SPECIAL ADS

27 Mei 2013

Dakwat kekal: Anwar & Azizah buat laporan polis

KUALA LUMPUR 27 Mei : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penggunaan dakwat yang dikatakan kekal pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan polis itu dilakukan di Balai Polis Tropicana, bersama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada jam 12.30 tengah hari. 

Bercakap pada sidang media selepas membuat laporan polis tersebut, Anwar berkata beliau sendiri mengundi di Kubang Semang, Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi.

"Bagaimanapun, pada jam 2 petang, tiada kesan dakwat di jari saya," tegas beliau.

Tambahnya, tindakan membuat laporan polis itu sebagai langkah yang akan dilakukan oleh ribuan rakyat yang terkesan dengan penipuan SPR yang memberi jaminan kononnya dakwat tersebut akan kekal selama tujuh hari.

Namun, dakwat tersebut didapati tidak kekal sebagaimana yang dijanjikan SPR.

Dalam pada itu, Anwar berkata barisan panel peguam turut akan mengambil beberapa kes secara khusus seperti dakwaan kewujudan warga asing sebagai pengundi, keengganan SPR memberikan borang 14 dan beberapa dakwaan penipuan lain.

"Barisan panel peguam akan meneliti dan mengambil kes untuk tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: