
“Dalam pilihan raya pula, laporan demi laporan polis dikemukakan mendedahkan penipuan dalam pilihan raya yang memberikan kerusi yang lebih banyak kepada kerajaan minoriti UmnoBN itu.
“Sebab itulah kerajaan pimpinan (Dato’ Seri) Najib (Tun Razak) adalah kerajaan 2T,” katanya.
Mahfuz yakin, imej kerajaan tipu pilihan raya tidak akan lekang dari kerajaan UmnoBN yang hanya mendapat kirakira 47 peratus undi popular sahaja.
“Imej kerajaan tipu pilihan raya bukan sahaja akan terus melekat kepada kerajaan 47 peratus pimpinan Presiden Umno, tetapi tanggapan tipu pilihan raya itu akan semakin tersebar sehingga tertanam dalam pemikiran semua rakyat.
“Bila sebut kerajaan UmnoBN, bila sebut kerajaan Najib, majoriti rakyat akan terus kata ‘oh, kerajaan tipu pilihan raya’,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan