SPECIAL ADS

9 Disember 2013

FGVH Kian meruncing?


Mazlan Aliman,

Saya telah menerima satu surat pekeliling yang ditandatangani oleh Ismail Hasan, Ketua Perladangan Malaysia FGVH bertarikh 18 Julai 2013.

Ia menyusuli kedudukan kewangan FGVH yang agak meruncing. Maka antara arahan yang dikeluarkan ialah:-

1. Pengurangan kos senggaraan
2. Pengurangan kos kerja lebih masa
3. Pengurangan kos bahan bakar serta lain2 kos operasi.p

Keuntungan bersih FGVH pula merudum 89 peratus kepada RM22.9 Juta bagi suku tahun ketiga berakhir 30 sept 2013 berbanding RM207.71 Juta tahun lalu.

Prestasi FGVH dalam sembilan bulan terakhir tahun ini dianggap lemah dan keuntungan terkumpul merosot 18 peratus.

Apa akan jadi pada peneroka di masa hadapan?

Tiada ulasan: