Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis. Menteri kata, 14% dan 57% Lebih Murah Daripada Harga Semasa! : Rakyat mendesak harga Pakej harga broadband Unifi, Celcom, Digi, Maxis di Malaysia disemak semula kerana pakej harga broadband yang ditawarkan kepada pengguna sangat membebankan.
Masakan tidak, melihatkan sahaja jiran terdekat kita Singapura pakej harga broadband mereka yang ditawarkan pada kelajuan 150Mpbs hanyalah RM119 sebulan sahaja, Malaysia? 5Mbps dengan pada harga RM 157.94 termasuk dengan cukai GST. Oh…..Berita Semasa itu negara maju dan negara terkaya di dunia. Janganlah bandingkan dengan negara kota Singa. Ok Baik….
Kita bandingkan pula dengan jiran di sebelah utara kita negara gajah putih Thailand iaitu di sekitar Narathiwat, patani dan Yala terletak di Selatan Thailand. Di fikiran anda pasti terbayang suasana yang kacau bilau dengan orang mati ditembak dan dibom bukan? Tetapi tahukah anda di sana kebanyakannya pakai IPTV dan internet berkelajuan tinggi (10mbps unlimited) pada kadar harga RM74 atau 650 Bhat sahaja.
Mengapa negara kita yang dicanang mahu menju ke negara maju, pakej harga broadband yang ditawarkan kepada rakyat marhaen begitu tinggi?
Selepas didesak berkali-kali akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima Menteri akhirnya mengumumkan pakej harga broadband Unifi, Celcom, Maxis, Digi kepada anda semua. Katanya inilah tawaran pakej harga broadband selepas Menteri berhempas pulas berbincang dengan taikun-taikun berkepentingan dalam industri telekomunikasi negara. Katanya…ada pengurangan….Mari kita semak bersama-sama…
Senarai Semakan Pakej Harga Broadband di Malaysia Streamyx, Celcom, Digi, Umobile, Maxis
- pakej mudah alih akan ditawarkan pada harga RM25 (data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G-HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar) – 14% lebih rendah daripada harga semasa
- RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB oleh Telekom Malaysia (TM) dan TIME dotCOM – 57% lebih rendah daripada harga semasa
1Mbps RM38 – Ini baru selayaknya tawaran pakej harga broadband untuk rakyat Malaysia! Harga sekarag sampai RM110, melampau! But wait, wait…wait! Harga turun tetapi ada quota pula? 1GB!??
Ermmm….rm38 1MBps saiz kuota 1GB, tidak sampai 3 hari sudah habis. Syarikat telekomunikasi menanti anda dengan penuh gembira untuk menerima tempahan topup bandwidth daripada mereka. Jerat sudah mengena.
Jikalau mobile ada quota Berita Semasa masih boleh menerimanya. Tetapi streamyx yang fixed line pun ada quota? Rakyat Malaysia desak mohon pakej harga Streamyx dan Unifi diturunkan? Ada atau tidak menteri?
P/S : 1mbps rm38 kuota 1GB. Mengapa tidak tawarkan pakej harga broadband yang lebih murah lagi? 1mbps RM5 kuota 100mb? Ermmm….
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan