SPECIAL ADS

27 Mei 2013

Ancaman pendatang asing Sabah


KUNAK, SABAH 27 Mei : Seorang pegawai penguatkuasa dari Majlis Daerah Kunak berkata pasukannya amat gerun untuk memasuki sesetengah kawasan kampung setinggan, termasuk yang dibina di atas air, kerana sering menerima ancaman ke atas keselamatan diri mereka.

Menurut Salim Silin, yang mengetuai jabatan setinggan di majlis tersebut, empat pegawai penguatkuasanya pernah “diancam dengan pisau, dan diekori” ketika bertugas, oleh sebahagian daripada kira-kira 6,000 orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Sesetengah kawasan itu juga sukar dimasuki kerana dihubungkan dengan jambatan yang rosak dan laluan sempit.

Selain itu, keselamatan mereka diancam sehingga mereka tidak berani masuk ke kawasan berkenaan, katanya lagi.

Beliau juga mengakui perkara itu merupakan halangan paling besar dalam menjalankan tugasnya, apabila ditanya oleh pegawai pengendali RCI berhubung isu pendatang asing Saba Jamil Aripin.

Tambahnya, pendatang asing tersebut – termasuk yang memiliki dokumen dan tanpa dokumen – kebanyakannnya merupakan keturunan Suluk dan Bugis yang membentuk lebih 70 peratus dariapda penduduk di lapan kawasan setinggan di daerah tersebut.

Salim juga berkata, seramai kira-kira 1,000 orang keturunan Bajau Laut yang tidak memiliki dokumen tinggal di satu kampung air setinggan, Kampung Kunak 3. MKini

Tiada ulasan: