepada Zahid sebalik ia boleh mencalarkan imej Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS. Sesungguhnya martabat Mohamad Sabu dalam politik jauh lebih tinggi daripada Zahid yang hanya menjadi penyanyi lagu tiga kupang dalam Umno untuk mendodoikan Rosmah Mansor dengan kedudukan sebagai naib presiden saja.
Menurut Zaid, sebaliknya Zahid lebih takut kepada Mohamad untuk berdepan dalam pilihan raya umum ke-14. Mungkin juga, sebab itulah Zahid beriya mahu membunuh karektor dan kepimpinan Mohamad.
Mungkin pandangan Zaid itu berpandukan amalan dan sejarah perundangan di negara ini. Mungkin juga dia melihat apa berlaku kepada Anwar bila berdepan dengan Dr Mahathir di mahkamah. Dalam keadaan mahkamah boleh dibeli, dirunding ... tidak mudah untuk Mohamad menang. Dan sebagai bekas peguam Umno dan menteri Umno, Zahid tahu apa yang ada dalam kotak simpanan Umno.
Kedua-dua pandangan peguam itu boleh ditimbang terima oleh Mohamad. Kedua-dua pandangan itu munasabah dan postif. Tetapi apa yang perlu dilakukan sama ada menerusi saluran apa, dan bagaimana Mohamad harus mengajar Zahid secukup-cukupnya. Kedudukan dia sebagai menteri KDN bukan lesen atau jaminan untuk dia kebal selama-lamanya. Perwatakan baiknya, mudah mesra bukan ufti untuk tidak menyerang dan membalas serangannya.  Jahat harus dilawan dengan jahat.
Yang pentingnya Zahidi harus diajar sama ada di mahkamah atau pun di dalam politik. Orang seperti  Zahid tidak boleh dibiarkan dan dimaafi lagi. Perbuatan, tingkah lakunya sudah cukup untuk mengenali siapa dia sosok ini dan banyak kenyataan dan aksinya mencederakan keharmonian orang Melayu.
Bencana besar yang dilakukan oleh orang ini ialah menghancurkan kerjaya dan masa depan Anwar. Anwar tidak akan musnah awal kalau bukan kerana nafsu besar Zahid dan koncunya. Siapa yang mula mengkritik dengan biadab Dr Mahathir dalam perhimpunan agung kalau bukan Zahid?
Sifat oportunisnya dan suka mencari batas di antara dua lautan demi hidup meletakkan dia bukan seorang pemimpin yang boleh diharapkan. Orang sifat begini ia boleh menjual bukan saja bangsa tetapi negara juga. Dia lebih mementingkan dirinya sendiri.
Ada individu tertentu mengharapkan Zahid menjadi tokoh menyatukan orang Melayu, Umno - PAS. Mereka ini mempercayai Zahid akan menjadi penyelamat. Penyelamat apa? Apa yang boleh diharap kepada orang talam dua muka.
Kepercayaan itu diletak atas dasar hubungan peribadi mereka dengan Zahid. Namun matemetika politik Zahid tidak boleh diyakini dia akan muncul seperti mana diharapkan. Cara politik Zahid yang menggunakan PR sebagai modal dan aset tidak boleh dipakai dan dipercayai. Beberapa peristiwa masa lalu mengenalkan kita siapa Zahid kepada kita.
Di sinilah  ada kebenarannya kenapa Dr Mahathir menjerat orang ini selama masa menjadi ketua pemuda Umno dahulu. Apa yang Dr Mahathir nampak orang ini adalah talam dua muka, mempunyai dua ketua pada satu masa. Ibarat mempunyai dua isteri satu di zahir dan satu lagi disembunyikan. Sifat-sifat ini juga sebahagian besar Pemuda yang bersamanya dulu dalam Gerak Bakti Pemuda Umno menyumpah dan akan menjebeh bila disebut Zahid bakal menjadi PM ke lapan? Porahhh.... sumpah seorang yang dahulu menganggap Zahid adalah pemimpin dan heronya.
Masalah Zahid kini berdepan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia tahu yang Muhyiddin tidak akan mudah dipujuk dan jinak seperti Najib menerusi isterinya Rosmah. Kontau politik Zahid sudah diarifi oleh Muhyiddin. Jadi kerana merasa gerun dan mnelihat masa depannya gelap ini maka Zahid terpaksa mencipta isu yang dikira meletakkan dirinya lebih hebat daripada Muhyiddin setidak-tidaknya daripada aspek agama.
Zahid suka kalau dia dikatakan tokoh berkeperibadian agama di dalam Umno. Tetapi pada masa sama dia tidak suka kalau ada yang mendempetkan beliau dengan sekolah agama Izuddin Shah kemudian Kolej Islam Klang. Sebab itu dia berusaha mendapat 'doktor' untuk menjunjung dirinya sebagai seorang ahli politik profesional. 
Oleh :  msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: