Taikun Desmond Lim Beli Tanah Kerajaan Sebelah Pavilion RM7,000 Sekaki, 1MDB Beli Tanah TRX RM60 Sekaki dan Tanah Sungai Besi RM90 Sekaki! : Baru ini Mahathir Mohamad telah melakukan perjumpaan dalam satu majlis penerangan kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar penjelasannya, mengapa beliau bertindak hari demi hari memberikan desakan supaya Datuk Seri Najib letak jawatan di sebuah dewan di Hulu Kelang, Selangor.
Terdapat beberapa sebab-sebab yang digariskan oleh Dr mahathir Mohamad disebalik desakan supaya Najib Razak letak jawatan sebagai perdana Mneteri Malaysia :
- Walaupun, 1MDB beli stesen janakuasa bebas pada harga mahal (lebih daripada harga pasaran), Mahathir masih boleh tutup mata lagi
- Walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak mahu teruskan projek jambatan bengkok Malaysia – Singapore, Mahathir boleh tutup mata lagi
- Walaupun Najib Razak tidak meneruskan projek kereta api berkembar dari Johor ke Padang Besar dengan kos sejumlah RM14 bilion, Walaupun akhirnya projek itu diteruskan dengan kos yang lebih besar (sekali ganda) untuk laluan Ipoh ke Padang Besar pada nilai RM12 bilion, Mahathir masih boleh pejamkan mata lagi
- Tetapi….tetapi Mahathir Mohamad sudah tiba masa untuk beliau bangun bagi memperbetulkan keadaan demi negara walaupun Najib Razak adalah figura yang beliau pernah angkat sehingga menjadikan Najib Razak Menteri Besar Pahang pada usia yang cukup muda (27 tahun) dan Perdana Menteri pada masa sekarang ini atas nama balas jasa dan balas budi Mahathir kepada role model Mahathir dahulu iaitu Tun razak (bapa najib razak).
Lebih-lebih melihatkan perbelanjaan yang terlampau banyak dana negara secara terkawal dan berhemah, Mahathir Mohamad mula merasa tidak senang duduk.
Punca Utama Najib Razak Patut Letak Jawatan Segera
- Ditambah pula, tindakan 1MDB yang beli tanah kerajaan Malaysia pada harga yang cukup-cukup murah di kawasan yang cukup bernilai tinggi. Tanah bagi pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) ini ia berdekatan dengan Pavilion.
- Tanah sebelah Pavilion Tan Sri Desmond Lim beli tanah dengan nilai harga RM7,000 satu kaki.
1MDB pula beli tanah TRX dengan harga RM60 satu kaki. Patutkah?- Beginikah cara kerajaan Malaysia uruskan tanah-tanah kerajaan?
- Tidak cukup lagi, tanah lapangan Sungai Besi 1MDB beli hanya serendah RM90 satu kaki sedangkan berdasarkan nilai pasaran Mahathir mengatakan harga tanah lapangan Sungai Besi 1MDB itu mencecahah antara RM2,000 – RM3,000 satu kaki
- Hutang 1MDB dengan hanya syarikat bermodal hanya RM1 juta tetapi hutang 1MDB sudah pun melonjak RM42 bilion (bermakna 42,000 kali ganda berbanding modal yang 1MDB ada)
Kemudian 1MDB mendabik dada, mengatakan aset meraka semakin besar.
- Memanglah dah kamu beli tanah kerajaan pada harga murah
- Tetapi yang rugi siapa? Kerajaan Malaysia. Kita rugi. Ermmm….
- Ini kerana tanah yang cukup-cukup bernilai tinggi kerajaan Malaysia boleh jual murah-murah kepada 1MDB
1MDB modal RM1 juta boleh hutang sehingga RM42 bilion kemudian beli tanah kerajaan harga yang sangat murah. Ditambah dengan 1MDB tidak bercakap benar dan berputar belit ketika beri kenyataan ke mana dan di mana wang yang sebegitu banyak itu sekarang. (bernilai berbelas-belas bilion ringgit)
Nah…..ini yang Mahathir Mohamad bangun tentang habis-habisan keadaan seperti ini dan tuntut duit itu semula. Sebelum ia bertambah teruk.
P/S : Akhir sekali Mahathir Mohamad sekali lagi merayu dan berharap Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Cukuplah!
PP/S :Dengan nada kesal, Mahathir Mohamad mohon maaf kepada idolanya, arwah Tun Razak di mana anaknya Najib razak patut letak jawatan. Mahathir menegaskan sekali lagi jika Najib Razak terus pimpin Malaysia, Barisan Nasional (BN) akan kalah Pilihanraya Umum ke 14 kelak.
PPP/S : Demi kebaikan Najib Razak, dan kebaikan rakyat, Mahathir sekali lagi memberikan peringatan kepada Najib Razak lebih baik berhenti sekarang daripada hilang jawatan pada ketika Barisan nasional tumbang pada Pilihanraya Umum ke 14 kelak. Mahathir khuatir jikalau pembangkang menang PRU14, mereka akan cungkil dan korek dan gali segala kekotoran akan didedahkan sekaligus tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang berkaitan, pada ketika itu Mahathir mengambil berat nasib Najib Razak pada masa itu. Akhirkata Mahathir, lebih baik Najib Razak letak jawatan sekarang.
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan