SPECIAL ADS

14 April 2015

Teguran saya demi negara-Tun M

MASALAH MAHATHIR
PETALING JAYA: Pendirian Tun Dr Mahathir tidak akan berganjak walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang berjumpanya.
Beliau menjelaskan, kemelut yang berlaku bukan membabitkan perkara peribadi sebaliknya, ia satu tindakan untuk membetulkan kesilapan.
“Ia amat sukar kepada saya untuk menyampaikan kata-kata yang menentang nya. Jawapannya mudah kerana..Ya saya yang terbabit menaikkannya Perdana Menteri dan dia anak Tun Razak” kata Dr Mahathir dalam temuramah yang disiarkan melalui blog http://www.dinturtle.blogspot.com
Katanya, bapa Najib adalah mentornya dan keadaan itu menjadikannya sukar untuk melawan anaknya.
Bagaimanapun teguran terpaksa dibuat apabila beliau melakukan kesilapan.
Seperti sebelum ini dalam temu ramah berkenaan, Dr Mahathir sekali lagi membangkitkan lagi isu mengenai hutang 1MDB yang mencecah RM42 billion yang didakwanya diletak di atas nama kerajaan dan tidak dimasukkan dalam bajet negara.
“There are too many wrong things done. Money dissapears… You borrow money off budget. Pasai apa kerajaan pinjam duit itu … pasai nak kena buat dalam bajet. Jadi …. ler ni keluar daripada bajet” soal Dr Mahathir.
Jelasnya, kesilapan yang dilakukan penggantinya menyebabkan cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju tidak kesampaian.
Menurut Dr Mahathir, tiada siapa dapat menafikan kemajuan yang dikecapi semasa beliau meneraju negara ini.
Bahkan apa yang dikecapi lebih cepat berbanding negara lain yang mendapat kemerdekaan yang sama dengan Malaysia.
“ Bukan nak katakan yang polisi saya yang terbaik, tetapi terdapat dasar yang lebih baik di zaman saya. Saya fikir awak tidak dapat nafikan negara ini membangun. Negara ini membangun lebih cepat berbanding negara lain yang dapat kemerdekaan. Pergi buat perbandingan”, kata Dr Mahathir dalam temuramah berkenaan. FMT

Tiada ulasan: