SPECIAL ADS

27 Mei 2013

PKR Dedahkan “Blackout” Di Pusat Kiraan Undi Kulim-Bandar Baharu

PETALING JAYA, 27 MEI: PKR hari ini mendedahkan bukti terdapat kejadian bekalan elektrik putus (blackout) semasa pengiraan undi di sebuah sekolah bagi kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah, dalam pilihanraya ke-13 yang lalu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Pasukan #Siasat PRU-13 telah memperoleh laporan polis yang dibuat Burhanuddin Ismail yang bertindak sebagai Ketua Unit Peti Undi Kampung Tebuan Sedim.
Butiran laporan polis yang dibuat menyatakan kejadian bekalan elektrik ke Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, tiba-tiba putus pada jam 7.15 malam semasa pengiraan rancak dilakukan pada malam 5 Mei itu.
Burhanuddin turut mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mendapat apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian “blackout” di kawasan Sedim pada malam itu.
“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Laporan polis dibuat menunjukkan rakyat turut mengambil berat mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media di Ibupejabat PKR hari ini.
Rafizi turut membidas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa gambar “blackout” yang disebarkan di internet sebelum ini merupakan kejadian dilakonkan terlebih dahulu.
Sebelum ini, Wan Ahmad turut dikritik oleh Adun Sri Serdang Noor Hanim Ismail dari Selangor yang menjelaskan bahawa kejadian “blackout” juga berlaku di pusat kiraan undi di dalam kawasan itu beliau tandingi.
“Dengan kenyataan balas oleh YB Noor Hanim, maka wajarlah Pengerusi SPR, mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius mengenai kepincangan perjalanan pilihan raya tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Tiada ulasan: