SPECIAL ADS

27 Mei 2013

Pakatan dakwa MAHB 'menipu' isu kelewatan KLIA2


KUALA LUMPUR 27 Mei : Pakatan Rakyat menuntut Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad mendedahkan sebab kelewatan dan kos untuk membina terminal tambang murah KLIA2, yang kini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dipastikan.

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata MAHB “tidak cekap menipu” kerana menyatakan bahawa terminal berkenaan akan siap menjelang Jun tahun ini dalam satu kenyataan pada Mac lalu.

MAHB kemudiannya selepas pilihan raya 5 Mei menyatakan bahawa ia ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak dipastikan.

Pua berkata kos untuk membina terminal tersebut – yang pada awalnya dijadualkan siap pada September 2011 – telahpun meningkat kepada RM4 bilion pada 2012, daripaa RM1.7 bilion apabila ia mula diumumkan.

“Kita tidak terkejut jika kos mencecah RM5 bilion apabila ia siap kelak,” kata Pua.Mkini

Tiada ulasan: