PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang ‘kedekut’ dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.
“Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya,” kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.
Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.
“Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.
“Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?
“Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.
“Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan keluarga menjaganya,” kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
“Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.
“Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan